SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 14 April 2011

Kajian Tindakan (SIRI 1)

Kajian Tindakan merupakan satu tapak untuk guru (khususnya dalam penulisan ini) bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan juga kepakaran dalam sesuatu kajian yang telah dijalankan. Ini berikutan untuk ke arah peningkatan mutu PNP yang lebih positif dan berkesan, satu kajian yang dijalankan dapat memurnikan satu cara corak PNP dan juga memberi kesan yang lebih baik khususnya kepada MURID dan guru. (panjang pula intro ni) klik je la kat bawah untuk donwload fail-fail yang berkaitan.... Pada hari rabu (13-April-2011) mula jam 12.00pm hingga 1.30pm Cikgu Yong telah sampaikan satu bengkel dalam Bilik Gerakan S.K.Paris 3 Kinabatangan yang bertajuk KAJIAN TINDAKAN. klik seterusnya untuk perkembangan cerita....

Isu Kajian Tindakan telah lama dianjurkan dan dilaksanakan diperingkat KPM namun perlaksanaan secara menyeluruh masih lagi dalam perancangan setiap negeri, daerah dan sekolah-sekolah.

Alhamdulillah syukur sangat kepada Allah Taala kerana semalam (rabu) cikgu Yong yang pergi ke bengkel kajian tindakan selama 1 hari anjuran PPD Kinabatangan (2 minggu lalu)selamat di kongsi bersama di kalangan guru-guru dalam tempoh 2jam.

Sedikit penerangan dan perbincangan telah dilaksanakan dengan rancak.

Banyak perkara berbangkit dan perkara baru yang diketengahkan. Rasional dari perlaksanaan KJ ini telah diterangkan oleh GB dan pihak pentadbir (sekolah) akan mewujudkan 3 kumpulan bagi menggalakkan para guru untuk melaksanakan KJ yang berkaitan dengan 3 tajuk/isu iaitu pendidikan, hal ehwal murid dan kokurikulum.


MMMmMMm.....saya masih lagi membaca buku (teori/kaedah/metodologi/corak) tentang kajian tindakan ini.Namun masih belum dapat di mengertikan lagi. Walaubagaimanapun, manakan datang segunung emas jika tidak bermula dengan langkah pertama (mencedok emas di lombong) itulah pepatah yang sering saya gunakan untuk diri sendiri.

Kepada kawan-kawan yang lain...di sini sempat juga saya memasukkan sedikit dokumen yang boleh di muat turun (DOWNLOAD) hasil/bahan dari cikgu Yong (diperolehi dari PPD Kinabatangan)

klik sini >>>> KAJIAN TINDAKAN <<<<<< tiada gambar kerana semalam kamera saya dalam kereta...huhu...tak seronoknya SEKIAN (MMK mau pulang rumah makan tengahri dengan wife ;) 2.35petang @ bilik gerakan yang ada internet laju baru pasang minggu lepas ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails