SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 5 Ogos 2012

Elly Sofiana's Friend "Dilahdilot"

Ketika surf internet..terjumpa pula bende nih...




Tak sangka..jumpa juga gambar semasa saya nikah ni dalam blog kawan isteriku...

Gambar itu semasa di rumah Elly di Kg.Melayu Kangkar Pulai Johor Bahru pada 2-Mei-2009

Rabu, 1 Ogos 2012

Pusat Akses Sekolah berwajah baru Tahun 2012

Hari ini (Rabu 1 Ogos 2012 pada 9.35pagi) saya menuju ke pusat akses untuk melihat keadaan dan suasana baru. Sebelum ini, pada 2 minggu yang lepas cikgu faizal ada minta untuk saya letakkan jadual pnp (bahasa inggeris) bagi tujuan penggunaan pusat akses (mbmmbi). Beliau mengatakan ingin bina jadual khusus untuk mbmmbi.

Setelah sampai di pusat akses...ini yang dapat saya katakan!!!


Tahniah kepada Cikgu Faizal selaku Guru Penyelaras Bestari dan juga Encik Rasyid selaku Juruteknik Komputer yang banyak berusaha untuk menceriakan dan melakukan pembaharuan untuk pusat akses sekolah di samping bantuan tenaga dan idea rakan-rakan pendidik yang lain. Alhamdulillah

En. Rasyid selaku Juruteknik Komputer

Carta organisasi asas untuk rujukan umum

Peraturan yang diletakkan di setiap meja komputer

Jadual penggunaan pusat akses khas untuk MBMMBI

Mesin pencetak canon yang boleh digunakan untuk tujuan pnp dan guru.


Pusat akses kini sudah ada sudut maklumat
(sudah di cat baru dengan warna yang cerah ungu)

Semoga satu masa nanti, akan ada air cond ;) 

InsyaALLAH



Kemas Bilik Sains dan Inventori Peralatan Sains

Alhamdulillah.

KLIK SINI UNTUK >>> MODUL PENGURUSAN BILIK SAINS

Pada hari ini (Rabu 1-Ogos-2012), aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan (50% siap) untuk perlaksanaan kemas bilik sains dan lakukan sedikit inventori (perekodan). Terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung.




Bermula jam 1.30pm sehingga tamat jam 3.30pm (2jam), maka selesai fasa pertama untuk saya rekod senarai peralatan dan bahan yang ada dalam simpanan panatia sains selama ini. Alhamdulillah, syukur kerana dengan bantuan guru-guru lama iaitu cikgu Faizal dan cikgu Emran yang membantu mengangkat-angkat kotak berisi peralatan dan bantu untuk kemasan dalaman susun atur barang mempercepatkan lagi kerja pada hari ini. Setelah tangguh kerja ini, solat asar sudah pun berkumandang tepat jam 3.36pm.

Setakat ini, saya cuma mencatatkan segala rekod dalam buku log terlebih dahulu sebelum di daftarkan dalam senarai bahan dan peralatan (akan di taip semula untuk rekod lebih kemas dan disahkan).





Guru besar juga turut melihat perkembangan aktiviti pada hari ini dan memberi beberapa pendapat serta perkongsian pengalaman beliau sebelum ini (pernah mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Sandakan).



InsyaALLAH, senarai inventori peralatan sains diharap dapat jugalah diselesaikan sebelum cuti hari raya. Maklumlah, lepas raya banyak lagi aktiviti lain yang boleh difikirkan terutama untuk bersama dengan insan baru yang hadir dalam dunia saya iaitu Siti Hajar anak perempuan saya.

Semoga usaha ini diberkati, sekalipun berpuasa di siang hari namun kesungguhan yang di berikan dan bekerjasama dalam sepasukan memantapkan lagi barisan perjuangan para pendidik dalam memikul tanggungjawab secara berjemaah (bersama) dalam kesatuan hati. InsyaALLAH. Moga Allah beri kekuatan dan petunjuk jalan mudahkan cara segala urusan kita di dunia dan di akhirat. Amin

Selasa, 31 Julai 2012

Perbincangan Soalan Percubaan Sains 2012



Ini ialah pen yang saya perolehi secara mengejut berada di atas meja tulis saya dalam bilik guru (dalam minggu ini). Saya difahamkan pen ini diberikan kepada semua guru-guru. Alhamdulillah.

Seorang murid sedang menulis jawapan di atas papan putih untuk dikongsikan bersama rakan-rakan dalam kelas. Setelah ditulis, semua rakan murid akan menyemak dan memberikan pendapat. Hasilnya ialah, proses perbincangan menjadi lebih baik, lancar dan cepat.

Seorang murid perempuan cuba perbaiki kesilapan yang dilakukan oleh murid lain. 

Secara umumnya, dapat saya simpulkan disini bahawa perbincangan soalan dalam kelas amat penting dan teknik perbincangan boleh dilaksanakan mengikut kreativiti guru dan kemampuan murid. Alhamdulillah, kelas ini dapat laksanakan perbincangan dengan baik. Tiada sebarang kontroversi dari segi penulisan jawapan. Malah, murid mengakui banyak lagi pendedahan soalan perlu dipelajari. Perkara ini hanya di sampaikan oleh murid yang mendapat markah 88% dan 80% sahaja yang mana seorang lelaki dan seorang perempuan.

Adalah diharap, dari hasil perbincangan ini murid dapat menjawab dengan lebih baik dan berhati-hati dalam menulis jawapan.


Panitia Sains bermesyuarat 1jam30minit Kali Kedua 2012

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.....

Syukur kehadrat Allah Taala yang memudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Hari ini, telah terlaksana satu tugas untuk mengadakan mesyuarat kali kedua panitia sains bagi tahun ini bermula jam 12.30 t/hari dan ditangguhkan pada jam 2.00 petang. Kehadiran semua guru-guru sains (lelaki) dan guru besar merancakkan lagi suasana mesyuarat dengan penuh makna dan buah bicara.




Saya selaku ketua panitia yang dilantik, mengakui banyak kelemahan dan kekurangan dalam mengurus sesuatu mesyuarat. Saya tidak sempat untuk menyediakan laporan minit mesyuarat pertama sebelum ini. Namun, perkara ini tidak menjejaskan proses perjalanan mesyuarat yang dirancang.


Semoga dengan mesyuarat yang diadakan ini, dapat keberkatan daripada Allah Taala ketika mana kita semua warga pendidik mulai laksanakan tugas dan tanggung jawab yang diberi bermula di peringkat sekolah dalam dan luar. InsyaALLAH.

Antara agenda mesyuarat kali ini ialah
  • Ucaptama Tuan Guru Besar
  • Pengurusan Panitia
  • Laporan Aktiviti 
  • Laporan Prestasi Akademik
  • Pengurusan PEKA
  • Hal-hal lain
Alhamdulillah, semua guru yang hadir dapat berkongsi idea dan pendapat yang bernas.


InsyaALLAH, esok (Rabu 1-Ogos-2012) akan mulai membuat rekod inventori bagi bahan dan peralatan sains. Moga semuanya berjalan lancar.

Amin.


Ahad, 29 Julai 2012

i-nilam Tahun 2012

Program nilam merupakan satu program yang baik untuk murida di sekolah dalam memupuk usaha membaca. Untuk para pendidik juga telah diperkenalkan program membina sinopsis bahan ilmiah dari unsur bahan bacaan.

Berikut merupakan beberapa siri perkongsian bersama (tugas sebagai guru data secara tidak langsung terlibat dalam proses i-nilam, insyaALLAH akan dilaksanakan mengikut keperluan dengan ruang masa yang agak terhad)




Di bawah merupakan siri perkongsian pembentangan dari Pegawai BTP




Manakala di bawah ini, merupakan perkongsian dari beberapa laman web yang dicari dalam internet






Sumber lain








Pembentangan Hasil Kerja Murid dalam PNP Sains

Kaedah pembelajaran koperatif dapat menjimatkan masa dan mengeratkan hubungan antara ahli dalam kumpulan. Dalam pada itu, beberapa perkara yang dapat ditekankan ialah yang kuat membantu yang lemah dan yang bijak membantu yang sederhana.
(Lihat sini untuk PnP Koperatif di SK. Bulusilou Keningau)







Itulah cara yang cuba saya ketengahkan pada PnP kali ini untuk mengulangkaji kembali subjek sains dalam beberapa unit tahun 5. 

  1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam kelas dan diberikan beberapa peralatan dan bahan untuk aktiviti berkumpulan. Murid duduk dalam kumpulan dengan meja bercantum.
  2. Saya berikan tajuk-tajuk kepada setiap kumpulan dan diberikan masa 30 minit untuk menyiapkan nota kreatif dalam berkumpulan. Kebebasan menulis dan merangka corak persembahan diberikan kepada setiap kumpulan.
  3. Setelah tajuk diberikan, murid mula merangka nota dalam kertas a4 sebelum mulai tulis di kad manila. Guru telah berikan nota ringkas dan padat untuk sains tahun 5 kepada murid pada semester 1 sebelum cuti sekolah sebagai aktiviti ulangkaji kembali semasa cuti sekolah. Maka, pada aktiviti kali ini cuma ingin meningkatkan lagi kefahaman dan keupayaan murid untuk berkongsi dalam setiap perkara yang dibaca diterjemahkan dalam bentuk pembentangan.
  4. Saya bertindak sebagai fasilitator kepada kumpulan-kumpulan murid bagi membantu untuk memudahkan urusan murid dalam menulis dan mencari maklumat penting.
  5. Dengan imaginasasi murid, saya minta murid untuk melukis gambar objek atau perkara yang berkaitan dengan pembentangan yang hendak disampaikan agar pembentangan tidak hanya tertumpu kepada nota penulisan yang bersifat biasa.
  6. Alhamdulillah, hassilnya murid dapat terjemahkan nota ringkas (dari buku) kepada bentuk yang mudah difahami dan mudah untuk disampaikan kepada rakan-rakan lain dalam kelas.
Cara ini saya cuba aplikasikan kepada murid tahun 6 Proaktif pada 17-Julai-2012. Sebelum ini, pernah juga laksanakan pnp seperti ini. Namun, kali ini pnp yang cuba diketengahkan ialah hasil perkongsian berkesan dan perhubungan secara banyak hala, antara murid dan guru, guru dan murid, murid dan murid.

Kesan dari pnp ini, murid dapat menjawab soalan gerak gempur untuk subjek sains tahun 5 dalam bahagian A dengan betul dan mudah. Perkara yang cuba dikaji ialah

  1. Unit/Tajuk yang menjadi killer kelemahan kepada murid dalam menjawab sains bahagian A.
  2. Adakah murid berasa yakin untuk menyampaikan konsep sains yang dipelajari dalam kelas menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri (BUGIS) atau menggunakan bahasa melayu yang tepat.
  3. Pemahaman ringkas murid untuk tajuk sains tahun 5 dapat membantu murid untuk perbaiki dan mengukuhkan pemahaman pembelajaran sebelum ini semasa berada di tahun 5.
  4. Murid dapat belajar menulis nota dengan lebih baik dan berkesan dibantu oleh rakan dan juga melihat kumpulan lain sebagai contoh dalam membaiki mutu penulisan nota untuk persembahan dalam penyampaian maklumat berkesan.
InsyaALLAH, banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan dengan kaedah perancangan yang lebih rapi. Walaupun saya merasakan masa terlalu lewat dan suntuk untuk laksanakan aktiviti seperti ini, insyaALLAH dengan pemahaman yang sedikit ini dapat membantu murid untuk melonjak dengan lebih baik di masa akan datang iaitu konsep pembelajaran yang berkesan ialah secara berkumpulan (berjemaah).

(Sedang merancang membina ABM/BBM sendiri..tapi masih difikirkan selain daripada penggunaan powerpoint dan juga barang maujud..insyaALLAH..akan diusahakan...)



Gambar aktiviti....

















Sabtu, 28 Julai 2012

Program Ramadhan d'kat Dihati 2012

Assalamualaikum pembaca budiman...sungguh tak sangka kali ini dapat kita bertemu kembali dengan bulan Ramadhan yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Alhamdulillah.

Dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi beberapa aktiviti yang dirancang di sekolah bersama rakan-rakan. Pihak panitia pendidikan islam telah merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti sepanjang bulan ramadhan. 

Berikut merupakan beberapa perkara yang dapat saya kongsikan dalam bentuk bergambar...
(ketika mesyuarat bagi program ini saya tidak hadir kerana pada 25-Julai-2012 Rabu hari tersebut saya menuju ke SK Kota Kinabatangan bagi menghantar laporan PEKA kepada Penyelaras PEKA Daerah).














Sekian

Rancangan Pengajaran Tahunan Sains KSSR Tahun1 dan Tahun 2

Alhamdulillah. 

RPT untuk subjek sains (KSSR) telah diperolehi dari guru mengajar dalam 2 minggu lepas. Terima kasih kepada cikgu Azizul dan cikgu Faizal yang berusaha untuk menyediakan RPT bagi subjek sains kssr ini. Jika ada sebarang kekurangan dalam rpt ini, boleh tuliskan komen kepada saya untuk bersama berkongsi dan perbaiki dengan lebih baik. InsyaALLAH

Rancangan Pengajaran Tahunan Sains KSSR Tahun 1

Rancangan Tahunan Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1

Rancangan Pengajaran Tahunan Sains KSSR Tahun 2

RPT DST THN 2

Selesai menaip pada 10.20pm (28-Julai-2012) Setelah makan roti john kebab istimewa di Sri Perdana bersama jemaah yang datang dari Kelantan. Jemaah yang sedang bergerak 40hari di kawasan Lahad Datu ini terdiri daripada orang alim, orang lama dan juga bakal ustaz. InsyaALLAH.

Moga dengan rpt ini, dapat memudahkan para pendidik dalam mempersiapkan diri dengan lebih terancang untuk laksanakan pengajaran dan pembelajaran.


Jaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2012

Perkara ini saya ketahui dari Puan Noraidah (Guru Sains SK Kota Kinabatanan). Dengan inisiatif sendiri, saya mencari maklumat yang berkenaan di internet. Hasil perbincangann dengan penyelaras KSSR di sekolah iaitu cikgu Erwansyah juga minta diberikan penerangan jika ada maklumat yang berkaitan.

Alhamdulillah, saya telah temui beberapa maklumat yang dan dibawah ialah hasilnya.

Dokumen Jaminan Kualiti PBS Sekolah (KSSR)





Sekian.

Sifat bahan konduktor dan penebat (aktiviti bersama murid tahun 4)

Teknik pnp KONSTRUKTIVISME DAN KOPERATIF digabungjalinkan

Pnp pada Jumaat (30 minit)

Gambar aktiviti

1) Ujikaji antara logam (besi) dan plastik, untuk kenal pasti konduktor haba dan penebat haba yang baik.

2) Ujikaji tentang sifat bahan yang menyerap air (menggunakan tisu dan juga kertas dari kotak tisu).

Antara proses pnp yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut :

  • Berikan contoh objek/benda yang menjadi konduktor haba yang baik dan penebat haba yang baik.
  • Murid menjawab secara lisan iaitu logam merupakan konduktor haba yang baik contoh sudu besi (seperti yang telah dirancangkan murid dikehendaki membawa sudu besi dan sudu plastik).
  • Setelah saya memasukkan air (panas) kedalam cawan murid, murid dikehendaki tunggu dalam 2 minit. Kemudian murid diminta untuk memegang sudu besi dan plastik untuk kenal pasti yang mana satu berasa panas? Pembelajaran teknik konstruktivisme dan koperatif digabungkan.
  • Seterusnya, murid diajukan soalan. Berikan contoh objek/benda yang menyerap air?
  • Murid menjawab kertas. Saya menulis jawapan mereka di papan putih. Kemudian, saya minta murid jalankan ujikaji kedua.
  • Murid diberikan tisu dan kertas dari kotak tisu.
  • Murid dapat kenal pasti dengan baik bahawa tisu dan kotak tisu dapat menyerap air. Murid juga menerangkan bahawa tisu dapat menyerap air dengan lebih baik daripada kertas kotak tisu. 




Kumpulan Joshua. 
"Tidak rasa panas pun sudu besi ni. Cikgu letak air yang suam" Itulah luahan dari kanak-kanak kecil ini.



Baru nak ambil tisu yang sudah tenggalam dalam cawan.

Saya pasti tisu ini memang menyerap air. Itulah kata-kata dari Sharikbal.

Kegembiraan dari wajah jelas kelihatan. 



Penulisan ini hanyalah sekadar perkongsian bersama.

Ada beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki
  1. Peralatan perlu disediakan dengan rapi dan terancang.
  2. Menggunakan bahan (air) yang baik dalam laksanakan ujikaji supaya lebih berkesan.
  3. Sediakan lembaran sebelum ujikaji dilaksanakan agar murid dapat menulis catatan dengan mudah dan cepat.
  4. Latihan ringkas perlu diberikan untuk proses penilaian.
  5. Penilaian secara lisan tidak menunjukkan kefahaman murid secara keseluruhan di dalam kelas.
InsyaALLAH...sesuatu perlu dilakukan....

Terima kasih kepada semua murid di kelas 4 Proaktif 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails