saya bersama Cikgu Yong telah diarahkan oleh PK 1 untuk menghadiri Bengkel Analisis Item bersama Penceramah Cikgu Dahalan (GB SK Buang Sayang Kinabatangan) di PKG Kinabatangan bermula jam 9.00pagi hingga 12.00tengahari untuk subjek Sains dan Matematik.
Saya sempat bertemu dengan rakan KPLI yang posting dengan saya di Kinabatangan dan kini Dia mengajar di SK Abai (menaiki bot untuk ke daratan) yang bernama Cikgu Nurmasmira Adenan.
Gambar di atas, saya bergambar bersama Cikgu Dahalan
Ketika melaksanakan sesi percubaan menggunakan bahan yang diberikan, sampel percubaan di ambil dari murid tahun 6 kemudian setiap markah sains di letakkkan secara cuba-cuba sahaja. Perkara penting yang hendak di ketengahkan ialah, kaedah untuk analisis item (jawapan) murid dalam satu-satu ujian@peperiksaan yang akan/telah dilakasanakan.
Gambar di atas, saya lakukan catatan dalam buku kecil (yang diperolehi dari PPD Kinabatangan)
Keupayaan seorang guru untuk analisis item ini memberi kesan dan impak yang besar dalam mutu prestasi sesuatu subjek sekiranya semua pihak bekerjasama. Guru akan dapat mengenal pasti beberapa perkara contohnya kelemahan dan kekuatan murid dalam satu-satu subjek.
Kepada semua pembaca budiman, anda bleh memuat turun fail berkenaan bengkel di link berikut
1.Presentation Pertama
2.Bantuan Manual Kerja
3.Fail Lengkap (Tapak Analisis) WAJIB DOWNLOAD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan