Syukur Alhamdulillah, pertama kalinya pada tahun ini, panitia sains sekolah telah dapat melaksanakan 1program khusus untuk sains upsr. Persediaan murid untuk menghadapi peperiksaan adalah amat penting.
Bertitik tolak dari itu, panitia sains telah ambil keputusan pada 25-Julai-2011 untuk melaksanakan program teknik menjawab soalan kertas sains upsr khusus bahagian B, seterusnya melancarkan program Klinik Sains UPSR 2011 secara berkumpulan dan bersepadu antara murid dan guru sains tahap 2 iaitu Cikgu Saedah, saya sendiri (Cikgu Mustakim), Cikgu Emran dan Cikgu Zul Haimy turut tidak ketinggalan Guru Besar iaitu En. Norazam yang turut memberi sokongan sekiranya terdapat murid ingin bertanya sesuatu soalan ataupun berbincang boleh juga rujuk kepada beliau (GB).
Semangat pasukan yang diberikan dalam panitia, menguatkan semangat saya selaku ketua panitia yang muda dan kurang pengalaman malah tidak teratur lagi perancangan menjadikan program ini dapat juga berjalan lancar pada hari yang dirancangkan pada 28-Julai-2011. Kebetulan pada waktu itu, PPD-Kinabatangan menyambut Hari Guru dan penyampai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada warga pendidik yang dipilih oleh PPD mahupun sekolah. Tidak ketinggalan rasanya untuk saya ucapkan TAHNIAH kepada Cikgu Hilman Talib (selaku PK Petang) dan juga Cikgu Robiah (mantan guru SK.Paris 3 kini berkhidmat sebagai Peg. Fasi. LINUS di PPD.Kinabatangan) yang menggondol APC pada hari tersebut. Sesungguhnya jasa bakti cikgu amat berharga untuk bangsa dan negara. Semoga kejayaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada cikgu meniup semangat yang kuat dan lebih tinggi usaha yang diberikan oleh semua yang terima APC bekerja kerana Allah, bangsa dan Negara amnya.
Program kecemerlangan sains ini mendapat suntikan dari peruntukan panitia sains dalam belanjawan tahun ini sebanyak RM700. Alhamdulillah, berkat doa guru-guru dan fikir dari pentadbir sekolah, maka pembelian barang-barang di Sabah Book Store(SBS) berjalan lancar.
Pertamanya, saya bertanya (telefon) dahulu di SBS untuk kenalpasti samada SK.PAris 3 boleh buat pembelian secara LO (kerajaan punya cara). Alhamdulilah, pihak SBS menjawab dengan positif dan boleh. Pihak sekolah dikehendaki senaraikan barang/peralatan/bahan yang diperlukan dan SBS akan menghantar QUATATION kepada pihak sekolah (guru yang berkenaan). Setelah senarai harga telah diterima dari SBS selaku pembekal, maka saya berikan satu senarai nota minta kepada pihak sekolah beserta dengan QUATATION(original) yang diberikan dari pembekal kepada pihak pentadbir. Hasil perbincangan bersama dengan GB, harga dan kualiti lebih baik dan murah. Maka nota minta saya itu telah diterima dan diluluskan. Kemudian saya menyerahkan kepada kerani kewangan untuk beliau mengeluarkan LO (surat arahan pembekalan barang kerajaan). Alhamdulillah, pada petang hari tersebut (erahan Nota Minta) saya terus mendapat LO tersebut dan petang itu juga saya temui pegawai pemasaran (marketing) untuk tujuan penyerahan LO dan penambilan barang.
Setelah semuanya berjalan lancar dan salinan biru LO telah diambil oleh SBS (pembekal) bagi tujuan tuntutan bayaran, maka saya mempastikan segala barang/peralatan/bahan yang dibekalkan dalam keadaan yang baik dan cukup (lengkap). Perkara ini adalah amat penting.
Sebelum saya mendapat pembekalan barang-barang ini, saya menggunakan apa yang ada di sekolah untuk menjayakan program kecemerlangan sains UPSR. Alhamdulillah, semua memberikan kerjasama yang baik dalam penyediaan kertas A4, dan kertas mahjung. Seterusnya, murid-murid saya arahkan untuk membawa Magic Colour bagi tujuan PNP berkumpulan dalam menjawab soalan Bahagian B yang di adakan di surau.
Hasil dari kedatangan PPD Kinabatangan ke sekolah, bermula minggu ini (08-Ogos-2011) petang itu isnin juga, saya segera ke SBS untuk mendapatkan rujukan dan buku latihan TOPIKAL bagi subjek sains tahun 4 dan 5 (mengikut Tema dalan PNP sains).
Bermula hari selasa(09-Ogos-2011) hingga minggu hadapan saya menyediakan beberapa soalan topikal dan berikan kepada murid serta sedikit perbincangan sebagai mengulangkaji topik yang pernah mereka belajar pada tahun 4 dan 5. Tindakan saya agak terlewat. Sebelum ini, saya hanya sempat mengulangkaji tetapi tidak membuat sebarang penilaian hasil dari ulang kaji yang dilaksanakan. Perkara ini yang mendapat terguran dari PPD. Syukur Alhamdulillah. Bagi saya, samada cepat atau lambat sesuatu tindakan kita, yang penting kita harus menyediakan diri kita dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dengan redha, sabar dan bersungguh-sungguh untuk laksanakan serta pengharapan penuh kepada Allah untuk mudahkan segala kerja dan tugas kita di dunia ini adalah penting agar mendapat keberkatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat KHUSUSNYA.
Terima kasih kepada semua guru sains, guru berpengalaman di sekolah, guru bimbingan dan kaunseling, para pentadbir sekolah, para pengawai dan ketua unit di PPD Kinabatangan, untuk isteriku jua serta orang perseorang yang tidak sempat saya sebutkan nama di sini, sesungguhnya anda semua memberi semangat dan teguran yang membina kepada saya dalam harungi hidup sebagai seorang pendidik yang baru bermulanya menimba pengalaman. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan