SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 29 Ogos 2010

Bengkel Pedagogi SAINS


Pada Julai lepas, saya telah menghadiri Bengkel Pedagogi Sains Khusus Bagi Guru Tahun 4. Berikut merupakan hasil dan kerja yang mana kumpulan saya bentangkan. Ada juga mendapat pujian dan kritikan dari Puan Salmah... Tq Cikgu Salmah, banyak memberi tunjuk ajar.








Ini adalah suasana hari pertama ketika dalam bengkel. Tidak dijangka, kehadiran guru pada hari itu sangat memuaskan berbanding masa lepas. Tahniah kepada semua guru yang hadir mahupun guru lama dan guru baru seperti saya.

Sempat pula bergambar bersama teman lama sewaktu KPLI (sr) di IPTeknik Cheras. Seterusnya ialah penerangan tentang 4 langkah/cara PNP yang berkesan iaitu
  • Konstruktivisme
  • Konstektual
  • Inkuiri dan Penemuan (Discovery)
Hari kedua ialah pembentangan bagi setiap kumpulan mengikut pecahan kepada jenis & corak PNP yang cuba disampaikan dan diterapkan dalam kelas mengikut kaedah yang dipelajari dalam bengkel ini.

Kelihatan disana, Cikgu Salmah, amat telus dan serius dalam memerhatikan setiap konsep yang cuba diketengahkan oleh setiap kumpulan dalam sesi pembentangan mereka. Ini adalah kerana, Cikgu Salmah khuatir bahawa guru-guru lain yang hadir tidak dapat memegang dan memahami konsep yang cuba di berikan apatah lagi bahan yang dibentangkan akan dijadikan panduan bagi rujukan PPD Kinabatangan dan seterusnya menjadi bahan rujukan kepada semua sekolah dibawah naungannya.



Alhamdulillah, setelah selesai semuanya. Kami menanti ketua kumpulan yang akan berikan ucapan bagi wakil guru dalam bengkel itu namun Cikgu Christopher agak kelewatan dan saya diminta oleh Tuan Pengerusi majlis untuk mennyampaikan sepatah dua kata tapi malangnya, banyak pula yang saya katakan kerana saya berucap sambil merujuk kepada buku
UTAMAKAN YANG UTAMA....Ucapan sambil baca.. (saya cikgu baru belajar)



Pegawai PPD Kinabatangan menyampaikan cenderamata kepada semua Penceramah dan juga SIJIL penyertaan kepada setiap Ketua Kumpulan.

Sesi bergambar kenangan bersama rakan dalam bengkel!!!
Sekian

Kesimpulan: Setiap kejayaan memerlukan perngorbanan tanpa mengira rasa jemu dan tidak banyak memberikan alasan kepada ramai orang menjayakan diri lebih cekal untuk atasi setiap permasalahan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails