SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 25 Ogos 2011

Akta Rahsia

Semalam Rabu 24Ogos2011 saya menghadiri satu taklimat mengenai akta rahsia kerajaan.

Perkara yang perlu difahami ialah, apabila seseorang dilantik dalam tugas kerajaan dan memikul amanah, maka setiap tugas dan kerja itu dilaksanakan penuh dengan integriti dan tulus ikhlas. Semuanya dilakukan semata-mata kerana Allah tanpa mengharapkan ganjaran, imbuhan, nama, pangkat dan sebagainya.

Dalam dunia yang serba moden ini, banyak perkara yang mungkin dan tidak mungkin berlaku semata-mata kerana menurut hawa nasfu dan kelemahan diri serta perasaan yang sentiasa mengejar kepada kebendaan dan dunia yang bersifat sementara.

Pada waktu tengahari selepas selesai taklimat yang diberikan, saya segera menuju ke PPD Kinabatangan untuk temui bekas PK Kokum iaitu Puan Mariah Kulalu yang kini memegang protfolio sebagai Sumber Manusia di PPD. Saya mengambil beberapa maklumat penting yang perlu diuruskan dalam EMISonline dan mendapatkan cerita sedikit mengenai HRMIS.

Setelah pulang dari PPDK, saya segera ke sekolah pula untuk tujuan yang lain bagi laksanakan SAPS :)

Sekian dahulu untuk kali ini dan semoga  ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas dengan amalan dan peningkatan ketaqwaan kepada Allah Taala dari segi fikir, zikir, syukur dan sabar. InsyaALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails