SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 16 Januari 2013

Teknik Pengajaran Ekspositori dan Koperatif dalam bilik darjah (kelas)

Rabu (16-Jan-2013) 

Tempoh masa 1 jam (60 minit)


Subjek sains tahun 5 kali ini menggunakan teknik pengajaran ekspositori dan koperatif.

klik sini untuk mendapatkan maklumat MODEL PENGAJARAN



1. Teknik pengajaran ekspositori

Murid di soal secara rawak mengenai pnp yang lalu dan guru mengajukan soalan berkaitan dengan mikroorganisma bertumbuh.

Guru menunjukkan video mengenai mikroorganisma bertumbuh (di ambil dari www.youtube.com)









Murid di dedahkan dengan video yang berkaitan dengan mikroorganisma bertumbuh.
Sesi soal jawab secara lisan dari guru kepada murid diberikan semasa dan selepas menonton video.

Soalan seperti berikut:
1. Ada berapa benda dalam video yang ditunjukkan.
2. Bagaimanakah keadaan bagi setiap benda tersebut. (murid jawab melalui pemerhatian perubahan bagi setiap benda yang dilihat).
3. Perbandingan antara pertumbuhan mikrooragnisma bagi setiap benda.
4. Berikan kesimpulan.

Seterusnya, murid diberikan masa selama 10 minit untuk menulis pemerhatian bagi 3 benda dalam buku amali sains sebagai rekod.



2. Teknik pengajaran koperatif.

Murid dipecahkan dalam kumpulan yang telah dibentuk sebelum ini.

Ketua kumpulan mengambil helaian-helaian kertas dari guru.

Murid dalam kumpulan berbincangan untuk mendapatkan maklumat mengenai kebaikan dan kesan buruk mikroorganisma.






Seterusnya, guru mengadakan sedikit perbincangan dalam kelas sebelum menyerahkan 2 kertas A4 bagi setiap kumpulan untuk menampal maklumat yang berkaitan.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan baik.

Murid yang lemah dapat dibantu oleh rakan dalam kumpulan.

InsyaALLAH, ujian ringkas akan diberikan kepada murid bagi menguji tahap kefahaman dalam konsep sains.



Sains tahun 5 Ujian 1 untuk unit 1, 2 dan 3 (mikroorganisma)

Penilaian awal untuk ujian 1 subjek sains tahun 5 pada bulan Januari 2013.

Soalan bahagian A (4 soalan) dan bahagian B (5 soalan).




Selasa, 15 Januari 2013

Folio (Buku Skrap) Kerja Kursus Sains Tahun 6 Tajuk 1 Interaksi Antara Hidupan


Folio yang diberikan merupakan salah satu dari kerja kursus untuk penilaian PEKA di sekolah bagi murid tahun 6.

SAINS
TEMA: MENYIASAT ALAM KEHIDUPAN

UNIT 1: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN

KERJA KURSUS TAHUN 6

BERKUMPULAN 







Hasil kerja murid yang telah siap, klik sini :::BUKU SKRAP::::


Kemaskini semula 2 Februari 2013

Isnin, 14 Januari 2013

Aktiviti Sains Tahun 4 Unit 1 Keperluan asas Tumbuhan

Pada hari ini saya memulakan tajuk keperluan asas tumbuhan dengan beberapa soalan (konstruktivisme).

(Penekanan keperluan asas tumbuhan pada hari ini ialah AIR)


Murid dapat menjawab dengan baik secara lisan namun ada juga murid yang bermain-main dengan jawapan yang lain.

Seterusnya, aktiviti di luar kelas ialah melawat tapak kolam di belakang sekolah.

Berdasarkan buku teks sains tahun 4 edisi terkini, buka muka surat 6.

Lihat keadaan kolam kemudian bincangkan soalan dalam buku teks.

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan (2 kumpulan lelaki dan perempuan).






Setelah perbincangan diberikan masa 5 minit untuk berkongsi idea dan hasil perbincangan dalam kumpulan.

Murid di minta masuk kembali ke dalam kelas dan menjawab soalan muka surat 8 (dlm buku teks) di buku panjang (amali) dan melukis kembali gambarajah muka surat 6 dalam buku nota.

Alhamdulillah.

Segalanya berjalan lancar pnp pada hari ini dengan penggunaan masa yang optimum (1 jam).


Ahad, 13 Januari 2013

Rumusan Program Kecemerlangan UPSR (Rujukan)

Senarai semak (rujukan)



[url=http://www.wallpaperswala.com][img]http://www.wallpaperswala.com/wp-content/uploads/2012/11/a-journey-of-success.jpg[/img][/url]


Rumusan Strategi Kecemerlangan UPSR hasil perbengkelan:


FAKTOR MURID:

1. Semua murid tahap 2 hendaklah menguasai 3M
2. Sifar PROTIM
3. Disiplin murid (sifar salah laku)
4. Penglibatan berterusan murid Tahun 6 dalam kelas
5. Pembimbing rakan sebaya
6. Adab belajar
7. Pemakanan Sihat (Brain Booster)


Success Motivational Wallpapers

FAKTOR GURU:

1. Headcount
2. Pengajaran dan pembelajaran berfokus
3. Jadual waktu terancang khusus
4. Modul pembelajaran bersepadu (melibatkan semua mata pelajaran)
5. Modul pengajaran (bimbingan) oleh guru-pendedahanm skema pemarkahan
6. Kelas bimbingan kelompok murid target dan potensi kelas.
7. Hadiah "tag 5A" kepada murid target.
8. Guru sentiasa mendampingi murid.
9. Memanfaatkan bilik SAL (Self Access Learning)
10. "Peer Group" & PRS di kalangan guru
11. SKT guru bagi kurikulum murid (ada kad kemajuan murid)
12. Pendokumentasian data individu murid
13. Sudut info bagi prestasi murid
14. Program kecemerlangan bermula di tahun 4
15. Ulangkaji terancang.terfokus mengikut topik
16. Semua guru bertanggungjawab,komited, amanah serta saling bantu-membantu



FAKTOR KOMUNITI

1. Kolaboratif yang jitu antara guru/ibu bapa, ahli korporat,wakil rakyat, NGO dan masyarakat setempat.
2. Tabung kewangan PIBG yang mampan
3. Sokongan penuh daripada ibu bapa
4. Solat hajat
5. Kerjasama erat masyarakat




Sekian

Science is Fun

Hari ini jumpa satu youtube yang sangat best...hingga kan anak saya juga menonton bersama-sama













Aktiviti Sains Tahun 6 Interaksi antara hidupan

(Terkini: Bacaan Senarai Haiwan Yang Pupus)

PERSAINGAN UNTUK MENDAPATKAN MAKANAN

1. Haiwan (yang sama spesies)


2. Haiwan (yang berlainan spesies)


3. Haiwan menyendiri memburu makanan


AKTIVITI MANUSIA MENGANCAM HIDUPAN HAIWAN DAN TUMBUHAN


Modul Program Kecemerlangan UPSR



Sumber JPN Kelantan



Khas untuk subjek

Bahasa Inggeris




Bahasa Melayu




Matematik



Sabtu, 12 Januari 2013

Siti Hajar mula makan makanan kisar (blender)


Bermula Disember 2012, anak saya iaitu Siti Hajar sudah mula makan makanan yang dikisar. 

Mesin pengisar bayi ini, saya bersama isteri membelinya di Jusco Tebrau dan mendapat 2 jenis pengisar untuk kering dan basah.

Alhamdulillah, dengan adanya mesin ini lebih memudahkan saya dan isteri menyediakan keperluan makanan  untuk Hajar (panggilan anak saya).







Kuantiti kandungan makanan yang diperlukan dalam satu-satu masa setakat ini pada umur Hajar 6-7 bulan.



Sambil makan, Hajar akan menonton cerita kegemarannya 
iaitu Pocoyo, Upin Ipin dan juga Mickey Mouse Clubhouse.




Setelah kembali dari sekolah (samada keluar sekolah jam 1, 2 atau 3petang saya akan sampai ke rumah untuk ambil Hajar di rumah kak Mai (suri rumah sepenuh masa yang menjaga Hajar) di Taman Aman 3 lebih kurang pada jam 2, 3 atau 4 paling lewat.

Kemudian segera menyediakan makanan untuk Hajar.




Makanan ini disediakan oleh isteri saya pada waktu pagi.
Saya cuma blend jerk....hahah








Sekian...

Penulisan ini bertujuan untuk imbas kembali kenangan lama bermulanya Hajar bersama dengan saya sepenuhnya dalam tahun 2013.

InsyaALLAH.


Jumaat, 11 Januari 2013

Sains Tahun 6 Unit 1 (Siri Pra-Kajian Tindakan)

Jumaat 
11 Jan 2013
6.45 - 7.45 pagi
Kelas 6 Proaktif
Subjek Sains
Topik 1

Alhamdulillah, proses pnp hari ni berjalan lancar mengikut perancangan dan lebih baik dengan kerjasama dari semua murid-murid.

Pada hari ini, pendedahan diberikan secara lisan dalam topik 

1) Kenapa manusia memburu haiwan dan memusnahkan hutan (tumbuhan)

2) Apakah jenis-jenis aktiviti manusia yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan terancam dan pupus.

3) Nyatakan tindakan yang boleh di ambil untuk memulihara haiwan dan tumbuhan dari terancam dan pupus.








(Selain itu, dalam kelas ulangkaji kembali tajuk sebelum ini dengan memberi 5 soalan, Soalan objektif 2, soalan struktur 3)

PEKA Sains tahun 5 Mikroorganisma Bernafas

Pada hari ini (Jumaat 11-Jan-2013) saya masuk ke dalam kelas tahun 5 Proaktif (PA) selama 30 minit.

Tajuk: Unit (1) Mikroorganisma

Aktiviti kali ini ingin membuktikan bahawa mikroorganisma memerlukan udara untuk bernafas dan air untuk terus hidup.


Segala kelengkapan telah disediakan dari rumah untuk aktiviti PEKA.

Alat dan bahan

1. Bikar (plastik)
2. Sudu kecil
3. Air
4. Tepung gandum
5. Gula
6. Ragi 

Sedikit perkongsian bergambar







Akan sambung tulis kemudian....
(anak saya siti hajar sibuk juga mahu bermain-main) hehehe

Aktiviti Sains Tahun 5 Mikroorganisma

Di sini cikgu akan kongsikan beberapa aktiviti yang dapat menambahkan pengetahuan kita tentang mikroorganisma.

1.  Soalan akiviti dalam bahasa inggeris klik gambar di bawah





2. SUSUN PERKATAAN : KLIK SINI



3. VIDEO 
(Mikroorganisma bertumbuh, bernafas dan bergerak)

Khamis, 10 Januari 2013

Mesyuarat Staf, Kurikulum, HEM dan Kewangan kali Pertama 2013

Alhamdulillah, 4 in 1. Itulah yang boleh saya katakan sepertimana GB maklumkan dalam ucaptama pembukaan mesyuarat pada hari ini yang bermula jam 11.30pagi hingga jam 2.30 petang.

Setiap mesyuarat mempunyai minit mesyuarat tetapi untuk unit kurikulum saya tidak dapat menyiapkan minit mesyuarat untuk disahkan dan perkara ini telah mendapat perhatian dari semua pihak terutama GB. InsyaALLAH saya akan lebih bersedia untuk apa jua perkara. Moga Allah mudahkan.

Banyak perkara dan isu yang dibentangkan dan diperbincangkan.

Saya akan perincikan dalam sedikit masa nanti.

Sedikit perkongsian bergambar.




Sekian



Selasa, 8 Januari 2013

Guru Data Terima laptop??

Hari ini (Selasa 8-Jan-2013) saya mendapat berita dari seorag rakan yang merupakan guru data di sebuah sekolah rendah daerah Kinabatangan memaklumkan bahawa beliau mendapat sebuah komputer riba (laptop) dari KPM di atas namanya sendiri.

Alhamdulillah, jika benar lah beliau mendapat laptop untuk kegunaan rasmi (guru data) pasti akan memudahkan lagi urusan rasmi hal-hal persekolahan.




Isnin, 7 Januari 2013

TAKWIM SEKOLAH 2012 (contoh takwim dalam penjanaan)

TAKWIM 2013 (TERKINI) klik sini

Takwim yang saya masukkan ini hanyalah sekadar rujukan dan panduan di masa

akan datang. Ini adalah takwim yang saya bina pada tahun 2012 sebagai takwim induk untuk keseluruhan unit di sekolah (kurikulum,kokurikulum dan HEM).

Asasnya saya menggunakan microsoft excel dahulu, kemudian baru di copy paste dalam microsoft word.

InsyaALLAH, sekiranya ada cara yang lebih mudah akan dikongsikan bersama.



Perhimpunan pertama 2013

7 Januari 2013 Isnin

Hari pertama dalam minggu kedua persekolahan.

Hari ini juga perhimpunan pertama di sekolah diadakan.

Saya bersama cikgu Nordin selaku guru bertugas pada minggu lepas (minggu pertama sesi 2013) memberi laporan ringkas berkaitan dengan keadaan kebersihan kelas dan selamat menjalani sesi persekolahan dengan semangat yang baru.


Cikgu Nordin telah ditukarkan ke sesi pagi dan mendapat subjek Bahasa Inggeris tahun 6, Sains tahun 5.





Tuan guru besar menyampai beberapa perkara utama kepada semua murid dan guru.
Antara perkara yang diucapkan ialah

  • Keputusan UPSR 2012 dengan pencapaian baik 2 orang murid mendapat 5 A ditawarkan ke sekolah berasrama penuh dan mendappat komputer riba (laptop) dari ahli parlimen Kinabatangan serta wang tunai.
  • Mulakan dengan azam dan usaha yang lebih baik pada tahun ini untuk menjadi cemerlang dan berjaya.
  • Tingkatkan usaha dalam menjaga kebersihan dan keselamatan diri dan kelas.
Berikut beberapa gambar yang dapat dikongsikan

Ustazah Salmah bersama dengan ustazah Norhasmawati 
(Ustazah Atie berbaju merah baru lapor diri di sekolah pada 2 Jan 2013 sebagai Guru  j-QAF LPBS)




Sekian


Sabtu, 5 Januari 2013

Strategi Pengajaran Sains menggunakan Peta Minda Sains 2013 dalam Bahasa Melayu

Assalamualaikum.

Pada kali ini, saya ingin berkongsi 1 perkara mengenai peta minda dalam teknik pengajaran sains (samada untuk kelas tahun 4, 5 dan 6).

Di bawah ini akan disertakan dokumen yang berkaitan.

Beberapa langkah yang perlu diambil perhatian sebelum melaksanakan teknik pdp berbantukan peta minda ialah

  1. Pastikan semua murid dalam kelas telah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu yang lemah, sederhana dan bijak bagi memudahkan guru untuk membantu murid dalam menggunakan nota/latihan peta minda tersebut.
  2. Murid yang bijak dapat membantu murid yang lemah samada dari segi ejaan, penulisan dan pemahaman sains ringkas. 
  3. Guru perlu menyediakan beberapa contoh gambar tambahan bagi setiap tajuk/unit/sub topik yang di ajar bagi mengembangkan lagi pengetahuan murid.
  4. Kuiz/soalan diberikan di akhir kelas (pdp) untuk menguji kefahaman murid. Guru boleh sediakan sekurang-kurangnya 3 soalan berbentuk objektif dan 2 soalan subjektif (struktur).
  5. Murid yang lemah dan tidak dapat menyiapkan kerja/tugasan peta minda diberikan sokongan dan bimbingan dalam kelas akan datang. Guru dapat menggunakan masa selama 10minit pertama/terakhir pdp untuk membimbing murid yang lemah.
  6. Setiap prestasi murid direkodkan dalam setiap lembaran agar murid rasa dihargai dengan tugasan yang telah disiapkan. 
  7. Murid yang lemah, boleh membuat pembetulan dalam buku khas (pembetulan) bagi memperbaiki kesilapan dan mengukuhkan lagi konsep sains yang sebenar.
(Pada tahun 2011 saya menggunakan teknik peta minda, iaitu murid dikehendaki membina peta minda sendiri dalam membuat nota sains berdasarkan lembaran yang saya berikan. Untuk tahun 2013 saya menggunakan teknik yang baru bagi memperkemaskan dan memudahkan tugas murid serta mempercepatkan urusan guru dalam mengenal pasti murid yang lemah untuk dibimbing dengan lebih cepat, pantas, betul dan tepat insyaALLAH)

Selamat mencuba.



















Perkongsian tambahan dari Cikgu Mimi Salmi (Apa itu peta minda?)



Rancangan Pengajaran Tahunan Sains Tahun 3 Dunia Sains Teknologi

Alhamdulillah.. perkongsian ini adalah hasil daripada cikgu suzana. Terima kasih.

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS TAHUN 3 KSSR DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (DST)



Contoh Majalah Sekolah sebagai rujukan dan panduan

Guru Baru Ustazah j-QAF

Alhamdulillah, pada 2 Januari 2013 seorang ustazah baru telah datang ke sekolah untuk menjalani latihan perguruan berasaskan sekolah (LPBS) yang mengajar pendidikan islam dan bahasa arab.

Beliau ialah NORHASMAWATI BINTI MAT yang berasal dari Kota Bharu Kelantan. Kehadiran ustazah ini sepertimana menggantikan ustaz Zulkifli yang telah selamat berpindah sekolah di Perak bermula Januari 2013.

Syukur.

Dalam minggu pertama ini juga menyaksikan pelbagai ragam baru murid-murid yang hadir ke sekolah.

Dengan suasana sekolah yang ceria, menjadikan murid bertambah semangat untuk belajar sekalipun hujan setiap hari bermula Rabu dan Khamis.

Sekian dahulu.

Semoga tahun 2013 ini memberi kita bersama ruang dan peluang untuk terus memperbaiki dan menambah mutu dalam amalan seharian di samping meningkatkan usaha iman dan amal untuk kehidupan akhirat.

InsyaALLAH..

Jumaat, 4 Januari 2013

Rancangan Pengajaran Tahunan Sains Tahun 4, 5 dan 6

Rancangan pengajaran tahunan sains tahun 4 



Rancangan pengajaran tahunan sains tahun 5


Rancangan pengajaran tahunan sains tahun 6



Terima kasih kepada rakan saya cikgu Suzana Mohd Ali yang sudi berkongsi ;)

Sekian.

Segala kekurangan harap di maafkan dan teguran membina dari anda sangat dihargai.

Update 4-Jan-2013 (2.24pm) Bilik gerakan SK Paris 3 Kinabatangan


Selasa, 1 Januari 2013

Januari 2013

Cuti 1 Januari...

Alhamdulillah...

Esok mula sudah sekolah kembali ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails