Pada 26-Feb-2011 (sabtu) Meeting pertama HEM telah selamat dijalankan yang dipengerusikan oleh En.Emran Sumanggil selaku PK-HEM baru disekolah kami yang masuk pada tahun lepas menggantikan Puan Zaidah yang berpindah ke Sek.Keb.Sentosa Jaya.
Banyak agenda yang dibincangkan dalam meeting pertama ini.
Seterusnya GB memberikan kata-kata amanat kepada semua guru dan peringatan tentang beberapa perkara antaranya ialah MENGHANTAR BUKU REKOD MENGAJAR dan MENGEMASKINI BUKU KEDATANGAN MURID.
Sebelum ini, saya merupakan guru kelas bagi tahun 4 Proaktif. Banyak kelemahan dan kesilapan yang saya perlu tingkatkan dan perbaiki. InsyaAllah. Kata-kata GB dan En.Emran banyak mengingatkan saya akan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan selaku tanggung jawab sebagai guru.
Setelah selesai meeting tersebut, saya dan cikgu Zul Haimy segera untuk mengemaskini setiap fail panitia sains dan dibantu oleh Puan Saedah. Rata-rata semua panitia mengambil tindakan yang sama. Dalam pada itu, saya juga mengemaskini Fail Meja (Ketua Panitia dan Guru Data) untuk tatapan PPDK yang bakal adakan lawatan Jalinan Permuafakatan pada 28-Feb-2011.
Entri ini dimasukkan kemudian atas faktr kekangan masa.
Walaubagaimana pun, meeting HEM adalah penting bagi semua guru untuk mengenal pasti akan tanggungjawab dan jalan penyelesaian sebagai satu wadah tempat bertanya sekiranya terdapat kemusykilan
dan beberapa perkara yang tidak pasti hendak dilaksanakan.
Sekian.
-MMK_
11.01pm (balik untuk rehat) Esok ada TEST untuk Sains tahun 6 dan Bahasa Inggeris Tahun 4 ;)
Good luck and may Allah bless u always... Amin (InsyaALLAH)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan