SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Memaparkan catatan dengan label Alam Sekitar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alam Sekitar. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mac 2013

Tong Sampah digunakan dengan baik. Tahniah!!!

Pada hari ini 13-Mac-2013 (Rabu) saya mendapati tong sampah di sekitar kantin dalam keadaan lebih baik sebelum ini. Berikut merupakan perkongsian gambar





PENUTUP TONG SAMPAH DILETAKKAN DIBAWAH UNTUK MEMUDAHKAN
MURID MEMBUANG SAMPAH TERUS KE DALAM TONG SAMPAH



TIADA LAGI SAMPAH DI ATAS PENUTUP TONG SAMPAH



TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH
(SK PARIS 3 DAN SMK PARIS)




Jumaat, 30 Mac 2012

Aktiviti Kelab Pencinta Alam (Barang Kitar Semula)

Pada hari Rabu lepas (28-Mac-2012) Kelab Pencinta Alam telah mengadakan aktiviti dalam perjumpaan kokum kali ini yang bertajuk Barang Kitar Semula.

Beberapa gambar menjadi perkongsian kali ini.

Terima kasih kepada semua murid yang terlibat.







Sekian


Khamis, 1 Mac 2012

Kelab Pencinta Alam Sekolah

Pada hari Rabu 29-03-2012, KPA SK Paris 3 telah mengadakan pertemuan ke-3 untuk aktiviti kokum mengikut jadual yang dirancang. Aktiviti kali ini, murid-murid didedahkan kepada SALAH LAKU DAN ETIKA TERHADAP KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR.

Kehadiran pada kali ini seramai 13 orang murid yang sememangnya ahli yang dipilih dari Unit Kokum.

Pendedahan yang diberikan lebih kepada habitat binatang (hutan) dan kehilangan tumbuhan (penebangan pokok). Selain dari itu, murid juga ditunjukkan beberapa gambar mengenai menjaga kebersihan sekeliling dan juga beberapa contoh iklan/memo yang diletakkan dalam papan tanda supaya orang awam menjaga kebersihan bersama supaya tidak dikenakan denda.


Berikut merupakan beberapa keping gabar aktiviti ahli kelab pada hari semalam (RABU)




Gambar di atas, murid sedang melihat beberapa keping gambar dan juga video mengenai alam sekitar.





Murid melukis di atas kertas manila kad dengan meniru gambar binatang serta tumbuhan.
Murid dapat meniru dengan baik dan menilai kepentingan haiwan dan tumbuhan untuk manusia dan generasi akan datang. InsyaALLAH setelah siap semua gambar itu, akan digunakan untuk dilekatkan dalam ruang sudut Kelab Pencinta Alam Sekolah.










Terima kasih kepada semua ahli Kelab Pencinta Alam yang hadir pada hari ini.

Proses untuk mendaftar ahli di sekolah kepada Kelab Pencinta Alam Malaysia dalam proses dan dijangka selesai selepas cuti sekolah ini. InsyaALLAH. 

Sekian, terima kasih.
 

Isnin, 27 Februari 2012

SERASI Sudut 1 (siri2)

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu pada hari ini (Isnin 27-Feb-2012)








Environmental Education

Guna Bahan Kitar Semula.

Terima kasih kepada cikgu Maznie kerana banyak membantu.

Hasil kerja murid yang dapat dikongsikan.




Kelas ini diadakan di Pusat Sumber sekolah pada 27-Feb-2012
Sekian, terima kasih.


(Matapelajaran Kajian Tempatan Tahun-4)

Ahad, 26 Februari 2012

Aktiviti SERASI Pendidikan Alam Sekitar

ENVIRONMENTAL EDUCATION

Berikut merupakan beberapa aktiviti SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar) yang dapat menjadi medium kepada Pendidikan Alam Sekitar untuk diterapkan di kalangan murid- murid sekolah rendah.

JADUAL PERLAKSANAAN

Serasi Jadual Kerja Perlaksanaan

1 MURID 1 POKOK
SERASI 1Murid 1Pokok Lampiran Senarai Nama Penderma

BUKU SKRAP (Murid Tahap 2)

SERASI Buku Skrap 2012


PERADUAN MEWARNA LUKISAN

SERASI Mewarna Lukisan 2 2012

PEMBAHAGIAN KAWASAN (PENGHIJAUAN SEKOLAH)

SERASI Pembahagian Kawasan 2012 Program Sekolah Rakan Alam Sekitar

KEMASKINI
9.19AM
AHAD
26-02-2012

Jumaat, 24 Februari 2012

SERASI Sudut 1

ENVIRONMENTAL EDUCATION

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR



Aktiviti yang dilaksanakan pada hari ini 24-Feb-2012 (Jumaat)
Menjadikan sudut Informasi lebih ceria dan cantik. InsyaALLAH.












Terima kasih kepada semua murid-murid yang banyak membantu.
Akan bersambung kerja ini pada minggu hadapan. InsyaALLAH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails