SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 29 Ogos 2011

Hari Raya 2011

Hari ini Isnin 29-Ogos-2011 (tepat jam 3.58pm) aku masih berada di lapangan terbang terminal 2 Airasia Kota Kinabalu bersama isteri EllySofiana.

Sekarang aku bermain internet sekejap sementara menanti flight jam 6.00pm menuju ke Senai Johor.

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang menyambutnya dan mohon maf zahir batin.

Dalam kehidupan manusia yang sementara ini, aku juga tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Samada sedar atau tidak bersama kita sesama insan berpesan dan tegur menegur bagi memperbaiki segala kekurangan kesilapan dan kesalahan.

Janganlah kita asyik bercerita perihal orang lain kerana rakan kita umpama cermin diri hidup kita (pepatah ini masih aku ingat lagi sewaktu Ustaz aku sampaikan dalam tazkirah waktu pagi di sekolah lama ku di Sg. Merab Luar)

Cuti raya kali ini tidaklah begitu la kerana hanya 1minggu, namun jika dapat digunakan dengan sebaiknya insyaAllah sudah cukup untuk menemui sanak saudara dan sahabat handai di sekitar semenanjung. Moga Allah Taala permudahkan.

amin.


Moga sambutan lebaran kali ini memberi makna yang lebih baik dan perubahan dalam hidup kita untuk menjadi insan yang lebih bertaqwa kepada Allah.

Bersedihlah kita pada hari ini kerana Ramadhan akan meninggalkan kita, dan kita bimbang jika tidak temui Ramadhan yang seterusnya maka hendaknya kita terus berharap dan berdoa kepada ALLAH Taala. Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails