SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 7 September 2012

Murid Tahun 6 Ulangkaji Sains Tahun 4 Sistem Suria

Aktiviti ini dilaksanakan pada 5-Sept-2012 Rabu bermula jam 11.00 hingga 12.00pm.

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan.

Setiap kumpulan masuk ke pusat akses selama 30 minit sahaja manakala 30 yang seterusnya digunakan untuk menjawab soalan ulangkaji upsr yang telah disediakan sebagai aktiviti pengayaan.







Murid ini diminta untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan dalam pusat akses.







Murid perempuan berbincang menjawab soalan yang disediakan.


Terima kasih kepada semua murid kelas 6 PA yang sudi beri kerjasama yang baik,

 InsyaALLAH, kita akan gunakan pusat akses untuk sesi pembelajaran subjek Kemahiran Hidup pula dalam menyiapkan kerja kursus yang akan diberikan mengikut kumpulan.

Semoga berjaya dalam UPSR 2012 yang bakal di hadapi.

Khamis, 6 September 2012

Selasa, 4 September 2012

ICTL Year 5 Columns

Pusat Akses
10.30 a.m. - 11.30 a.m.
3-Sept-2012
Monday

(Bawa sendiri pencetak "printer" ke sekolah untuk cetak dokumen penting)





Terima kasih kepada Encik Rasyid yang sudi lapangkan masa bersama.
(Kebetulan pada setiap hari Isnin, saya diberikan peluang untuk menggunakan Pusat Akses selama 1 jam bagi tujuan pembelajaran Bahasa Inggeris bermula jam 10.30 hingga 11.30 pagi)


Rujukan
1. Google (search "short essay primary school")

Langkah-langkah
1. Daftar penggunaan komputer
2. Klik pada internet (contoh: Mozilla)
3. Buka laman web www.google.com.my
4. Cari short essay primary school
6. Salin (copy) kesemua teks
7. Buka program word
8. Tampal (paste) dalam program word
9. Klik pada Page Layout - klik pada Columns - klik pada Two / Three
10. Simpan (save) fail dalam My Document




Sains Tahun 4 Sistem Suria

Pada pnp kali ini, murid diberik peluang untuk menggunakan internet dalam pusat akses.

Tarikh: 4-September-2012
Masa: 11.00 - 12.00 pm (1jam)
Kelas: 4 Proaktif
Subjek: Sains


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. 

Terima kasih kepada Encik Rasyid selaku Juruteknik Komputer yang banyak membantu saya sepanjang masa dalam pusat akses. 

Berikut merupakan beberapa gambar aktiviti yang dapat dikongsikan bersama






















Murid diberik latihan mengggunakan buku Modul Bitara Sasbadi Sains Tahun 4 (muka surat 120).

Terima kasih kepada semua murid 4 Proaktif yang beri kerjasama dengan baik.



Isnin, 3 September 2012

Nota Sistem Suria Sains Tahun 4

SISTEM SOLAR



Sistem solar ialah Matahari dan semua objek yang mengorbitnya. Objek-objek yang mengorbit Matahari ialah 8 planet iaitu;



1. Utarid (Mercury)


2. Zuhrah (Venus)

3. Bumi

4. Marikh (Mars)

5. Musytari (Jupiter)

6. Zuhal (Saturn)

7. Uranus

8. Neptun (Neptune)



Sistem Solar





Terdapat tiga planet kerdil iaitu Pluto, Ceres dan Eris, manakala ada 170 bulan-bulan yang mengelilingi planet-planet tersebut, dan berbilion objek-objek yang lebih kecil, termasuk asteroid, objek lingkaran Kuiper, komet, meteoroid dan debu angkasa.





Empat planet yang paling dekat dengan Matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, dan Marikh, yang juga dipanggil planet-planet terestrial kerana permukaannya yang padu. Empat planet gergasi yang terletak di luar orbit Marikh ialah Jupiter, Saturn, Uranus, dan Neptune, dikenali sebagai gergasi-gergasi gas.







Sejak penemuannya pada tahun 1930 hingga tahun 2006, Pluto dianggap sebagai planet kesembilan dalam Sistem Solar. Namun di penghujung abad ke-20 dan awal abad ke-21, banyak objek serupa Pluto ditemui di bahagian Sistem Solar yang jauh, terutama sekali Eris (dulu dikenali sebagai 2003 UB313), yang lebih besar dari Pluto. Pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) secara rasminya menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet menjadi sebuah planet kerdil.





Menurut kaedah baru sesuatu planet mesti mempunyai 3 kriteria iaitu;
Ia mesti mengorbit Matahari;
Ianya mestilah cukup besar sehingga mengakibatkan graviti menariknya menjadi bentuk bulat, dan;
Ia mestilah menyahkan objek-objek lain dari persekitaran orbitnya. Selain dari Pluto, Ceres iaitu objek terbesar di lingkaran asteroid; dan Eris, yang terletak di kawasan objek berselerak di luar lingkaran Kuiper juga dimasukkan dalam kategori planet kerdil.




99.86% daripada jisim Sistem Solar terdiri daripada Matahari. Daripada 0.14% jisim yang tinggal lebih 90% terdiri daripada jisim dua planet yang terbesar, Musytari dan Zuhal.





Ruang Antara Planet



Jika mengikut ukuran, sebahagian besar Sistem Solar kelihatan seperti ruang kosong. Ini bukan semata-mata ruang kosong, sebaliknya ruang kosong ini terdiri daripada apa yang dikenali bahan-bahan antara planet (interplanetary). Ia termasuk berbagai bentuk tenaga dan sekurang-kurangnya dua komponen iaitu;



· Debu antara planet - terdiri daripada partikel-partikel mikroskopik pepejal.

· Gas antara planet - aliran gas dan partikel bercaj yang halus, (sebahagian besarnya proton dan elektron – yang terpancar dari Matahari, dan juga dikenali sebagai angin solar)





Pertembungan antara angin solar dan medium antara bintang, iaitu angin solar dari bintang-bintang lain, dikenali sebagai heliopause. Ia adalah sempadan yang secara teorinya berbentuk bulatan atau berbentuk titisan airmata, dan menandakan berakhirnya pengaruh Matahari, iaitu satu jarak kira-kira 100 AU jauhnya dari Matahari.





Ahli kaji bintang biasanya mengukur jarak dalam Sistem Solar menggunakan unit astronomi (AU). Satu AU ialah jarak antara Bumi dan Matahari, kira-kira 149,598,000 km (93,000,000 batu). Utarid (0.4 AU) ialah planet terdekat dengan Matahari. Selepas itu ialah Zuhrah, kira-kira 0.7 AU dari Matahari. Kedua-dua Utarid dan Zuhrah tiada bulan sendiri. Planet seterusnya ialah Bumi, pada jarak 1 AU. Selepas Bumi ialah Marikh (1.5 AU) dengan dua bulan kecil, Deimos dan Phobos.





Empat planet-planet terestrial ini biasa dikenali sebagai planet dalaman. Selepas Marikh wujud satu lingkaran asteroid, terletak kira-kira 2.3 dan 3.3 AU dari Matahari. Saiz asteroid berbeza dari sebesar yang berdiameter beratus kilometer hinggalah sehalus debu. Yang paling besar, Ceres, diklasifikasikan sebagai satu planet kerdil. Selepas lingkaran asteroid terletaknya gergasi-gergasi gas. Yang paling besar ialah Musytari, pada jarak 5.2 AU dari Matahari. Musytari mempunyai 63 bulan. Empat yang terbesar, Ganymede, Callisto, Io, dan Europa mempunyai persamaan dengan planet-planet terestrial, seperti gunung berapi dan haba dalaman. Ganymede, bulan terbesar dalam Sistem Solar, lebih besar dari Utarid.





Planet kedua terbesar ialah Zuhal, pada jarak 9.5 AU dari Matahari. Zuhal mempunyai 60 bulan yang diketahui. Selepas Zuhal terletak Uranus (19.6 AU), diikuti oleh Neptun (30 AU). Kawasan selepas Neptun, yang biasa dikenali sebagai kawasan luaran Sistem Solar atau wilayah trans-Neptun, sebahagian besarnya masih belum diterokai. Lingkaran Kuiper, formasi pertama wilayah ini, ialah satu lingkaran serpihan serupa seperti lingkaran asteroid, tetapi terdiri daripada ais. Ia berjarak dari 30 AU ke 50 AU dari Matahari. Objek terbesar di lingkaran Kuiper ialah Pluto (purata 39 AU dari Matahari).






Sumber: Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia

SISTEM SURIA SAINS TAHUN 4


Ini gambar sistem suria yang lama. Masih ada lagi planet Pluto. 

Sebenarnya, Pluto tidak lagi di kenali sebagai sebuah planet.


Pluto Bukan Lagi Planet

Pluto adalah jasad angkasa yang paling hujung dari susunan planet dalam Galaksi Bima Sakti. Ia ditemui dalam tahun 1970-an oleh Tombaugh.


Pluto berais. Garis pusatnya jika dilihat dari bumi ialah 0.1 arkasaat (1 darjah = 60 arkaminit). Manakala saiznya ialah hanya 65% saiz bulan bumi.


Pluto mengorbit matahari dalam bentuk hampir bulatan. Jarak planet Pluto ke matahari adalah 46.3AU. Tetapi yang menariknya, Pluto boleh menghampiri matahari lebih dekat berbanding planet Neptun.


Planet ini cukup sejuk. Permukaannya mengandungi nitrogen pejal ais dan terdapat kesan-kesan ais metana.
Dengan kata lain, Pluto bukan sebuah planet!!!

Video sebab Pluto bukan sebuah planet


  
Utarid




Klik Video di bawah

Apakah itu

  1. Orbit
  2. Pusat Sistem suria
  3. Asteroid
  4. Komet
  5. Meteor 





Mari lihat keadaan bumi dalam putaran paksi sendiri





Bermula dengan paling kecil kepada paling besar!!!

1. Antara bulan dan bumi, yang manakah lebih besar?

2. Antara bumi dan matahari, yang manakah lebih besar?

3. Antara bulan, bumi dan matahari, yang manakah paling besar?

4. Antara bulan, bumi dan matahari, yang manakah satu satelit semula jadi?

Klik video ini



Kedudukan manusia dan planet




Klik sini untuk rujukan guru
Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 4 Sistem Suria
http://farukkaisarupsi.blogspot.com/2011/12/rancangan-mengajar-tahunan-sains-tahun.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails