SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 25 April 2010

Bumi Hijau



Salam 1Malaysia.

Tahniah kepada warga RKT Taman Aman Jaya kerana menjayakan program Bumi Hijau. Acara ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah. Program ini memberi sedikit kesedaran akan kepentingan untuk menanam pokok dan memelihara serta memulihara pokok sebagai sumber penting dalam ekosistem kita.

Dato' Nasrun telah menyampaikan ucapan dalam erti kata menasihatkan para penduduk untuk menanam sayuran di belakang rumah sebagai salah satu langkah dalam menjimatkan perbelanjaan dapur sekaligus dapat menghidupkan suasana sihat dikalangan masyarakat sebagai satu budaya hidup sihat. Beliau juga menjelaskan bahawa masyarakat harus bersabar dalam miniti pembangunan di daerah Lahad Datu yang mana ketika ini projek pembesaran jalan telah pun dilaksanakan yang mengambil tempoh selama 13bulan sekiranya tiada berlaku kepincangan ketika projek ini berjalan. Kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM75juta dalam menaiktaraf kehidupan rakyat. Alhamdulillah.

Segala yang baik bersama kita nikmati, segala yang buruk bersama kita rintangi. Usaha sepakat dalam meniti hari esok supaya amalan kita diberkati dan elakkan diri dari perkara-perkara yang tidak sihat.

Kesimpulannya, peliharalah bumi ini kerana dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa bumi ini musnah kerana tangan-tangan manusia. Bersama lah kita menjaganya demi kesejahteraan GENERASI akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails