SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 4 Februari 2011

Cikgu Elly & Anak Murid


Program Lawatan Rumah Guru
MDLD 5447 Lahad Datu


Anak murid cikgu Elly Sofiana dalam keberangkatan pulang ke rumah (5.30ptg selepas hujan)



Si Comel-comel yang menolong mengangkat pinggang mangkuk cawan ke dapur. Terima kasih ;)


Lepas makan minum, pandai pula mengemasnya. Ada ciri-ciri anak didik yang berjaya & cemerlang dalam akhlak dan rohaninya. Menjaga kebersihan bersama 1hati 1muafakat 1berkat



Eh! Gambar kita lagi lah di ambil


Menulis nama kedatangan lawatan ke rumah cikgu Elly. Macam buat register jer sudah. Terima kasih kerana dapat hadir memberi sokongan dan membantu Guru untuk terus bersemangat.



Menonton rancangan bersama kuih cekodok (manis) diwaktu hujan renyai-renyai. Air Teh-O



I Love You Teacher!
Saya sayang cikgu Elly!
(Mungkin itulah luahan dalam hati mereka ini)





Bila mahu habis bergambar ini? Banyak lagi kah?
Tak penat senyuman di wajah memberi gambaran sayang yang tidak bertepi dan tidak merasa bohsan berada bersama cikgu Elly.





Apa khabar cikgu? Moga cepat sihat dan dapat jumpa di sekolah. Kami tunggu cikgu mengajar kami FIZIK ya? Seronok dengan cikgu Elly yang spoting dan COOL
(itulah luahan kata dari salah seorang anak didik isteri saya ketika saya bertanya kepada mereka dikala cekodok masuk ke dalam kerongkong masih sempat juga becerita)





Khamis 3-Februari-2011

Pelajar 4 Istimewa dtg melawat guru kelasnya (cikgu elly).

Senarai kehadiran yang ditulis oleh salah seorang daripada mereka ;)


Saya amat terkejut dgn kedatangan mereka kerana tiada apa yg dapat saya sediakan.

Mereka semua dtg dengan berjalan kaki dan rumah plg jauh dr tmn aman jaya ialah di Batu 5 (jln silam) kg. sepagaya. Saya cuma sempat buatkan cekodok (manis) untuk mereka.

Semoga kedatangan anak-anak didik cikgu elly ini memberi Rahmat untuk keluarga saya dan semoga mereka ini terus berjaya dunia & akhirat. Amin.

Gambar akan dimasukkan kemudian....

mus(6.31am 4-Feb-2011)
*siap sedia nak balik ke JB


Khamis, 3 Februari 2011

Tugas Rasmi (GURU DATA 2011)



Salam....

Mulai 4-Januari-2011 saya mula menjalankan tugas secara RASMI sebagai Guru Data (GD) di sekolah bagi sesi tahun 2011. Tugas ini amat berat bagi saya selaku guru baru setahun mengajar. Bertitik tolak dari kepercayaan dan keyakinan pihak pentadbir dan mantan GD (En.Joemick) ke atas bahu saya, demi ITU saya cuba menggalas dengan sebaik mungkin.

Langkah pertama yang saya lakukan dalam 2minggu pertama Januari ialah mendapatkan data dari Emisonline kemudian mula 'study' beberapa perkara berkenaan dengan Microsoft Access dan juga Excel. Oleh kerana saya kurang kepakaran dalam perkomputeran, maka kerja saya menjadi agak perlahan tidak seperti GD yang lain. Kerja tetap perlu diteruskan.


Syukur&Sabar

10-Januari-2011
Guru Besar (En.Norazam) memaklumkan kepada PK1 untuk serahkan surat panggilan mesyuarat kepada saya (GD) dan PK-HEM (En.Emran) untuk bersama pergi ke mesyuarat tersebut.

Antara perkara utama yang dikatakan ialah
  1. Data bertembung -mesti diselesaikan dengan cepat.
  2. Nombor kad pengenalan mesti dimasukkan dengan betul dalam sistem.
  3. SMM penting untuk pemberian RMT kerana SMM digunakan untuk perolehan data dan RMT dikutip dari E-Kasih.
  4. Jadual kutipan perdana (4Kutipan perdana pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober)
  5. Matapelajaran ajar guru akan dikosongkan (reset). GD ambil tanggung jawab untuk mengisi MATA PELAJARAN AJAR, ENROLMEN, PERGERAKAN GAJI, PERUBAHAN SKIM, GURU KELUAR/MASUK, NO.FAIL PERIBADI.
  6. GD buat Fail Meja dan rekod kerja harian sebagai GD.
  7. Fail Maklumat Sekolah.
  8. Tutorial untuk GD baru.
Tamat

20-Januari-2011
GB berikan surat untuk GD hadir ke BENGKEL KUTIPAN PERDANA BAGI BULAN JANUARI 2011 di PKG Kinabatangan mula jam 9.00pagi hingga petang.

GD diminta untuk membawa laptop, pendrive untuk kutipan data secara TEPAT.
Sekolah diminta untuk bawa bersama lampiran pengesahan data yang telah disahkan oleh GB.
Antara agenda penting yang dibincangkan dalam bengkel ini
  • GD pastikan untuk mengemaskini ENROLMEN & MATAPELAJARAN AJAR GURU
  • Permohonan pelupusan bagi ASET ALIH menggunakan KEWPA 16 atau 312 (peralatan lama)
  • Data enrolmen murid di SMM mesti SAMA dengan di EMIS
  • Pengalaman ajar guru (diguna pakai bagi mendapatkan penarafan Guru Cemerlang)
  • Elaun guru mesti dimasukkan dengan betul
  • EMIS akan digunak pakai sebagai Central Data Management (CDM)
Tamat ;)

Eksplorasi Sains -Tumbuhan (Tahun 4PA)

















PNP (Eksplorasi)
Tahun 4
Keperluan Asas (Tumbuhan) -Unit 1
Tarikh: 26-Januari-2011
Hari: Rabu
Waktu: 11.00-12.00 tengah hari (60minit)
Keadaan Cuaca: Panas dan berangin sederhana.





Tahun 4Pa agak ketinggalan bagi subjek sains untuk 1sesi PNP dalam seminggu. Ini adalah kerana terdapat 13 orang murid yang memerlukan bimbingan secara khusus dari guru dibantu pula oleh rakan dalam kumpulan.

Untuk atasi masalah ini, saya telah minta kelas 4PA dan juga 4PG untuk membentuk 5kumpulan yang terdiri daripada ahli yang benar-benar baik dalam akademik, kokurikulum dan aktif bersama dengan 3orang murid yang benar-benar kurang aktif, lemah dalam akademik dan tidak minat kokurikulum (berpersatuan).

Corak ini akan diguna pakai dalam tempoh 3bulan pertama bermula Februari, Mac dan April.
Ketua kumpulan akan diberikan tugasan untuk membantu rakannya yang lemah dalam mencari jawapan bagi soalan dan aktiviti yang dilaksanakan dibantu oleh ahli kumpulan yang lain. Teknik pembelajaran KOPERATIF memberi ruang kepada individu untuk terus meningkat dalam suatu bidang melalui perkongsian kepakaran/ kebolehan/ idea secara bersama malah ahli yang lemah turut menerima IMPAK positif untuk terus maju kerana mendapat sokongan dan bimbingan dari banyak pihak yang mana golongan yang lemah ini merasakan dirinya diterima oleh setiap ahli dan dirinya sendiri akan berusaha untuk memperbaiki mutu dan kecemerlangan kumpulannya sendiri.






InsyaAllah akan sentiasa membantu hambanya yang cekal berusaha dan tidak putus harap berdoa sungguh-sungguh kepada Allah Taala. Moga cahaya keimanan terus menyelubungi hati anak-anak ku ini dalam mempelajari SAINS, menerokai dunia sebenar disekeliling mereka dan takjub dengan ciptaan ALLAH yang MAHA BESAR. Dengan itu, kecemerlangan dalam apa jua perkara dapat dicapai dengan kasih sayang dan hidayat daripada Allah kepada hambanya yang sentiasa berfikir akan ciptaan keagungannya itu. InsyaAllah.


Kelas ini telah diadakan pada waktu akhir selepas rehat selama 2masa = 60Minit. Murid dibahagikan kepada 3sesi.
  1. Penerangan dari guru dan seterusnya murid terima arahan untuk bina jadual dan bentuk kumpulan (dalam kelas)
  2. Mencari maklumat dan mengasingkan maklumat mengikut jenis tumbuhan besar & kecil (diluar kelas).
  3. Perbincangan kumpulan (lelaki & perempuan) keperluan asas tumbuhan dan kesan buruk tidak menjaga tumbuhan dan hutan dengan baik (diluar kelas).


Sekian

Disediakan oleh;



Guru Sains Tahun 4
(Ketua Panitia Sains)
Sek.Keb.Paris 3 Kinabatangan
Tahun 2011



Eksplorasi Sains -Tumbuhan (Tahun 4PG)

Salam.



PNP (Eksplorasi)
Tahun 4
Keperluan Asas (Tumbuhan) -Unit 1
Tarikh: 20-Januari-2011
Hari: Jumaat
Waktu: 10.00-11.30pagi (90minit)
Keadaan Cuaca: Mendung dan cerah serta sedikit berangin.














Cikgu:Semua murid sila bahagikan kepada kumpulan lelaki dan perempuan.

Murid1:Kita mahu kemana cikgu?
Murid2:Kena bawa buku teks sains ke praktikal ke atau nota?
Cikgu:Sila bawa buku praktikal kamu yang panjang tu, sebelum itu sila buat jadual seperti di papan tulis dan kemudian bawa alat tulis serta semua beg kamu beratur diluar kelas. Kita akan pergi teroka kawasan sekolah dan melihat tumbuhan besar dan kecil.

Murid1:Baik cikgu.

Teknik eksplorasi ini saya telah gunakan buat kali ke-3 untuk kelas 4ProGresif sebagai langkah awal pendedahan sains lebih nyata, realiti, yang berkait kepada kehidupan murid dan mudah untuk difahami dan dirasai sendiri melalui saluran pancaindera kita iaitu MATA, TELINGA, HIDUNG, MULUT dan SENTUHAN ;)

Cuma pada kali ini, murid lebih memahami akan keperluan dan tugas yang perlu dilaksanakan kerana aktiviti ini dilakukan kali ke-3. Ini bermakna, aktiviti yang sama saya laksanakan bersama murid sebelum ini (kali pertama dan kedua) tidak memberikan impak yang terlalu mendalam dan tiada justifikasi yang dapat dilihat dan dinilai dari sudut penulisan dan penemuan mereka secara lebih signifikan.



Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan murid memberikan respon yang amat POSITIF.

Cikgu:Apa yang kamu rasa, lihat dan pegang?
Murid1: Pokok besar, daunnya besar, kerana dapat cahaya matahari yang cukup banyak.
Murid2:Pokok besar, batangnya pun besar cikgu, kerasa dan akarnya pun besar dan keras, tiada bau yang kuat sangat. Pokok besar beri kita udara oksigen yang lebih banyak.

Cikgu:Bagus semuanya. Kita perlu menjaga pokok, tumbuhan hijau supaya hidup kita seimbang dan kurangkan penebangan pokok yang memusnahkan tempat tinggal haiwan.




















Kelas ini telah diadakan pada waktu akhir selepas rehat selama 3masa = 90Minit. Murid dibahagikan kepada 4sesi.

  1. Kepentingan tumbuhan dan keperluan asas tumbuhan (dalam kelas)
  2. Bina jadual dan bentuk kumpulan (dalam kelas)
  3. Mencari maklumat dan mengasingkan maklumat mengikut jenis tumbuhan besar & kecil (diluar kelas).
  4. Perbincangan kumpulan (lelaki & perempuan) keperluan asas tumbuhan dan kesan buruk tidak menjaga tumbuhan dan hutan dengan baik (diluar kelas).


Sekian

Disediakan oleh;

Friends18

Guru Sains Tahun 4
(Ketua Panitia Sains)
Sek.Keb.Paris 3 Kinabatangan
Tahun 2011

Isnin, 31 Januari 2011

Muhsin

Salam..hari khamis merupakan pergerakan terakhir Muhsin bersama ibunya (Elly Sofiana) dan pada jam 3.30am (Jumaat 28-Jan-2011) Doktor di Hospital Lahad Datu (Tingkat 3) mengesahkan bahawa anakku telah tiada atas faktr yang unik dan tak dapat dikenal pasti puncanya bertitik tolak di atas kehendak Allah Taal yang Maha Agung Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.

Jenazah selamat dikebumikan di perkuburan tanah orang Islam di Kg. Khamis (Jalan Lapangan terbang-Sandakan) pada jam 2.20pm hari Sabtu ditemani bersama kaum keluarga yang datang dari DengkiL, Sepang dan juga sahabat-sahabat sekitar Lahad Datu, Karkun jemaah halaqah Bandar dan juga rakan dari Sekolah Kebangsaan Paris 3 Kinabatangan.

Moga roknya dicucuri Rahmat Allah Taala.

(Mus_31Jan2011)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails