Pada 19-Feb-2011 (Sabtu) Sek.Keb.Paris 3 tlah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul yang julung kalinya secara bersama pihak masjid di Kg.Paris 3 Kinabatangan. AJK masjid cukup komited dalam membantu pihak sekolah sepanjang perancangan dan perlaksanaan sambutan ini.
Semua guru dan murid wajib hadir pada hari tersebut untuk menjayakan program buat pertama kalinya dalam sejarah sekolah kami. Syukur Alhamdulillah kerana pada hari tersebut hujan tidak turun dan Allah membantu untuk memudahkan segala urusan sekalipun diawal pagi agak kelam kabut Cikgu Syahar mengaturkan murid-murid untuk berbaris berarak dari kawasan sekolah ke masjid sambil menanti kedatangan tetamu VVIP dan VIP yang terdiri dari kalngan PIBG dan Ketua kg serta AJK nya.
Perjalanan agak terkawal dengan bantuan polis trafik yang turut berada dalam perjalanan perarakan dari seklah ke masjid. Ustaz Rahmat selaku ketua perarakan melaungkan selawat menggunakan pembesar suara (kepunyaan sekolah) diikuti dengan semua ajk PIBG, guru dan murid-murid menyemarakkkan lagi suasana perarakan yang menarik perhatian semua penduduk kampung Paris 3.
Perjalanan majlis dan program dalam masjid berjalan lancar sekalipun ini kali pertama diadakan cuma suara anak-anak kecil (murid) lebih tinnggi daripada suara pencermah yang dijemput khas dari S.K.Paris (suami ustaza Harirah).
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang melibatkan diri dalam program ini.
Atas faktor kesuntukan masa, maka laporan ringkas ini sahaja yang mampu saya kongsikan bersama.
Segala yang baik itu datang daripada Allah Taal yang Maha Agung, yang buruk itu atas kesilapan dan kelemahan diri saya sendiri. Saya mohon maaf sekiranya laporan ini tidak begitu memberangsangkan dan memuas hatikan banyak pihak (kepada nama, pihak yang tidak disebutkan nama)
Sekian.
-mus-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan