SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 28 September 2012

Pusat Akses Tempat Pembelajaran Berkomputer dan Berinternet

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dimudahkan urusan untuk menggunakan pusat akses sekali lagi pada hari ni (27 Sept 2012) bermula jam 9.30 pagi hingga jam 11 pagi bagi tujuan berikut

1. Murid ditugaskan cari maklumat di internet berkaitan dengan FOLIO Kemahiran Hidup
2. Murid menyediakan pembentangan powerpoint menggunakan komputer dalam pusat akses
3. Guru membantu murid dalam mencari gambar dan maklumat berkaitan untuk lampiran dalam pembentangan powerpoint.
4. Setiap kumpulan dibantu oleh rakan sekumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Terima kasih kepada En. Rassyid kerana memberi peluang untuk menggunakan pusat akses (sebenarnya saya masuk ke dalam pusat akses pada hari ini tidak mengikut jadual yang ditetapkan tetapi menggunakan pusat akses dengan budi bicara.)













Khamis, 27 September 2012

Perpustakaan Bergerak Kembali lagi

Pada hari ini (27 Sept 2012 @ 9.30 pagi), perpustakaan bergerak kembali ke sekolah.

Saya sempat menjenguk telatah anak murid saya sibuk membelek buku-buku yang sedia ada.

Sambutan kali ini kurang memberangsangkan. Mungkin kerana banyak aktiviti yang berlaku di sekolah.

Syukur Alhamdulillah, Encik Husin telah banyak berkongsi dengan saya akan beberapa perkara mengenai kamera digital dan juga perkembangan perpustakaan serta program membaca.

Sedikit sedutan bergambar...






Karnival BAKAT Pra Sekolah Daerah Kinabatangan 2012

Hari ini (Khamis 27-Sept-2012) karnival BAKAT bagi murid pra sekolah akan ditangguhkan majlisnya di Bukit Garam. Saya sempat bertanya kepada Cikgu Zuria berapa ramai wakil dari pra sekolah. Alhamdulillah, seramai 14 orang murid dipilih.

Berikut, perkongsian gambar dari awal persediaan di sekolah pada pagi tadi...





Cikgu Diyana yang baru lepas cuti bersalin masih teruskan usaha di sekolah.


Tahniah kepada guru-guru dan kakitangan pra sekolah.
Moga usaha membawa keberkatan.
Amin.

Tugasan Murid Pembentangan Subjek Kemahiran Hidup Tahun 6 Perniagaan

Subjek: Kemahiran Hidup
Topik: Perniagaan dan Keusahawanan
Tugasan: Sediakan Pembentangan Powerpoint secara berkumpulan
Tarikh / Hari: 26-Sept-2012 (Rabu)
Masa: 11.00am - 12.00pm

Terima kasih kepada ketua-ketua kumpulan kerana memberi kerjasama yang baik

Senarai ketua kumpulan seperti berikut
1. Asyraf
2. Nurhisyam
3. Khamalia
4. Noraini Fadzli
5. Suhamah

Kumpulan Asyraf sediakan powerpoint dalam pejabat kerana pusat akses tidak dapat dibuka.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannyer bah tue....!

Kumpulan Khamalia sedang sediakan powerpoint dalam bilik guru menggunakan laptop guru.

Folio yang telah disiapkan dijadikan sebagai bahan maklumat untuk pembentangan powerpoint.


Kumpulan Noraini Fadzli mendapat tunjuk ajar dari Khamalia.

Pada ketika ini, Khamalia merupakan mentor kepada kumpulan Noraini Faadzli.


Selasa, 25 September 2012

Isnin, 24 September 2012

GTP 2.0 Program Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Inggeris

Program ini dirancang dan akan dilaksanakan dipelbagai peringkat.




Saya juga tergolong dalam guru yang mengajar bahasa inggeris (sekalipun BI merupakan subjek MINOR).

Alhamdulillah, tidak lama lagi dapat juga menghadiri kursus yang dapat meningkatkan keupayaan dan kemahiran khususnya bahasa inggeris (percuma dan tidak perlu bayar. Cuma datang kursus sahaja. Ini adalah peluang yang sangat bermakna jika hendak dibandingkan dengan kursus BI yang lain terpaksa bayar sendiri sekalipun datang ke kelas bahasa walaupun 1 jam).

Sampai bila kita mahu belajar? Sampai ke liang lahad.

Jadikanlah ilmu yang ada untuk simpan khazanah bekalan di akhirat. 

Mutarjim = penterjemah 

Click if you like only!!!




Selesai menaip pada 9.47pm (Isnin)




Ahad, 23 September 2012

Bengkel Guru Data Bagi Kutipan September 2012

Pada hari Jumaat 21 September 2012  bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato Bung Mokhtar (tingkat 1) bangunan PPD Kinabatangan. Bengkel ini dipengerusikan oleh Encik Al Hassim selaku pegawai meja ICT di PPDK.

Alhamdulillah, beberapa maklumat dan info penting diberikan bagi persediaan untuk kutipan data September dan juga kutipan perdana bagi bulan Oktober 2012. Untuk itu, setiap guru data dikehendaki untuk memastikan data dalam emisonline adalah tepat dan terkini. 

Antara data yang perlu diambil perhatian ialah

  1. Nombor Fail Peribadi guru (setelah berada di JPN Sabah).
  2. Nombor Gaji
  3. Nombor KWSP
  4. Tarikh-tarikh penting (lapor diri, lantikan pertama, sah pertama, pencen, dan lain-lain)
  5. Status PJJ (Pendidikan Jarak Jauh dikhaskan hanya bagi guru yang mengambil PJJ Ijazah Sarjana Muda sahaja tidak termasuk Master mahupun PhD)








Banyak lagi perkara yang dibincangkan serta permasalahan yang timbul sepanjang bengkel ini. Namun semuanya dapat dibincangkan dalam suasana yang harmoni dan tenang oleh Encik Al Hassim. 

Saya juga telah diperingatkan oleh Encik Al Hassim bahawa data KTBM baru iaitu N1 telah juga di pindahkan ke dalam emis sekolah (XBA2241). Terima kasih kepada beliau yang banyak membantu dan menjawab setiap kepincangan dan permasalahan yang dihadapi dapat diatasi bersama dengan mudah dan pantas.

Ketika bengkel sudah masuk jam 10.30pagi, semua peserta diminta untuk merehatkan diri dengan menjamu hidangan pagi yang telah disediakan.

Saya menggunakan masa ini untuk belajar menggunakan sistem NILAM Online dalam tarantula bersama Ustaz Bakhtir dari Sekolah Kebangsaan Kota Kinabatangan yang mana beliau juga merupakan seorang guru data maklumat.

Terima kasih kepada beliau. Saya berjaya memasukkan kesemua data murid SK Paris 3 dalam sistem berkenaan. Dalam minggu hadapan, guru perpustakaan boleh mula untuk mengisi maklumat selanjutnya yang mana saya sendiri kurang pasti maklumat NILAM (rekod pembacaan buku) tersebut.


Bengkel telah selamat ditangguhkan pada jam 11.30pagi

Sabtu, 22 September 2012

Pengisian Maklumat Peribadi HRMIS Peringkat Sekolah (SK Paris 3)



Bengkel yang sedang dirancangkan ini akan dilaksanakan dalam bulan Oktober yang melibatkan semua guru dan KTBM Sekolah Kebangsaan Paris 3 Kinabatangan. Untuk itu, saya selaku guru data maklumat (sebelum ini pernah sekali menghadiri bengkel HRMIS di SMKA Sandakan Januari 2011) dalam usaha menyediakan bahan dan juga maklumat yang diperlukan dalam bengkel yang akan diadakan.

Dalam entri kali ini, saya berkongsi terlebih dahulu beberapa perkara yang dapat dijadikan sebagai panduan, rujukan dan bacaan awal.

Panduan Mengemaskini Rekod Peribadi HRMIS




NOTA PANDUAN PENGEMASKINIAN REKOD PERIBADI HRMIS EDISI 2012

Nota Panduan Pengemaskinian Rekod Peribadi Hrmis Edisi 2012

Sumber: http://www.ppdpgudang.edu.my/index.php

Borang Maklumat Diri sistem HRMIS

https://docs.google.com/open?id=0BzjZV8eux5E7VWFGa1lzVHAwTjA







Rabu, 19 September 2012

Perniagaan dan Keusahawanan Kemahiran Hidup Tahun 6

Pada kali ini, saya ingin berkongsi beberapa kaedah pnp yang cuba diketengahkan dalam pelbagai cara.

jom kongsi gambar dulu....

18-09-2012
Masa: 9.30 - 10.30 pagi








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails