SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 30 September 2012

Menu Masakan Tengah Hari

Assalamualaikum.

Sengaja saya masukkan satu tajuk ini sebagai perkongsian bersama dan kenangan untuk keluarga saya juga. Pada hari ini, isteri saya (elly) memulakan hari dengan baik sekali. Tahniah isteriku. 

Menu masakan hari ini ialah ikan merah masak asam pedas.

Seawal pagi, elly mengatakan mahu mencari daun lengkuas. Pada awalnya tidak lah saya mengetahui tujuan murni isteriku ini.



Buku resipi



Akhirnya, setelah kembali dari Perpustakaan Lahad Datu (kerana membuat pinjaman baru untuk buku-buku bacaan ilmiah dan juga buku cerita untuk anak-anak ku di SK Paris 3 serta buku untuk tingkatkan kemahiran belajar dan mengajar) saya dan isteri terus ke pasar di Sri Perdana.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar sehinggalah anak kecil ku ini membuat sedikit kejutan demi kejutan iaitu suka merengek dan membuat bising untuk di pegang dan di belai. Alhamdulillah, perkara ini mengingatkan saya kepada kedua ibu bapa saya bagaimanakah mereka menjaga saya sewakltu saya masih kecil. Bagaimanakah kita semua menghargai ibu bapa kita sekalipun sudah tiada di alam dunia? Mungkinkah ahli keluarga kita gembira dengan sifat dan perangai kita yang duduk di atas dunia penuh dengan gelak ketawa dan kurang amal dan usaha tingkatkan iman? InsyaALLAH bersama kita usahakan yang terbaik untuk jadikan kehidupan di dunia yang sementara ini lebih bermakna.

Ketika isteriku sibuk untuk menyediakan ikan masak asam pedas, azan asar sudah mula berkumandang di sekitar kawasan Lahad Datu Sabah dan kawasan yang sama waktu dengannya. Maka saya mengatakan mahu keluar solat dahulu di mana tempat di azankan secara berjemaah tetapi anak ku Siti Hajar bagaimana pula? Isteriku mengatakan , biar dahulu di hadapan tv (sambil saya buka cerita astro channel 613 pada waktu itu ada cerita kartun). 

Saya terus berlalu keluar rumah dan sempat solat berjemaah bersama cikgu Sofian (guru dari SK Lahad Datu 2). Sekembali di rumah, saya mendapati anakku sedang asyik menyusu dengan maknya. Alhamdulillah. Inilah perkara yang wajar dilakukan bagi seorang mak terhadap anak yang masih bayi lagi.




Isteriku mengatakan bahawa, ikan masak asam pedas nya tidak menjadi kerana anak asyik merengek.

Dengan besar harapan, saya tetap mengatakan ia (ikan itu) sudah ditentukan ALLAH.

Baru kini, saya hendak menjamu makanan tersebut (setelah selesai menulis ini)

Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails