SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 2 Mei 2014

Program Platinum Zon Paris 2014 di SK Sandau Kinabatangan 2 dan 3 Mei 2014

Alhamdulillah.

Program Platinum Zon Paris 2014 telah membuka tirai secara rasminya pada hari ini bersamaan 2 Mei 2014 hari Jumaat (2 Rejab) bermula jam 7.00pagi hingga jam 12 tengah hari esok (Sabtu).

Sebanyak 5 buah sekolah yang menyertai program ini iaitu SK Sandau (tuan rumah), SK Paris 3, SK Paris, SK Batu Puteh dan SK Sentosa Jaya.

Seramai 100 orang murid telah dipilih dari 5 buah sekolah sebagai peserta dalam program ini.

Matlamat program ini adalah jelas untuk meningkatkan prestasi akademik terutama dalam pencapaian UPSR 2014 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, para penceramah yang berkaliber dan berpengalaman luas telah dijemput khas yang majoritinya terdiri dari guru-guru di Daerah Lahad Datu.

Tahniah atas usaha keras yang diberikan bagi setiap guru-guru terutama Guru-guru Besar yang bergabung tenaga serta tidak dilupakan jasa Cikgu Alimin yang banyak berusaha untuk berganding bahu bersama Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu dalam menjayakan matlamat program ini.

Syukur Alhamdulillah.

Esok merupakan hari penangguhan yang akan dirasmikan oleh Pegawai PPD Kinabatangan, InsyaALLAH.

Perkongsian untuk hari ini ialah

Subjek Sains (8.00 pagi hingga 10 pagi)
Subjek Matematik (10.15 pagi hingga 12 t/hari)
Subjek Bahasa Inggeris (2ptg hingga 4petang)

Gambar sepanjang hari pertama (Jumaat 2 Mei 2014)



Jurugambar Cikgu Herman bersama temannya 
SK Sandau


Penceramah Pertama Subjek Bahasa Inggeris Kertas 1


Penceramah Kedua Subjek Bahasa Inggeris Kertas 2

Penceramah Subjek Matematik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails
jssdk'));