Untuk tahap 2 bagi murid tahun 6.
Itu lah permulaan headcount yang dimaklumkan supaya guru tahun 6 dapat bertindak aktif dalam melaksanakan sistem headcount yang mula diperkenalkan pada tahun ini dengan lebih baik (tahun lepas 2010 tiada makluman rasmi).
Saya kurang arif tentang headcount ini, namun di S.K.Paris 3 Kinabatangan telah mempunyai ramai guru senior yang bakal menjadi tunjuk ajar (mentor) kepada guru baru seperti saya khususnya. Banyak perkara yang perlu cepat diterokai di sekolah samada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum juga untuk pembangunan diri sebagai warga pendidik.
klik sini untuk maklumat tambahan >>TESIS<< >>MYPENDIDIK<< dan >>PERSEPSIGURU<< sambung kcerita di bawah....
(KLIK SKROLL KE BAWAH SEKALI UNTUK MUAT TURUN DOKUMEN HEADCOUNT)
Pada 11-April-2011 (Isnin) bertempat di Bilik Gerakan sekolah, pertemuan untuk program UPSR 2011 telah dibentangkan dengan serius. Ini adalah hasil daripada pertemuan Pn.Flora dan Cikgu Azuar di PPDKinabatangan yang membincangkan target 40A UPSR.
Untuk itu, semua pihak (guru tahun 6) dikehendaki untuk menyampaikan laporan tentang prestasi murid tahun 6 (secara bulanan dan topikal) bagi mengenal pasti kelemahan dan juga pengukuhan yang bleh dilaksanakan untuk menuju ke misi 5A UPSR. Saya juga berfikir langkah ini amat hebat dan dihebatkan lagi dengan check solat bagi murid-murid yang beragam ISLAM. Impak solat dlam kehidupan manusia amat besar. Sila rujuk kepada para ustaz dan ustazah di sekolah (anda masing-masing)
Unit Pengurusan Akademik menyasarkan 2 program
(1)Kelas ELIT Siri 1 (30 Mei - 30 Jun)
(2)Kelas ELIT Siri 2 (21 Ogos - 26 Ogos)
Tempat : SMK Bukit Garam 2
Penyertaan : 10 orang Jurulatih Utama, 10 orang Fasilitator, 6 Orang PPD dan Urusetia dan 40 Orang murid sasaran 5A UPSR.
Antara kaedah yang digunakan untuk menilai murid ialah
1)Bulanan (soalam di sediakan oleh JU (JuruLatih Utama)
2)Mingguan (soalan disediakan oleh pihak sekolah PBS)
3)Program Elit (1 dan 2 disediakan ketika siri 1 & 2)
4)Peperiksaan Percubaan (disediakan oleh PPD Kinabatangan)
Semua penilaian adalah berfokus kepada murid yang mana diterangkan oleh GB (En.Norazam Ahmad) murid boleh diulang-ulang ujian(test) suppaya dapat menguasai suatu TOPIK dan guru perlu buat refleksi serta cara untuk atasi dalam pelbagai cara sehingga murid itu berjaya kuasai topik tersebut.
Untuk itu, taklimat HEADCOUNT telah diberikan secara ringkas bermula jam 2.20pm dari Puan Flora yang mana
1)Guru Matapelajaran perlu masukkan TOV berdasarkan (PIPA(1+2) + EXCEL )/ 3
2)Guru Matapelajaran perlu masukkan ETR
3)Panitia menentukan peratus (%) bagi GRED Matapelajaran
4)Pn.Robiah maklumkan bahawa setiap GURU KELAS perlu sediakan GRAF PRESTASI DIRI MURID dan DILAKAR OLEH MURID.
Bengkel HEADCOUNT akan diadakan lebih padat pada 16-April-2011 (Sabtu) di SK Paris 3 khusus untuk semua guru TAHAP 1 dan 2.
Sekian....
ada sebarang komen beritahulah ya???
sila klik sini untuk muat turun dokumen >>> HEADCOUNT <<<< MMK 7.05pagi (dalam bilik gerakan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan