SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 5 September 2011

Raya 2011

Semalam tiba di Terminal 2 Kota Kinabalu tepat jam 12.00t/hari (04-Sep-2011 Ahad) dan ketibaan ku disambut oleh rakan di KK yang bernama Salehin (bertugas sebagai Pegawai Farmasi di KK) dengan menaiki kereta Myvi barunya itu, Aku dibawa ke rumah atul (Rabiatul Adawiyah) rakan lama waktu sekolah menengah dahulu. Keluarga sudah menanti dan sempat pula aku menjamah makanan bersama mereka dan isteriku.

Jam 3.30petang aku pun bertolak dari KK setelah makan MacD di area 1Borneo. Then teruskan perjalanan ke Ranau tiba jam 5.30petang dengan keadaan yang penuh sesak pelbagai manusia. Makanya tak sempat lah nak berbuat perkara 'penting' maka aku dan isteri ambil keputusan untuk teruskan perjalanan ke Lahad Datu terus.

Tiba di rumah LD tepat jam 10.00malam. Suasana hari raya dipersekitaran taman kelihatan masih meriah cuma suasana mulai senyap sepi tidak seperti sebelum raya (masa puasa) dengan pelbagai bunyi ekzos motor yang lalu di hadapan rumahku. Sedikit gambar raya yang nk dikongsikan masa di Johor Bahru dan di Dengkil Sepang Sel.
Raya kali ini amat dirasai kerana dapat bersama dengan adik beradik beraya bersama ke sana ke mari penuh dengan meriah tawa gembira ;) tQ adik-adik ku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails