Dalam pembangunan profesionalisme guru terdapat juga elemen yang menekankan PENCERAPAN PNP di kalangan guru-guru. Perkara ini tidak lain bertujuan dalam meningkatkan lagi mutu PNP dan perkongsian idea baru dan lebih berkesan dikalangan guru-guru selain daripada teknik rakam pembimbing (dikalngan guru).
Alhamdulillah, pagi tadi sewaktu jam 7.30pagi dalam kantin sekolah sempat saya bertemu dengan PK-HEM S.M.K.Paris dan bertanyakan tentang pencerapan pnp.
Beliau memberi beberapa tip dan perkara yang perlu diambil sebagai sesuatu yang positif yang mana pencerapan ini adalah untuk
1) Menambahbaik pnp
2) Perkongsian ilmu
3) Menggunakan fakta @ sumber yang tepat
4) Ucapan terima kasih
PENERANGAN yang agak ringkas dan padat kepada saya dalam 10minit di pagi itu membuka minda dan pengetahuan saya yang agak terhad ini. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada beliau.
Selaku guru baru yang berkecimpung dalam sekolah ini, saya perlu lebih banyak bertanya dan untuk itu, saya juga mohon kepada cikgu yang akan saya lakukan pencerapan untuk membantu saya dalam beberapa aspek pnp supaya matlamat dan tujuan pencerapan itu lebih jelas dan tidak hanya bersandarkan kepada kertas semata-mata.
Ini adalah kerana pencerapan yang dilakukan nanti melibatkan banyak aspek dan perkara yang perlu di ambil berat termasuk kesediaan guru dan juga pengetahuan saya (perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dari segi kefahaman agar tidak salah mencerap)
Tanggung jawab ini amat berat bagi saya untuk mencerap guru berpengalaman namun perkara positif yang bleh diambil ialah, teknik PNP yang bakal saya lihat boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk saya bagi melaksanakan sesuatu perubahan dalam kelas saya juga. Terima kasih kepada pihak pentadbir kerana memberi kepercayaan kepada saya. InsyaALLAH saya cuba melakukan yang mampu.
Sekian
Boleh rujuk di sini untuk beberapa elemen>>> pencerapan
MMK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan