Untuk pertama kalinya saya berada di SK Paris 3, sesi latihan keselamatan kebakaran telah di adakan pada 28-Julai-2011 (Khamis) bermula jam 10.00pagi yang dikendalikan oleh Cikgu Joenas.
Murid ketika mendengar taklimat di depan Anjung RMT (jam10.20pagi)
Sebelum sesi latihan, semua murid berkumpul terlebih dahulu mendengar sedikit taklimat dari Cikgu Joenas, semua guru-guru turut terlibat sama pada masa itu (yang berada di sekolah). Setelah selesa taklimat ringkas, semua murid dikehendaki masuk ke kelas masing-masing dan bersiap sedia untuk keluar kelas mengikut panduan keluar kelas yang telah diberikan (ditampal dalam kelas Pelan Kecemasan).
Semua murid dan guru mendengar bunyi SIREN yang kurang berapa kuat namun dapat juga didengari dan terus membuat LANGKAH SERIBU maju tapak ke hadapan tanpa menoleh kebelakang dan berlari anak menuju ke tempat berkumpul. Atas faktor langkah yang laju dan deras itu tanpa toleh ke belakang maka terdapat KELAS yang tidak menutup suis elektrik (lampu dan kipas). Perkara ini saya sedari kerana saya cikgu terakhir yang beredar dari ruang kawasan sekolah bangunan bawah.
Setelah semua murid berkumpul, kehadiran murid di ambil untuk memastikan sekali lagi jumlah murid dalam kelas berada di tempat berkumpul bagi mengelakkan sebarang keciciran berlaku. Lalu, Cikgu Joenas mengucapkan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru dan murid kerana menjayakan program latihan keselamatan kebakaran untuk kali ini. Katanya, akan datang latihan yang sama akan dilaksanakan tetapi MASA DAN TARIKHNYA tidak akan dimaklumkan supaya murid sentiasa dalam keadaan bersedia.
Sekian sedikit penulisan ringkas dari saya yang ambil masa 7 minit ketika berada dalam bilik guru pada jam 2.05petang (02-Ogos-2011) Selasa.
WASSALAM..
SELAMAT BERBUKA PUASA untuk hari kedua dalam bulan RAMADHAN ;)
Rujukan untuk MUAT TURUN DOKUMEN BERKAITAN
1) KERTAS KERJA PROGRAM LATIHAN SEKOLAH
2) KERTAS KERJA DARI IPGM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan