SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 21 September 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011

Semalam (20-Sept-2011)

Pada jam 9.15pagi, PK1 bertemu dengan saya dalam biliknya untuk membincangkan sambutan hari raya di peringkat sekolah. Pada awal perancangan, majlis ini dikendalikan oleh unit HEM, memandangkan cikgu Emran menjalankan kursus (HOKI) di Sandakan sepanjang minggu ini, tgas ini diambil alih oleh saya (dilantik sebagai setiausaha) dan Cikgu Nik Helmi Azuar sebagai Penyelaras program tersebut.




Dipendekkan cerita, saya cuma menyiapkan draf (kertas cadangan) terlebih dahulu untuk tujuan tersebut dan hantar kepada Cikgu Nik Helmi Azuar untuk semakan selaku penyelaras dan PK1 untuk semakan kedua dan GB untuk disahkan. (GB memaklumkan keluarkan memo untuk adakan mesyuarat pada 21-Sept-2011 Rabu).

Cikgu Nik Helmi Azuar telah meletakkan memo untuk hadir ke mesyuarat yang akan membentangkan kertas cadangan bagi program tersebut.
......................................................

Pada hari ini (21-Sept-2011)

Sepertimana yang telah dirancangkan, mesyuarat bermula jam 12.00 t/hari (sambil menanti beberapa orang guru lain untuk hadir dalam bilik gerakan manakala Ustaz Rahmat dan Ustazah Salmah menguruskan program dalam Surau untuk KBS bagi murid tahun 4 yang bermula jam 12.30pm hingga jam 4.00pm)




Pada jam 12.17pm mesyuarat telah dimulakan yang dipengerusikan oleh GB dengan kata ucapan TAHNIAH kepada Cikgu Nik Helmi Azuar kerana dapat berpindah ke tempat asal (GMBAK) berdekatan dengan rumah, isteri dan anak. Seterusnya GB menyerahkan kepada Cikgu Nik Helmi Azuar untuk teruskan agenda mesyuarat (pembentangan kertas cadangan majlis sambutan hari raya 2011)

Cikgu Azuar memulakan pembentangan dengan suasana yang agak sayu dan sedih kerana hati beliau masih terpaut dengan kenangan terindah di sekolah yang menjadi DUNIA BARU beliau bermula Januari2010 hingga kini SEPTEMBER2011. Namun, beliau meneruskan juga pembentangan yang telah dirancangkan.

GB memaklumkan bahawa PPD tidak hadir dan ubah tajuk majlis kepada tambahan Majlis Perpisahan Guru (Cikgu Nik Helmi Azuar) dan memaklumkan Bendahari kedua ialah Pn. Dayang.





Perbincangan yang agak ringkas dan padat dalam mesyuarat kali ini menyaksikan penggunaan masa yang OPTIMUM telah berjaya di laksanakan. Maka, mesyuarat tersebut telah mencapai kata sepakat bahawa beberapa perkara yang dikenal pasti ialah

-guru kelas mendapat peruntukan yang akan diserahkan oleh Pn. Dayang selepas mesyuarat
-guru diminta membawa juadah untuk sambutan hari raya RUMAH TERBUKA SK Paris 3 Kinabatangan
-program ZIARAH dari kelas ke kelas mengambil masa 10minit bagi satu-satu kelas





Setelah selesai mesyuarat
Round TABLE!!!

PK1 ingatkan kepada semua Ketua Panitia untuk laksanakan E-Cerap dan mengambil borang sekiranya belum diperolehi.

Sekali lagi GB ucapkan TAHNIAH dan terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Nik Helmi Azuar atas sumbangan dan keringat bakti beliau untuk sekolah ini.

TAHNIAH CIKGU!

Sambungan dari penulisan ini ialah esok dan luas untuk melihat persediaan guru dan murid dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 dan Majlis Perpisahan Guru (Nik Helmi Azuar).








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails