SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 28 Februari 2011

Jalinan Permuafakatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua khususnya warga pendidik. Satu pertemuan JALINAN PERMUAFAKATAN telah selamat diadakan di sekolah saya pada hari ini (28-Feb-2011) mula jam 10.00pagi dalam Bilik Gerakan.

Kedatangan para jemputan (PPDK) sememangnya dinantikan sejak dari awal pagi lagi. Namun begitu saya tetap masuk ke kelas seperti biasa selepas tamat sesi perhimpunan untuk PNP Bahasa Inggeris bersama kelas 4Proaktif. Setelah tamat kelas (8.45am) pihak jemputan masih tidak hadir lagi, maka saya menuju ke kantin untuk bersarapan pagi dahulu(perut lapar) bagi membuat persiapan diri sekiranya ada persoalan yang perlu dijawab (dalam keadaan perut kenyang) maka tidak menjadi masalah bagi ku.

Puan Suzani memulakan majlis dan seterusnya meminta saya untuk membaca doa (ringkas padat) supaya majlis permuafakatan ini diberkati. Amin ya rabbal a-lamin.

Guru Besar En.Norazam Ahamad telah memulakan sesi pembentangan pertamanya dengan Maklumat, sejarah dan info serba sedikit tentang sekolah. Setelah hampir sejam, pada jam 11.00pagi GB membentangkan HEADCOUNT matapelajaran dan juga SOALAN yang biasa keluar. Perkara ini mendapat pujian dari PPDK kerana HEADCOUNT ini penting dalam mendapatkan data yang tepat dan merangka strategi untuk mengenal pasti masalah dan peluang kecemerlangan yang boleh dilonjakkan mengikut kemampuan murid, guru dan sekolah dalam mengatasi sesuatu masalah.

Banyak perkara yang dibincangkan dalam hari ini. Alhamdulillah, Panitia Sains masih tidak menerima komen dari PPDK namun saya menyerahkan Pelan Perancangan Strategik Panitia Sains kepada Penyelia PPDK bagi menyemak dan memberi komen sekiranya perlu. Terima kasih banyak diucapkan kepada semua yang hadir dan syabas kepada semua warga sekolah yang bertungkus lumus dalam menyiapkan semua perkara (Fail Meja, Fail Panitia, Carta Sekolah, Headcount, Kemasan Bilik Gerakan, Kemasan Sekeliling Sekolah dan lain-lain)

Sesungguhnya, pertemuan ini amat bermakna bagi saya kerana persoalan saya tentang AKTIVITI DAN PROGRAM SAINS PERINGKAT PPDKinabatangan terjawab iaitu pada tahun ini ada 2program sahaja(yang utama) iaitu Near Miss Cemerlang dan Near Miss Lulus termasuk juga Pasukan Gerakan SAGA.

UNTUK penulisan RPH, banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Setelah masuk seminggu Format Penulisan RPH yang saya keluarkan untuk subjek sains, masih terdapat kelemahan dan terima kasih kepada semua guru-guru sains kerana menegur dan membantu saya selama ini. Saya masih lagi tidak dapat elakkan diri dalam berperasaan tinggi diri (ego) iaitu satu perkara yang perlu saya perbaiki. Ya! Saya BOLEH! InsyaAllah....Moga Allah Taala memberkati setiap usaha anda semua dan semoga kita termasuk dalam golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat dengan berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Sekian.

(sambung kemudian untuk inti pati selanjutnya)







Update blog menggunakan WiFi Restoran Siti Khadijah (terletak di depan masjid Kg.Muhibbah Lahad Datu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails