LAMAN WEB SPPBS: http://sppbs.moe.gov.my/sppbs/
Saya selaku Ketua Panitia Sains, menghadiri bengkel ini pada hari Jumaat bermula jam 11.00pagi hingga jam 3.00 petang. Perkara yang dapat saya pelajari dalam bengkel ini amatlah banyak. Namun atas faktor kekangan masa, saya hanya dapat menghadiri pada hari ini sahaja walaupun bengkel ini sebenarnya bermula pada hari Selasa 2-Oktober-2012.
Terima kasih kepada cikgu Faizal selaku guru sains yang mewakili sekolah kerana menghadiri bengkel ini dari permulaan.
Jutaan terima kasih juga kepada Jurulatih Utama iaitu cikgu Jennifer dari Sekolah Kebangsaan Singgah Manis Kinabatangan kerana sudi melapangkan masa bersama saya untuk berkongsi idea, pendapat dan dokumen yang berkaitan dengan KSSR Sains Tahun 3 dan serta bahan-bahan dalam bengkel ini.
Tahniah kepada pihak PPD Kinabatangan kerana berjaya menganjurkan bengkel sebegini kepada semua guru-guru sains. Alhamdulillah.
Berikut, sedikit perkongsian bergambar...
Beberapa perkara penting yang MESTI diketahui
Salah satu program boleh di muat turun di sini >> http://www.httrack.com/page/2/
Jurulatih Utama Cikgu Jennifer
Peserta bengkel nikmati hidangan yang disediakan setelah selesai sesi bengkel
Sesi taklimat PBS untuk log-in guru dan fungsi sistem SPPBS
Cikgu buka laman web SPPBS secara online ketika taklimat diberikan
Terima kasih kepada Cikgu Noraidah dari SK Kota Kinabatangan yang sudi berkongsi bahan PBS 2012.
Sekian.
Kali terakhir manaip (kemaskini pada 6.03pm 5-Okt-2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan