SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 22 Oktober 2014

Kursus Orientasi DSKP Sains Tahun 5 Peringkat Daerah Lahad Datu 2014

Alhamdulillah
Pada bulan Ogos bermula 26 hb yang lalu, program khas untuk guru-guru sains dalam daerah Lahad Datu tela mengadakan kursus DSKP Sains.

Saya mewakili bagi SK Lahad Datu 3 juga turut menghadiri kursus tersebut.
Seterusnya, penyampaian maklumat kursus dikongsikan di peringkat sekolah melalui Unit LDP.

Sedikit perkongsian bergambar semasa berkursus (daerah) di SK Lahad Datu 4 sepanjang 3 hari.















Reka Bentuk Teknologi Tahun 4 Persembahan Murid

Model Reka Bentuk Jambatan secara berkumpulan

Tarikh : 21 Ogos 2014
Kelas : 4
Tahap Murid : Baik dan Sederhana

Murid diberi masa untuk membina model jambatan secara berkumpulan.

Setelah siap, setiap kumpulan diminta untuk membuat persembahan / pembentangan.

Jom kita lihat sedutan gambar dan video di sini...

From Tahun 4 Reka Bentuk Teknologi Model Jambatan


Kumpulan Seterusnya...

From Tahun 4 Reka Bentuk Teknologi Model Jambatan



Kumpulan Terakhir

From Tahun 4 Reka Bentuk Teknologi Model Jambatan



Kumpulan Terbaik...

From Tahun 4 Reka Bentuk Teknologi Model Jambatan










Aktiviti KH 2 Jahitan bersama murid (Program Pasca UPSR 2014)

ALHAMDULILLAH

Tarikh: 21 Oktober 2014 (Selasa)
Masa : 6.50am hingga 9.50am
Tempat : Kelas masing-masing



Segalanya berjalan lancar dengan baik....

Perkongsian bergambar...









Gambar di atas murid dari kelas 6 Dedikasi


Rabu, 15 Oktober 2014

Soalan RBT Tahun 4 (Peperiksaan akhir tahun Kertas Reka Bentuk Teknologi)

Perkongsian adalah suatu teknik sumbang saran bersama insan lain dalam mencari dan menjumpai contoh selain pendekatan sebagai rujukan awal.



Selasa, 9 September 2014

Berani Gagal

Dalam menghadapi UPSR 2014, semua mengharapkan sesuatu kejayaan yang cemerlang untuk anak, pencapaian matapelajaran (subjek), % sekolah, daerah dan Negeri serta Negara.

Walhal kejayaan sebenar ialah kemenjadian murid adalah tonggak utama dalam pendidikan di Malaysia.



Bersama ini, elok kiranya kita imbas kembali, berapa banyakkah usaha yang telah kita lakukan dalam mengatur strategi mengajar untuk teknik menjawab soalan berbanding mengatur strategi mengharapkan KEAJAIBAN dari Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Tuhan Pencipta Alam Semesta Allah Taala.

Teknik menjawab soalan kertas Bahasa Melayu.
Teknik mengatur ayat dan doa minta bantuan daripada Allah Taala.

Teknik menjawab soalan kertas Bahasa Inggeris.
Teknik memahami maksud doa dan ayat al-quran.

Teknik menjawab soalan kertas Matematik.
Teknik memperbanyakkan solah sunat (hajat), bacaan alquran, selawat.

Teknik menjawab soalan kertas Sains.
Teknik memahami setiap perkara yang berlaku dan kejadian di sekeliling ciptaan Allah.

EMK = Elemen Merentasi Kurikulum

Usaha untuk Dunia & Akhirat.

InsyaALLAH.

Salam tahniah dan syabas kepada semua para pendidik yang berusaha keras untuk memartabatkan mutu pendidikan di Malaysia amnya dan di sekolah khususnya.

Selamat menjawab kepada semua calon UPSR 2014.




Jumaat, 2 Mei 2014

Program Platinum Zon Paris 2014 di SK Sandau Kinabatangan 2 dan 3 Mei 2014

Alhamdulillah.

Program Platinum Zon Paris 2014 telah membuka tirai secara rasminya pada hari ini bersamaan 2 Mei 2014 hari Jumaat (2 Rejab) bermula jam 7.00pagi hingga jam 12 tengah hari esok (Sabtu).

Sebanyak 5 buah sekolah yang menyertai program ini iaitu SK Sandau (tuan rumah), SK Paris 3, SK Paris, SK Batu Puteh dan SK Sentosa Jaya.

Seramai 100 orang murid telah dipilih dari 5 buah sekolah sebagai peserta dalam program ini.

Matlamat program ini adalah jelas untuk meningkatkan prestasi akademik terutama dalam pencapaian UPSR 2014 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, para penceramah yang berkaliber dan berpengalaman luas telah dijemput khas yang majoritinya terdiri dari guru-guru di Daerah Lahad Datu.

Tahniah atas usaha keras yang diberikan bagi setiap guru-guru terutama Guru-guru Besar yang bergabung tenaga serta tidak dilupakan jasa Cikgu Alimin yang banyak berusaha untuk berganding bahu bersama Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu dalam menjayakan matlamat program ini.

Syukur Alhamdulillah.

Esok merupakan hari penangguhan yang akan dirasmikan oleh Pegawai PPD Kinabatangan, InsyaALLAH.

Perkongsian untuk hari ini ialah

Subjek Sains (8.00 pagi hingga 10 pagi)
Subjek Matematik (10.15 pagi hingga 12 t/hari)
Subjek Bahasa Inggeris (2ptg hingga 4petang)

Gambar sepanjang hari pertama (Jumaat 2 Mei 2014)



Jurugambar Cikgu Herman bersama temannya 
SK Sandau


Penceramah Pertama Subjek Bahasa Inggeris Kertas 1


Penceramah Kedua Subjek Bahasa Inggeris Kertas 2

Penceramah Subjek Matematik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails