1) Ambil CRK (cuti rehat khas) untuk menjalani kursus dakwah iman amal di Kg. Kenangan.
2) Setiap kelas diberikan lembaran kerja bagi memudahkan urusan guru ganti kelas.
3) Mendapatkan kerjasama dari GPK 1 dan rakan sekerja.
Selasa 20 Jan
1) Meneruskan pdp sains tahun 5 dengan lancar (kemahiran saintifik) dan laksanakan sedikit
ulangkaji bagi topik memerhati, mengelas.
2) Kelas sains hari ini berjalan lancar.
3) Ujian diagnostik bermula untuk murid Tahun 6.
4) Cuaca sangat baik dan rakan sekerja mengambil berat akan ketiadaan semalam. Alhamdulillah.
Rabu 21 Jan
1) Ujian diagnostik tamat untuk hari ini sehingga jam 12.40pm.
2) Sesi Dialog Prestasi bil. 1/2015 diadakan antara Pentadbir bersama barisan guru mengajar tahun 6.
3) Aktiviti kokurikulum untuk Kelab dan Persatuan bermula kali pertama dengan lantikan AJK.
4) Perbincangan dengan guru sains untuk tanda kertas sains dan mengatasi murid GALUS.
Khamis 22 Jan
1) Mengajar pdp dengan gembira kerana sepenuhnya menggunakan makmal sains di tingkat 2.
2) Murid boleh praktikkan langkah awal sebelum, semasa dan selepas menggunakan makmal sains
(buka pintu dan tingkap, hidupkan suis, beratur, susun kerusi, kemas barang, susun atur peralatan).
3) Kali pertama mendengar azan di laungkan menggunakan pembesar suara dari surau sekolah dan solat zohor secara berjemaah.
4) Terdapat kesilapan dengan pengurusan masa pulang murid dan harus lebih PEKA.
Jumaat 23 Jan
1) Kelas berjalan lancar dan menggunakan masa ganti guru di dalam makmal untuk membiasakan murid datang ke makmal sains.
2) Mengingatkan murid untuk terus fokus dalam menjaga 3K dalam kelas.
3) Pulang lewat sedikit kerana beberapa urusan yang perlu di buat (siapkan tanda kertas sains).
4) Buku RPH siap di tulis refleksi dan kejutan dari tetamu yang hadir di makmal sains sangat mengujakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan