SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Memaparkan catatan dengan label kokurikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kokurikulum. Papar semua catatan

Khamis, 4 Februari 2016

Kejohanan Balapan dan Padang 2016 SK Lahad Datu 3

Alhamdulillah

Program ini telah selesai pada 3 dan 4 Februari 2016 (Rabu dan Khamis).

Tahniah kepada si JUARA.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan.

Ahad, 24 Mei 2015

Sijil Penghargaan Program dan Aktiviti terkini Mei 2015

Perkongsian untuk contoh sijil penghargaan melintang dan menegak.



Terdapat beberapa perkara yang di tambah seperti logo KPM terkini dan logo sesuattu aktiviti /
program yang berkaitan dan ikut kesesuaian keadaan.













Khamis, 14 Mei 2015

Aktiviti GERKO Unit Beruniform Perjumpaan 13 Mei 2015

Alhamdulillah

13 Mei 2015
Rabu

10.10pagi - 11.10 pagi













Perjumpaan GERKO bagi Unit Beruniform kali ini berjalan lancar sekalipun banyak tugasan lain yang perlu di selesaikan di kalangan para pendidik.

Semua unit melaksanakan aktiviti mengikut takwim yang dirancang.

Tahniah kepada semua Guru Penolong Kanan, Guru-guru penasihat serta ahli-ahli di kalangan murid yang bergiat aktif menjayakan aktiviti kali ini.



Rabu, 29 April 2015

Mesyuarat Program Hari Perkhemahan bersama Jawatankuasa Induk dan Ketua Unit/AJK/Urusetia serta Sesi Fotografi UB

10.10pagi
Kantin SK Lahad Datu 3

Alhamdulillah

Segalanya berjalan lancar.

1. Sesi Fotografi setiap UB dan pentadbir sekolah
2. Jamuan ringan
3. Mesyuarat 
4. Penerangan awal tatacara buka pasang khemah dan pendedahan peralatan perkhemahan kepada murid disampaikan oleh Cikgu Syafiq

Kata-kata yang diambil dari Pusat Sumber Sekolah.


Sesi bergambar sebelum mesyuarat dimulakan





Penerangan diberikan daripada Cikgu Syafiq (Kem Komando) kepada semua murid di kantin dan dibantu oleh cikgu Aslan serta Cikgu Norisah.




Guru prasekolah turut hadir dalam mesyuarat ini.
Alhamdulillah


Barisan para guru lelaki yang hadir
(sebahagian guru lelaki kawal aktiviti luar di kantin dan ada guru yang bertugas diluar sekolah)


Barisan para guru wanita



Kak Tinie (Bendahari 1) menyampaikan maklumat penting berkenaan perbelanjaan dan agihan kewangan serta sumbangan PIBG yang diusahakan oleh pihak sekolah secara kerjasama.



Terima kasih kepada semua pihak pentadbir yang sudi hadir dan memberikan sokongan serta dorongan untuk para guru dan pelaksana program perkhemahan ini menjadi lebih gigih dan tabah dalam berusaha sedaya upaya menjayakan perkhemahan 2015.

Jasa baik semua guru-guru dan aks sangat dihargai.

Alhamdulillah.




Rabu, 15 April 2015

Kertas Kerja Hari Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2015







RUJUKAN

ASAS PERKHEMAHAN


Taklimat Program Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2015 Bil.1

Surat makluman dikeluarkan pada hari Rabu 15April2015.
Tarikh asal pada 15April tetapi kerana ada mesyuarat Kurikulum bersama Ketua-ketua panitia, maka perubahan tarikh dilakukan bagi mengelakkan pertindihan mesyuarat.




Khamis
16 April 2015
11.00pagi - 12.00t/hari

Talimat berjalan lancar seperti yang dirancangkan
Beberapa perbincangan diadakan antara Pentadbir, Penyelaras bersama Jawatankuasa Induk (UTAMA) semasa forum terbuka.



Alhamdulillah.

InsyaALLAH, minggu depan segala surat menyurat akan menyusul dengan pergerakan cergas daru Unit Perhubungan Komunikasi dan Korporat bagi melancarkan lagi strategi program seterusnya merancakkan lagi proses sumbangan dan tajaan.

Aamiin

Perkongsian gambar...

Rakan seperjuangan ku (kaum adam) yang berdedikasi dan berwibawa bersama dalam taklimat ini. 



Rakan-rakan pendidik menjamu selera sebelum taklimat bermula secara rasmi.
Santai makan kek coklat...sedap baah....


Pertanyaan dari Cikgu La Abdul berkenaan dengan keselamatan murid dan penglibatan anggota keselamatan dalam program.


Cikgu Norsmah memberikan sepenuh perhatian kepada setiap guru yang bertanya dan suarakan pendapat.

Cik Elo (nama mesra) selaku Ketua AJK Kebajikan Murid



Gandingan mantap



Cikgu Tinie (nama mesra) selaku Bendahari 1 bersiap untuk menerangkan proses perbelanjaan kewangan dan peruntukan yang akan diperolehi.




Terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada semua rakan-rakan pendidik.
Andalah wira negara.

InsyaALLAH.

Semoga Allah memberkati usaha yang sedikit ini dibalasi dengan limpah Rahmat yang Luas di Dunia dan Akhirat. Aamiin.



Rabu, 1 April 2015

Taklimat dan Latihan Dalam Perkhidmatan Unit Beruniform Bil. 2/2015

1 April 2015
Rabu
10.10pagi - 12.10t/hari
Bilik Gerakan.


Gambar hiasan



Alhamdulillah, aktiviti ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan sebelum ini.

Beberapa agenda dalam taklimat diterangkan dan dibincangkan dengan ringkas berkadar dengan masa yang ada agar dapat manfaat bersama.

Bersatu dalam mencapai kata muafakat dan persetujuan setiap ahli dan kepentingan bersama dalam unit beruniform memaikan peranan penting untuk kerjasama yang erat dan hubungan yang baik dalam warga sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama dibarisan kepimpinan tertinggi sekolah iaitu Puan Norsmah selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Puan Hjh. Saadiah selaku Timbalan merangkap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. 

Semoga sebarang isu dan perkara berbangkit yang timbul dapat diutarakan pendapat dan cadangan terus kepada saya selaku Penyelaras Unit Beruniform atau Puan Pahida selaku Setiausaha Kokurikulum.

Sedikit perkongsian bergambar.







Encik Ahmad




Buku rekod kehadiran aktiviti/program/mesyuarat Unit Kokurikulum



Surat panggilan



Agenda 

(1 jam kemudian aktiviti dalam setiap unit untuk 
mempraktikkan pengurusan fail dan pelan strategik terancang setelah latihan diberikan)


Alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails