Guru Data Maklumat
Pada hari ini 30-Januari-2012 saya menghadiri bengkel pertama sebagai Guru Data Maklumat(GDM). Sukacita dikongsikan bahawa maklumat utama yang ingin dilihat ialah enrolmen murid (bilangan hendaklah tepat), data guru dimasukkan (bagi guru baru) dan juga kod jawatan tidak bertindih. Taklimat disampaikan oleh En. Alhassim selaku Pegawai Meja dari PPD Kinabatanga. Setakat ini, usaha untuk murnikan dan pengemaskinian maklumat data sekolah masih diperingkat awal.
Usaha padu dari semua pihak amat diharapkan. GDM diminta untuk terus usaha dapatkan maklumat yang tepat bagi kegunaan semua pihak dalam merangka strategi dan bajet yang hendak disalurkan untuk semua pihak samada murid, guru dan sekolah.
Dalam pada itu, En. Alhassim turut berkongsi dengan mengatakan bahawa PPDK masih tidak mencapai taraf gred A kerana kekurangan bilangan murid. InsyaALLAH dalam jangka masa yang terdekat dan akan detang, didoakan agar bilangan murid semakin bertambah yang bersekolah terutama dikawasan luar bandar dan juga hujung-hujung daerah.
Sekian dahulu perkongsian yang serba sedikit.
InsyaALLAh akan saya kemaskini lagi sekali.
MMK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan