SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 29 Ogos 2010

Hidup Pengakap -Jamboree JOTA 2010-

Salam Pengakap 1Malaysia kepada semua. Sukacita dimaklumkan bahawa Jamboree ini telah berjaya menarik hampir kesemua ahli pengakap peringkat Negeri Sabah yang berlangsung dalam tempoh 3Hari. Berikut merupakan antara pengisian dan aktiviti yang dilaksanakan banyak berkisar tentang penggunaan radio dalam komunikasi.

Sempat juga bergambar dengan Dato Zaini.
Terdiri dari pengakap kanak-kanak, pengakap muda dan kelana turut menjayakan Jamboree ini.
Posing sikit bersama Pengakap dari Kinabatangan. Kami datang juga beb walaupun jauh. Tapi saya sekadar menjadi pemerhati sahaja. Maklumlah, banyak lagi yang belum dipelajari. Namun saya tetap berpuas hati dapat hadir ke sini pada hari Sabtu & Ahad ketika penutup rasmi.

Acara perasmian disudahkan oleh Bekas Tentera :)

Ini adalah modul latihan dan tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang jamboree ini yang membolehkan ahli pengakap menerima lencana.


Best betul lihat kawan-kawan ketika bermain Game Nerf ni. Saya difahamkan hanya boleh diperolehi di Ibu Pejabat Negeri Sabah sahaja. Jika kawasan daerah nak bermain sama, kena lah datang sini buat 'booking' agaknya :)


Majulah pengakap mengikut Undang-Undang Pengakap!!!

Ahad, 15 Ogos 2010

PKI (Part-1)

Assalamualaikum...lagi seminggu nak puasa, saya bersama isteri (ELLY) pergi ke Kota Kinabalu. Sedikit perkara yang dapat dikongsikan disini...

Muzium Islam di Negeri Sabah ini agak kecil dari yang ada di KL. Walaubagaimanapun, tempat ini menarik kerana struktur bangunan yang agak unik dan ruang dalam yang teratur malah lebih ditumpukan kepada pameran untuk bakal jemaah haji. Rasa tak sabar nak pergi haji pula. Duit kena kumpul dulu =)


Sepanjang di kawasan Kundasang, sempat pergi ke sini bersama dia yang istimewa. Suka sangat dengan bunga. Warna yang segar dan menggamit jiwa. Sedap mata memandang sayu perasaan tercipta.








Berkunjung ke Balai Cerap Al-Biruni kawasan Putatan. Selepas itu, pergi makan kat Buger King...hahaha...Alhamdulillah, sedapnya tekak merasai sebuah kehidupan dunia yang semantara dimana nikmatnya tidak kekal lama...Moga setiap perkara yang kita lakukan diberkati...AMIN








Kawasan ini tiada dalam rekod buku sejarah sekolah di Malaysia.




Wau...wei...dapat juga makan Double Cheese..nyum nyum nyummmiiiiiii

Perbezaan antara masjid di sekitar Sabah yang sempat dikunjungi. Keunikan struktur binaan menjelaskan peranan kehidupan masyarakat SABAH.



Mengadakan lawatan perkenalan di sekitar kawasan ini. Sempat pergi ke S.K.Mesilou tetapi tidak sempat menemui Guru Besar. Walaubagaimanapun kedatangan saya dan Elly disambut dengan mesra oleh PK 1 sekolah tersebut.




Suasana sekolah amat mendamaikan.
Jauh dari jalan utama dalam 18km dari simpang SMK Kundasang.
Bangunan sekolah ini adalah yang baru dan telah dirasmikan pada
bulan Mei 2010 sebelum cuti sekolah.
Guru seramai 12 orang dan seorang sahaja dari semenanjung iaitu Ustazah dari MPI Bangi.



Kelihatan kantin sekolah yang berwarna kuning agak kecil dan ruang RMT yang zink itu hanya untuk bilangan murid yang sedikit sahaja. Sangat damai dan sejuk di sini dapat dirasai. FuhHHhhhhhhhHHHHhhhh...




Terdapat pergerakan mahasiswa IPT hadir ke sini dalam pelbagai program yang di adakan termasuklah untuk Bakti SISWA.




Seketika di PINE =)



Lawatan seterusnya ke S.K.Kundasang, melihat dari luar sekolah kelihatan ruang kolam ikan sekolah yang sangat luas dan corak binaan air terjun buatan yang unik menarik perhatian saya untuk pergi jauh lebih dekat.
Alhamdulillah, guru besar agak terkejut dengan kehadiran saya yang menyangkakan pegawai kesihatan berdekatan untuk membuat tinjauan bagi menangani denggi dan aedes.
Saya menyatakan tujuan untuk belajar bagaimana sekolah mengurus dan menyediakan kolam yang cantik berserta air terjun buatan. Lantas beliau (guru besar) menerangkan satu persatu. Rupanya beliau juga baru sahaja berpindah ke sini dan kini beliau lebih menumpukan dalam bidang akademik murid-murid sekolah tersebut. Terima kasih tidak terhingga kepada Guru Besar yang sangat peramah orangnya.



Berehat seketika di




Perjalan ketika dalam Taman Kinabalu banyak membuka mata saya untuk mengenali khazanah yang ada di kawasan negeri SABAH ini.



Saya sempat bergambar bersama orang tempatan Ranau yang bekerja sebagai membawa barangan bagi mereka yang hendak mendaki gunung Kinabalu.



Rehat-rehat di sini melihat matahari yang terbenam....
Umur kita juga seperti sudah senja cuma kita yang sentiasa lalai dengan dunia.
Sedangkan mati itu umpama pendang dibelakang leher sahaja.





Tak sabarnya nak balik....
Mus-TT-Lahad Datu-Ranau-Kundasang-Tamparuli-Kota Kinabalu-Petagas-Putatan.
[7,8&9 Ogos 2010]
Disediakan oleh;
Mus 2.47p.m. 15-Ogos-2010

Meeting Panitia BI [Ke-2]


Pada hari rabu, 11-Ogos yang lalu, Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan mesyuarat panitia buat kali ke-2 dalam tahun ini. Kehadiran Cikgu Zainuddin dalam membuka mesyuarat ini sangat dialu-alukan dan terima kasih atas keprihatinan cikgu untuk panitia kami.
Kehadiran guru panitia seramai 4 orang iaitu
  • Cikgu Mustakim (Ketua Panitia @ Pemangku June-Dec 2010)
  • Cikgu Joenas (Tahun 5)
  • Cikgu Faizal (Tahun 1)
  • Cikgu Syahar (Tahun 2)

Tahniah kerana cikgu-cikgu menghadirkan diri ke mesyuarat ini.

Agenda yang ditekankan dalam mesyuarat kali ini ialah perlaksanaan SBOA secara berkomputer untuk memantapkan lagi proses kerja dan susun atur bagi setiap data serta dokumen yang diperlukan.

Perkara lain yang berbangkit ialah, bajet panitia yang hanya tinggal di bawah lingkungan RM100.00 kerana banyak digunakan bagi penyediaan kertas A4 dan permintaan Pendrive untuk peruntukkan kepada semua guru panitia. Perkara ini akan dipanjangkan dalam mesyuarat akan datang.

Sekian.

Bengkel BI (Part-1)

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Bengkel kecil ini telah berjaya diadakan di surau sekolah dengan murid yang seramai 67orang ambil bahagian daripada keseluruhan murid tahun 6.

Bengkel ini telah selamat dirasmikan oleh Cikgu Zainuddin Ahmad. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana sudi membuka dan merasmikan bengkel ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Cikgu Nik Helmi Azuar kerana sudi melapangkan masa selama bengkel ini berlangsung dalam memberi semangat kepada anak-anak kecil ini.

Bengkel ini bermula jam 1.00tengahari, 2 orang murid menjemput Cikgu Zainuddin dari pejabat sekolah (ini adalah teknik latihan bagi murid dalam mengendalikan majlis formal di masa akan datang) menuju ke surau tempat bengkel diadakan. Dalam waktu ini, murid-murid yang lain dalam keadaan sedia dan persediaan untuk memulakan bengkel berjalan lancar dengan dibantu oleh Cikgu Nik Helmi Azuar dalam menguruskan portable projector.

Setelah bengkel dirasmikan oleh Cikgu Zainuddin, pada jam 1.15tengahari Cikgu Nik Helmi Azuar memulakan slot iaitu Kemurnian Hati Mensucikan Jiwa Menjernihkan Fikiran.
Rata-rata semua murid memahami akan intipati yang disampaikan beliau, menjadikan mereka mula memahami tujuan dan maksud sebenar sebuah perjuangan dalam pendidikan ketika di sekolah dan di rumah.



Sedikit majlis kecil telah diadakan bai meraikan murid terbaik BI dalam gerak gempur yang diadakan baru-baru ini. Tahniah kepada adik Dayana (Kurma Safiya Yusoof TaiYub makanan sunnah sebagai saguhati moga diberkati. AMIN).



Sesi bengkel terbahagi kepada 6 Sesi.
  • Perasmian
  • Slot kaunseling
  • Kertas 2 (Section A)
  • Kertas 2 (Section B)
  • Kertas 2 (Section C)
  • Solat berjemaah

Murid kini mengetahui bahawa pentingnya untuk berusaha dari awal dan kini mula memahami konsep sebenar untuk memperoleh markah bagi setiap section yang hendak dijawab. Dalam pada itu, kefahaman dalam agama mula menyinar untuk lebih semangat dalam menjaga amal dan solat kerana kejayaan sesuatu perkara datangnya dari Tuhan Yang Maha Kuasa. InsyaAllah. Saya juga mendoakan agar anak-anak murid ini menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat yang dapat berbakti untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, Negara dan AGAMA. Amin.

(Mus 15-Ogos-2010)





Hari Guru 2010 S.K.P3

Pada 22-Julai yang lalu, sambutan Hari Guru peringkat Sek.Keb.Paris3 Kinabatangan selamat dilangsungkan dalam majlis yang agak meriah dan sederhana. Tahun ini merupakan juga tahun terakhir bagi Guru Besar Cikgu Awang Abu Bakar b. Awang Tengah berkhidmat selaku penjawat awam kerana bersara wajib pada 24-Oktober nanti.

Sudah pastinya, kemeriahan hari guru ini dirasai dengan penuh makna bagi semua guru dan murid-murid sekolah ini. Berikut merupakan antara soroton yang dapat dinukilkan disini.


Kelihatan di situ, persediaan untuk menyambut hari guru pada pagi itu agak mengujakan perasaan. Semua murid tidak sabar untuk meraikan Hari Guru untuk cikgu ustaz dan ustazah yang banyak membimbing dan membantu dalam memberi pendidikan berkualiti kepada mereka ini. Tahniah kepada semua guru yang melibatkan diri dalam persediaan sambutan hari guru dari awal perancangan sehingga berlangsungnya di pagi yang ceria itu.


Antara tugas dan tanggung jawab yang perlu dipikul sebagai seorang guru mahupu ustaz dan ustazah ialah, mewujudkan SEMANGAT berpasukan sesama rakan sejawat agar majlis ini dapat berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Sekalipun terdapat perselisihan dan ketidakfahaman dalam sesuatu perkara ketika menjalankan tugas yang diamanahkan, namun semangat kekitaan tidak pernah luntur malah sokongan dan bimbingan diberikan sesama pasukan bagi memurnikan lagi majlis ini.






Senaman aerobik untuk poco-poco telah diamanahkan kepada Cikgu Mustakim, tetapi dengan datangnya pembantu guru pra-sekolah iaitu Puan Sylvia telah menyelamatkan keadaan yang mana beliau telah mengemudikan senaman aerobik dengan jayanya dan buat pertama kali ia diadakan seumpanya dengan begitu meriah dan menarik sekali.
Semua guru dibahagikan kepada 4 kumpulan. Semua kumpulan ada memenangi bagi setiap acara yang diadakan, tetapi kumpulan Guru Besar memenangi sebanyak 2kali dalam kesemua acara yang diadakan. Tahniah kepada beliau !!!









Kelihatan wajah suka ceria terpancar di wajah masing-masing








Murid mengadakan persembahan mengikut tahap 1 dan 2.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Tidak disangka-sangka persembahan dari kelas 6ProAktif sangat bertenaga dan ternyata tidak dinafikan bahawa murid-murid ini mempunyai bakat terpendam yang boleh digilap menjadi sinar yang lebih terang di masa akan datang. Amin.






Guru juga menyanyikan beberapa buah lagu
Susah tu nak dengar cikgu ustaz ustazah menyanyi




Sekalung perghargaan diucapkan kepada Yang Di-Pertua PIBG kerana sudi menghadirkan diri di majlis ini. Kedatangan beliau amat di alu-alukan dalam menyemarakkan perpaduan antara PIBG dan pihak sekolah.

CANDID TIME








Ini merupakan pengalaman pertama saya menyambut hari guru yang meriah. Tak disangka-sangka rupanya pelbagai ragam anak-anak murid kita dapat dilihat ketika waktu ini. Ada juga yang menangis, ketawa, suka, dan berlumba-lumba untuk memberi penghargaan masing-masing kepada gurunya dalam sebarang apa jua cara dan bentuk pun.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Nik Helmi Azuar selaku Guru Bimbingan & Kaunseling Sek.Keb.Paris3 yang mengelolakan majlis ini dari awal perancangan hingga akhir.
Kek Coklat cikgu memang sedap...bawa lagi kalau boleh.....

Party 4 Proaktif

Assalamualaikum
Sudah sekian lama menyepikan diri dalam situasi yang makin meruncing dan banyak keperluan yang perlu dilaksanakan samada di sekolah mahupun bersama masyarakat tempatan.
Sambutan Hari Lahir bagi anak-anakKU yang lahir pada bulan Jun&Julai telah selamat diadakan dengan sedikit kemeriahan dalam keadaan serba ringkas.

Cikgu mendoakan agar anak-anak cikgu berjaya dunia dan akhirat. Ingatlah bahawa, kesatuan hati antara kita amat penting dalam mewujudkan suasana perpaduan dan semangat untuk terus bersama dalam mencapai kejayaan yang di cari.
(Mus 15-Ogos-2010)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails