SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 10 April 2013

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SIRI PROMOSI IKLAN DI SEKOLAH

Alhamdulillah, pada hari ini (10 April 2013) Rabu sekitar jam 9.00 hingga 9.15pagi, iklan promosi pertandingan kepenggunaan 2013 telah selamat disiapkan untuk di letakkan di ruang kantin sekolah bagi tujuan hebahan maklumat.

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar-pelajar dari SMK Paris yang sudi membantu.

InsyaALLAH, taklimat khusus mengenai pertandingan kepenggunaan akan diberikan pada minggu hadapan termasuk edaran borang bagi mereka yang berminat.

Sila berikan nama penuh, umur, dan nombor telefon jika ada dan hantar ke emel saya mustakim260984@gmail.com untuk maklumat selanjutnya jika sukar untuk berjumpa dengan saya.

Perkongsian gambar.

Mengukur tali untuk dijadikan sebagai tali gantungan kot....ehehe


Cikgu, ape ni sebenarnye??? 



Teliti dalam laksanakan tugas

Ukur beb...jangan tak ukur....kasi lurussssss


Pertandingan membina buku skrap khas untuk murid sekolah rendah sahaja 
yang berumur 10, 11 dan 12 tahun.




Sekian...



Aktiviti Pengakap Laung Agung dan juga Kawad Kaki Asas

Pada 10 April 2013, pertemuan Unit Beruniform kali keempat berjaya dilaksanakan dengan kehadiran ahli yang sangat membanggakan. Terima kasih kepada semua ahli PKK dan juga guru penasihat yang hadir pada hari ini.

Aktiviti pada hari ini ialah
1. Kawad kaki asas
2. Laung Agung
3. Ujian siri 1 
4. Semakan buku rekod (nota) pengakap

Alhamdulillah, semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik

Tambahan ialah sesi fotografi untuk  semua ahli pengakap.

Kad pengakap untuk ahli PKK dan juga guru penasihat akan disediakan bagi tahun 2013 untuk julung kalinya bagi di peringkat sekolah.

Semoga usaha setiap ahli pengakap ini membuahkan hasil dalam membentuk jati diri dan modal insan kelas pertama. InsyaALLAH

Perkongsian gambar




Selasa, 9 April 2013

PERANCANGAN PELAKSANAAN FROG VLE TAHUN 2013

DOKUMEN DIBAWAH SEKADAR RUJUKAN TERUTAMA UNTUK SAYA DI MASA AKAN DATANG


TERIMA KASIH KEPADA CIKGU DON


SITI HAJAR MEMBACA BUKU DI WAKTU PETANG BERSAMA AYAH

PERKONGSIAN BERGAMBAR






TEKNIK BINDING KERTAS ATAU BUKU

ALHAMDULILLAH, PADA HARI ISNIN (SEMALAM) 8 APRIL 2013, SAYA TELAH MEMPELAJARI 1 KEMAHIRAN YANG AMAT PENTING DALAM PENYUSUNAN BUKU ATAU DOKUMEN IAITU TEKNIK BINDING.

(SAYA MULAKAN PELAJARI TEKNIK INI BERMULA JAM 9.00 PAGI HINGGA 10.00PAGI DI BILIK GERAKAN SK PARIS 3)

BERIKUT MERUPAKAN PERKONGSIAN BERGAMBAR.










TERIMA KASIH KEPADA PUAN NELIA KERANA SUDI BERKONGSI TEKNIK INI BERSAMA SAYA.


KEMPEN KITAR SEMULA BAHAN DARI KERTAS

Sebentar tadi, saya baru pulang dari pusat kitar semula di Lahad Datu (terletak di Dynason tempat futsal) untuk menghantar 3 kotak kertas terpakai dari setor sekolah.

Terima kasih kepada murid tahun 6 Progresif yang membantu mengangkat 
kotak berisi fail dan kertas-kertas lama (terpakai) untuk dikitar semula.





Terima kasih kepada Ustazah Mastura dan Ustazah Hasmawati yang sudi menunggu saya sewaktu proses penghantaran barang kitar semula itu dijalankan.

Terima kasih juga kepada Puan Nelia yang mengumpulkan bahan-bahan itu di sekolah untuk saya bawa ke tempat kitar semula ini.

Atas sokongan daripada tuan Guru Besar En. Norazam bin Ahmad, program ini dapat dilaksanakan dengan baik (Beliau memberi kebenaran untuk kitar semula iaitu jual barang/kotak/kertas terpakai di sekolah ke pusat kitar semula). InsyaALLAH, satu program kitar semula secara peringkat demi peringkat akan dilaksanakan di sekolah.

Perkongsian gambar sewaktu di pusat kitar semula

Kertas itu diletakkan di atas timbangan (elektronik)


Bacaan menunjukkan 39.8kg (dibundarkan kepada puluh yang hampir iaitu 40kg)


Cara pengukuran jisim bagi kotak dan kertas di atas sebuah timbangan.



MURID DAPAT MEMPELAJARI KITAR SEMULA DAN 
JUGA ALAT TIMBANGAN ELEKTRONIK.

DI SAMPING ITU, MURID DAPAT MENGETAHUI TEKNIK MEMBUAT BUNDAR KAN NOMBOR DALAM MATEMATIK

SELAMAT BERKONGSI 



(SAYA TELAH MENDAPAT RM6.00 BAGI JUALAN KITAR SEMULA PADA KALI INI DAN 
AKAN DIMASUKKAN DALAM TABUNG KHAS IAITU KEMPEN KITAR SEMULA)



DIKEMASKINI KEMBALI 10 APRIL 2013


MAJLIS TILAWAH QURAN 2013 PERINGKAT DAERAH KINABATANGAN

Alhamdulillah, sekolah telah menghantar wakil murid untuk menyertai MTQ pada tahun ini 2013.

Berikut merupakan peserta pada tahun ini yang mengambil pelbagai jenis acara yangg dipertandingkan samada bercerita kisah nabi, tilawah, hafazan, dan lain-lain.

Saya ambil gambar peserta ini pada pagi tadi (9 April 2013 jam 6.45pagi di Bilik Guru)





TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID INI YANG DIPILIH MENJADI WAKIL SEKOLAH.

TAHNIAH JUGA KEPADA USTAZ DAN USTAZAH serta Guru-guru yang membantu.



PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH SESI 2014

MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA PENJAGA,

PROSES PENDAFTARAN UNTUK SESI 2014 SUDAH DI BUKA MULAI  
15 APRIL HINGGA 30 APRIL 2013.

URUSAN PENDAFTARAN BOLEH DILAKSANAKAN PADA WAKTU PEJABAT YANG DIBUKA BERMULA JAM 8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG.

SILA RUJUK KEPADA GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID IAITU CIKGU EMRAN DAN BAWA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN IAITU:

1. Sijil lahir & MyKid murid asal dan 4 salinan (tidak perlu disahkan)

2. Kad Pengenalan Ibu Bapa/ penjaga yang asal dan 4 salinan (tidak perlu disahkan)

3. Sijil Nikah Ibu Bapa yang asas dan 2 salinan (tidak perlu disahkan)

4. Slip gaji ibu bapa / penjaga ( 2 salinan dan perlu disahkan oleh majikan)

5. Pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai slip gaji

6. Gambar murid berukuran pasport (4 keping)

7. Sijil Pengangkatan (sekiranya berkenaan)

TEMPAT ADALAH TERHAD.

PENDAFTARAN YANG LEWAT HANYA AKAN DILAYAN PADA 21 JANUARI 2014

Rujuk pada gambar di bawah untuk surat siaran sekolah bertarikh 8 April 2013.


SEKIAN

IKHLAS DARI SAYA
GURU DATA MAKLUMAT
SK PARIS 3 KINABATANGAN

SELAMAT MENDAFTAR

 

PILIH SK PARIS 3

SEKOLAH PILIHAN

Pengawetan Makanan (2013) Pembelajaran koperatif : Hands On & Minds On

Alhamdulillah, pnp pada hari ini berjalan lancar sepertimana yang telah dirancangkan.

Topik Pengawetan Makanan 
Kelas 6 Proaktif
Bil. Murid : 35 orang
Masa: 8.45-9.15am (30minit)

Set induksi dimulakan dengan teknik penyoalan kepada murid mengenai tajuk(topik) yang akan dipelajari?
Pada minggu lepas, guru telah minta murid untuk mencari gambar makanan-makanan yang rosak.
Tidak semua murid membawanya, itu adalah perkara biasa. Namun tidak menjejaskan perjalanan pnp untuk hari ini.

Saya mulakan dengan pembahagian tugas murid dalam 4 kumpulan.
Murid akan menggunakan buku teks sains yang dibekalkan oleh sekolah sebagai asas kepada nota yang akan dibuat dalam kertas manila kad. Alhamdulillah, manila kad dari panitia sains masih banyak lagi (dari stok tahun 2012).

Tayangan slaid peta minda ditunjukkan kepada murid untuk topik pengawetan makanan.
Secara keseluruhan murid dapat menyatakan dengan baik ciri-ciri makanan yang rosak dan bagaimana hendak mengetahui keadaan makanan rosak menggunakan pacaindera.

Syukur. Peta minda yang saya perolehi dari www.petaminda.com telah dijadikan sebagai bahan pnp kali ini dalam memudahkan penyampaian dan contoh serta isi/maklumat penting yang perlu di ketahui oleh murid dalam topik kali ini.


(objektif pnp hari ini lebih memberi tumpuan kepada kerosakan makanan untuk ditulis dalam buku nota murid, manakala sub topik yang lain, murid bekerjasama dalam kumpulan membina nota dalam manila kad)

Berikut merupakan perkongsian bahan bantu mengajar yang diletakkan dalam kelas sebagai nota pengukuhan dan aktiviti berkumpulan bagi setiap kumpulan untuk sediakan nota dalam manila kad.

Murid juga diminta untuk sediakan ruang dalam kad manila itu UJI MINDA iaitu beberapa soalan yang berkaitan dengan sub topik kumpulan tersebut bagi menarik minat murid lain dalam membaca dan cuba menjawab soalan uji minda itu. 


(kertas keras kuning itu saya perolehi dari setor sekolah yang mana difahamkan tidak digunakan lagi dan hendak dibuang, maka saya minta dari kakitangan sekolah iaitu kak Nelia untuk mengambilnya bagi dimanfaatkan untuk murid-murid. Terima kasih kak Nelia)


InsyaALLAH

Semoga berjaya anak-anak ku...

Saya sayang kalian semua.


Isnin, 8 April 2013

BUKU SKRAP SAINS TAHUN 5 Topik Mikroorganisma

Berikut merupakan perkongsian pembinaan buku skrap sains bagi murid tahun 5 untuk topik mikroorganisma.

Murid diberikan taklimat tatacara pembinaan buku skrap.

Prosedur

1. Murid dibekalkan 10 helai kertas A4 putih.
2. Guru menyenaraikan maklumat yang diperlukan dalam pembinaan buku skrap.
3. Murid mencatat senarai yang diperlukan iaitu

  • Muka surat hadapan (Tajuk, Nama, Kelas, Sekolah, Tarikh hantar)
  • Muka surat kedua ialah Isi kandungan yang perlu disenaraikan ialah (Bil, Perkara, Catatan)
  • Muka surat ketiga ialah maklumat mengenai BAKTERIA (lukis 2@3 gambar dan 2 keterangan)
  • Muka surat keempat ialah maklumat mengenai KULAT (lukis 2@3 gambar dan 2 keterangan)
  • Muka surat kelima ialah maklumat mengenai VIRUS (lukis 2@3 gambar dan 2 keterangan)
  • Muka surat keenam ialah maklumat mengenai PROTOZOA (lukis 2@3 gambar dan 2 keterangan)
  • Muka surat ketujuh ialah kesimpulan (perkara yang dapat dipelajari daripada tajuk ini)
  • Muka surat kelapan ialah penghargaan (ucapan terima kasih kepada pihak@mereka yang membantu)
  • Muka surat kesembilan ialah KOMEN GURU
  • Muka surat kesepuluh ialah LAMPIRAN (jika ada)

Selamat mencuba membina buku skrap.


Contoh buku skrap yang telah siap dibina dapat dikongsikan bersama murid tahun 6 sebagai ulangkaji pelajaran.


BUKU SKRAP INI TELAH SIAP DIHANTAR PADA 5 APRIL 2013 DAN DISEMAK @  DITANDA PADA 8 APRIL 2013

Rabu, 3 April 2013

Siti Hajar berjalan-jalan dengan Motor

Klik video di bawah



Video diambil pada 2 April 2013 Selasa @ 2.50pm

Aktiviti Kokurikulum Permainan Sepak Takraw

Rabu
3 April 2013
3.00pm - 4.00pm
Gelanggang Takraw SK Paris 3 Kinabatangan

Alhamdulillah, program hari ini berjalan lancar.

Murid dibentuk kepada 4 kumpulan (A B C D)

Permainan secara kalah mati.

Kumpulan yang menang, akan bertanding dengan kumpulan yang menang bagi menentukan juara hari ini dan tempat kedua.

Tahniah kepada semua murid yang hadir.

InsyaALLAH permainan dalam bentuk liga akan dibentuk mulai minggu hadapan.

Perkongsian gambar.






JUARA-JUARA PADA HARI INI

Aktiviti Kelab Pencinta Alam (Membina Papan Tanda dan Kitar Semula)

Rabu
3 April 2013
12.30pm - 1.30pm (1 jam)
Anjung RMT SK Paris 3 Kinabatangan

Alhamdulillah, perjumpaan kelab kali ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari semua ahli kelab dan juga warga sekolah (bukan ahli kelab).

Aktiviti pada hari ini

1. Membina papan tanda bagi tujuan keceriaan kawasan kantin sekolah dan anjung RMT.

2. Mempelajari kitar semula bahan yang diperbuat dari kertas khusus kotak-kotak lama.


Perkongsian gambar









Selasa, 2 April 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails