SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 14 September 2012

Pertandingan Pidato Kepenggunaan Kelab Pengguna Sekolah 2013

Saya hadir dalam program anjuran KPDNKK khas untuk Pertandingan Pidato Kepenggunaan bagi Zon Tenggara.

Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar....

(bertolak dari rumah Lahad Datu jam 6.00 pagi dan selamat sampai di Perpustakaan Cawangan Tawau pada 8.20 pagi)







Program selesai pada jam 11.40 pagi.

Semua peserta pulang.

Saya hadir bersama isteri dan anak dalam program ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

InsyaALLAH, jika ada peluang program seperti ini dapat dirancang dan dilaksanakan diperingkat sekolah.

Gambar tambahan....

Anakku Siti Hajar








Hiasan dinding (mural)

Sudut di Perpustakaan Tawau



Khamis, 13 September 2012

Taklimat Permohonan dan Penempatan Murid Ke Tingkatan Satu Sekolah Harian Biasa/SBP/SMKA/KRK dan KAA Sesi 2013

Pada hari ini saya hadir taklimat yang diadakan dalam dewan di PPD Kinabatangan yang bermula jam 8.00pagi dan berakhir pada jam 1.00 t/hari.


Belum mula mencatat...tetapi ingin kongsi gambar ;)

Sedikit perkongsian bergambar....






Setelah selesai taklimat, ada sedikit jamuan yang disediakan.

Terima kasih kepada pihak PPD kerana menyediakan lauk pauk yang sedap dan enak.

Saya kembali ke sekolah dan tiba pada jam 3.00 petang. Seterusnya saya menemui guru besar dan menyampaikan sedikit perkongsian mengenai taklimat yang diadakan.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. InsyaALLAH taklimat dan perlaksanaan tugass bagi memenuhi amanah yang diberikan akan mula dilaksanakan pada minggu hadapan selepas cuti Hari Malaysia.

Semoga Allah mempermudahkan segala perancangan kita dan menjadikan tugas yang dilaksanakan sebagai ibadah dan bekalan di akhirat. InsyaALLAH. Amin

Rabu, 12 September 2012

Semakan Buku Latihan Murid Sesi 2012

Notis yang dikeluarkan




Sedikit perkongsian....

PK 06 - PENGURUSAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID

1. OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan:
1.1 100 peratus hasil kerja murid disemak oleh guru mata pelajaran dalam tempoh yang
ditetapkan oleh panitia masing-masing.
1.2 Pihak pentadbir memantau semakan hasil kerja murid minimum satu (1) kali setahun.

2. SKOP

Prosedur ini digunakan oleh:
2.1 Semua guru untuk menyemak hasil kerja murid
2.2 Pihak pentadbir untuk memantau penyemakan hasil kerja murid.

3. RUJUKAN

3.1 Manual Kualiti
3.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987
3.3 Standard Kualiti Pelajaran Malaysia

4. DEFINISI

Sila rujuk Definisi Singkatan Perkataan (Manual SPSK)
4.1 HKM : Hasil Kerja Murid merupakan tugasan yang diberi oleh guru selepas P&P sebagai peneguhan kefahaman murid untuk memenuhi keperluan
sukatan mata pelajaran.
4.2 LB : Latihan bertulis merupakan tugasan bertulis yang diberi oleh guru selepas P&P sebagai peneguhan kefahaman murid
4.3 BLM : Buku Latihan Murid merupakan buku tulis yang digunakan oleh murid untuk membuat latihan bertulis yang diberikan guru sebagai  peneguhan kefahaman murid.


Anak


Gambar-gambar ini diambil pada 12-September-2012 jam 3.58petang setelah saya pulang dari sekolah dan bersolat asar, saya kemudiannya mengambil anak di rumah jagaan (pengasuh) Taman Aman 3 Lahad Datu



Hari Kedua UPSR 2012

Suasana hujan renyai di sekolah pada pagi tadi (12-Sep-2012) tidak melunturkan semangat calon UPSR sekolah saya untuk terus gagahkan diri mengambil peperiksaan.

Hari ini, hanya ada satu kertas peperiksaan sahaja.

Alhamdulillah.

Sedikit perkongsian ketika di sekolah






Tuan Guru Besar Encik Norazam Ahmad melihat keadaan murid. 
Pada waktu ini, saya berada dalam kelas 5 Proaktif untuk matapelajaran Bahasa Inggeris.
PnP kali ini saya laksanakan dengan membahagikan murid kepada berpasang-pasangan dan diminta untuk menyatakan 100 patah perkataan dalam bahasa inggeris.

Aktiviti ini lebih bercorak kepada kuiz dan keupayaan murid untuk memberi kerjasama dalam kumpulan kecil. Alhamdulillah, murid dapat selesaikan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.


Cikgu Yong bersama murid calon UPSR 2012



Selasa, 11 September 2012

Penggunaan Pusat Akses Sekolah Rendah

Murid-murid dikehendaki beratur sebelum masuk ke pusat akses.

Murid yang lemah dibantu oleh murid yang berkemahiran.

(Gambar ini diambil pada hari Isnin 10 September 2012 jam 11.45 pagi)



Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self  learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri terarah kendiri dan akses kendiri.

Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses  pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

Faktor – faktor yang mendorong penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat akses sekolah dan juga mengenal pasti  halangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan pusat akses sekolah.

Objektif  Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

• Meningkatkan kemahiran dalam mencapai maklumat
• Membolehkan pelajar melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah
kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan. 
• Meningkatkan kemahiran penggunaan  ICT murid untuk pengajaran dan
pembelajaran.


Bagi mencapai matlamat di atas, kemahiran guru dalam ICT amatlah penting
kerana guru bertanggungjawab serta berperanan penting mengembeling kemahiran
ICT dan kemahiran maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.  Jika sekolah hendak mempertingkatkan  kualiti ilmu dan ketrampilan pelajar
dalam ICT, ianya perlu dilaksanakan melalui kerja guru dan lain-lain staf yang
menyokong tahap pembelajaran yang hendak dicapai. Apabila guru membuat
persediaan mengajar dengan menggunakan ICT dalam bilik darjah, mereka juga
mempertingkatkan kebolehan ICT di kalangan pelajar masing-masing. 

Pusat Akses - Fungsi & Peranan Pusat Akses, mus225


Senarai_URL_Pusat Akses Sekolah



Kemaskini semula pada 7-Oktober-2012 Jam 2.04 petang





ICTL Year 5 Spacing

Antara aktiviti yang dapat dilakukan... (maaf kerana tidak menulis dalam bahasa inggeris)

Perlaksaan pada

Hari / Masa : Isnin (10.30am - 11.30am)
Tempat : Pusat Sumber dan Pusat Akses
Tarikh : 10-September-2012
Subjek : Bahasa Inggeris




Buat nota dalam bilik Pusat Sumber







Tahniah kepada semua murid kerana berjaya laksanakan dengan baik. (tukar dari single ke double spacing)

UPSR 2012 dan Pengawas UPSR datang ke SK Paris 3

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012 telah bermula pada 11-September-2012.

Berikut merupakan detik sebelum dan semasa kejadian.



Isnin (10-September-2012) dewan peperiksaan telah disusun atur dengan kedudukan kerusi meja murid dalam keadaan baik.

Timbalan Pengawas hadir pada Isnin 10-Sept-2012 yang mana pada waktu ini Cikgu Yong sedang memberi amanat kepada murid akan beberapa perkara.


Suasana pada hari pertama UPSR (11-September-2012) sebelum peperiksaan bermula. 


Murid berkumpul di Anjung RMT untuk mendengar amanat daripada Guru Besar Encik Norazam bin Ahmad dan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Zulkifli.





Murid bersiap sedia menuju ke dewan peperiksaan


Ketua Pengawas bersama GPK Kurikulum Encik Zainudin bin Ahmad.



InsyaALLAH, semuanya mudah dengan doa dan usaha serta berharap kepada ALLAH.
Semoga berjaya dan cemerlang, insyaALLAH. Amin.


Hadiah dan ganjaran dalam proses pembelajaran pendidikan sekolah

Penting untuk terus berusaha dan berdaya saing....

Pada hari Jumaat lepas (7-Sept-2012) bermula satu titik permulaan bagi saya bersama murid-murid kelas 4PA dalam sesi anugerah/ganjaran atau imbuhan bagi setiap kecemerlangan pencapaian dalam subjek sains dan juga markah peningkatan serta kerajinan dan sikap yang unggul dalam kalangan murid diberikan pengiktirafan.



Murid terbaik lelaki bermula Januari sehingga Julai 2012



Murid terbaik perempuan bermula Januari sehingga Julai 2012




Selesai sesi penyampai hadiah, semua murid mula menunjukkan kesungguhan dalam laksanakan setiap tugas yang diberikan.





Murid yang lemah akan mendapat rakan pembimbing bagi membantu dalam menyelesaikan tugas yang diberikan. Selain itu, sikap bekerjasama dan bantu membantu serta ajar mengajarkan dapat dipupuk dalam kumpulan kecil seperti ini. Hasilnya, tugasan dan kerja murid ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.




Sesi kedua ini telah berjaya dilaksanakan pada hari Selasa (11-Sept-2012) 

Gambar di bawah menunjukkan sesi kedua dalam penyampaian hadiah bagi murid kategori seperti berikut

Murid lelaki yang menunjukkan peningkatan dalam ujian dan peperiksaan subjek sains



Murid perempuan yang menunjukkan peningkatan dalam ujian dan peperiksaan subjek sains




Murid contoh sebagai model dan ikutan kepada rakan yang lain dalam menunjukkan semangat yang tinggi, rajin berusaha, nota yang kemas dan menarik, setiap tugasan dihantar mengikut masa, banyak bertanya dan membantu guru serta banyak membantu rakan dalam kelas. Tahniah!




Hadiah yang diberikan kepada murid menjadi pemangkin kepada murid-murid yang lain untuk terus menunjukkan sifat ingin belajar dengan bersungguh-sungguh dalam memperbaiki akhlak terutamanya disamping berusaha untuk mendapat cemerlang dalam akademik.



Refleksi dari aktiviti ini ialah

  1. Ganjaran dan pengiktirafan kepada murid merupakan BONUS kepada murid.
  2. Boleh dilaksanakn secara berkala samada mingguan / bulanan / bertempoh.
  3. Murid lebih bermotivasi untuk terus berdaya saing dan berlumba dalam laksanakan yang cemerlang.
  4. Keseronokan dan kegembiraan dalam laksanakan pnp antara guru dan murid mewujudkan suasana yang lebih harmoni dan hormat-menghormati.
Banyak lagi refleksi mahu ditulis...namun tidak mampu...

Sekian dahulu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails