SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Memaparkan catatan dengan label Perayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perayaan. Papar semua catatan

Selasa, 15 Februari 2011

Maulidur Rasul 1432


Salam maulidur Rasul kepada semua.

pada hari ini saya telah pergi ke Madrasah Baru Ulum di Taman Aman 1, Pekan Lahad Datu Sabah. Tahniah kepada mereka semua yang hadir.

"Ustaz Rahmat mana?" kata cikgu Syahar. "Tak tau pula aku." kata saya dengan jawab ringkas. Seingat cikgu Syahar bahawasanya Ustaz Rahmat akan pergi ke majlis perasmian madrasah itu bersama saya. Tetapi saya bertolak dari rumah kerana menyiapkan laporan untuk panitia sains dan kelab pencinta alam.

Alhamdulillah, kerja sudah selesai. Cuti Maulidur Rasul memang diberkati kerana hujan turun dengan rahmat Allah Taala menyejukkan bumi Allah. Syukur.

Tanggung jawab sesama mukmin bersama lah kita tunaikan. Sunnah Rasul Muhammad S.A.W. menjadi ikutan dan dicontohi untuk kejayaan dunia akhirat. Dengan pengamalan 3 perkara iaitu SURAH, SIRAH & SOGHIRAH (maaf jika ejaan tidak betul tolong tegur)

Moga kita menjadi umat Nabi Muhammad yang berjaya dunia dan akhirat (dengan cara hidup nabi) dalam berdoa mendapatkan syafaatnya di akhirat nanti. AMIN.

-mus (CC Bdr Sri Perdana 5.10petang)-

Pelan Perancangan Strategik Menjadi Mukmin Berjaya...
(NO SMOKING!!!)
(usaha solat berjemaah setiap waktu & setiap hari...Insya-Allah)
(Tunaikan pengeluaran jemaah setiap bulan...insya-ALLAH)
(Laksanakan bacaan hadis Nabi)
(Tunaikan haji secepat mungkin...Insya-Allah)


Isnin, 30 November 2009

AidilAdha (Hari Raya Qurban 2009)

Selamat menyambut ibadah Hari Raya Qurban bagi tahun ini 2009



Pada Sabtu 28Nov2009 kampung saya iaitu Kg.Dato Ahmad Razali Dengkil Sepang telah mengadakan program korban bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.




Sambutan kali ini amat meriah dan suasana permuafakatan dapat dilihat dari awal hingga akhir program ini. Seperti kebiasaannya program sembelih binatang korban dilaksanakan pada hari pertama Aidiladha, tetapi pada tahun ini pihak masjid telah memutuskan untuk mengadakan pada hari sabtu untuk memudahkan perjalanan majlis dengan sambutan yang meriah di atas kedatangan para penduduk kampung keseluruhannya.

Tepat jam 7.30pagi, program bermula. Satu persatu lembu korban tumbang ditangan tok imam Hj. Ishak yang dibantu oleh warga kampung. Pada waktu ini, saya hanya memerhati sahaja.


Seperti kebiasaan juga, pada tahun ini saya jalankan rutin untuk menimbang daging dan tulang lembu sekaligus untuk membungkusnya dan disimpan di balai raya sebelum diagih-agihkan kepada orang kampung.


Program berjalan sangat lancar walaupun hujang menitis airnya ketika tok imam sedang menyembelih lembu dan rang kampung sibuk menyusung jasad lembu yang terkujur layu di atas tanah untuk disiat-siat dan dilapah dagingnya, namun kedatangan hujang tidak sedikit pun meruntuhkan semangat untuk berkorban demi menjalankan kewajipan selaku hamba Allah yang patuh dalam memenuhi kehendak syariat.


Semoga ibadah korban kali ini, memberi banyak manfaat dan kerjasama antara orang kampung juga dapat diteruskan dalam sebarang program yang dijalankan. Islam itu membawa kepada kejayaan bagi mereka yang beriman dan bertaqwa serta beramal soleh. Insya-Allah. Amin.

Rabu, 30 September 2009

Selamat berhari Raya

Pada Hari Raya tahun ini buat pertama kalinya aku menyambut bersama isteri tercinta dirumah aku dengkil, selangor.
Suasana meriah amat dirasai kerana ibu aku menyambut 2orang menantu sekaligus raya kali ini memberi makna yg besar..maka potret kuarga yang diambil di kedai foto pun mmg jd lg besar dr tahun lepas 2008.

Semoga kalian semua dan rakan2 taulan menyambut hari lebaran ini dengan hati yg gembira dan ceria juga jgn dilupakan akan insan2 yg tiada disamping kita samada yg hidup maupun yg telah meninggal dunia kita doakan kesejahteraan dan sedekah al-Fatihah terutama kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Salam Lebaran
Salam Gembira
Salam Penyatuan
Untuk Semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails