SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 16 Januari 2015

REFLEKSI MINGGUAN - Minggu 1 / 2015

Isnin 12 Jan

1) Alhamdulillah cuaca sangat baik dan tenang pada hari ini.
2) Ramai ibu bapa penjaga menghantar anak ke sekolah dengan semangat yang tinggi.
3) Perhimpunan pertama berjalan lancar dengan beberapa taklimat dan perjumpaan guru besar bersama para guru untuk persediaan pelawat dari PPD, JPN dann KPM.
4) PDP berjalan lancar dan proses pengagiihan buku teks dilakukan oleh guru kelas dengan teratur.

Selasa 13 Jan

1) PdP berjalan lancar. 
2) Tiada pelawat datang ke sekolah lagi.
3) Tak sempat lagi nak masuk ke dalam makmal komputer hari ini.
4) Buku RPH disiapkan lebih awal untuk seminggu pdp.

Rabu 14 Jan

1) PdP tiada masalah dan murid dapat hantar tugasan dengan baik.
2) Pengagihan Bantuan Persekolahan RM100 dilaksanakan selepas waktu rehat oleh guru kelas kepada semua para ibu bapa penjaga di ruang kantin.
3) Murid yang bukan warganegara tidak layak terima RM100.
4) Pdp waktu akhir tidak berjaya dilaksanakan kerana proses pengagihan RM100 hingga jam 12.30pm.

Khamis 15 Jan

1) Rekod kehadiran murid di catat untuk dilaporkan kepada kerani sekolah di pejabat am.
2) Bapa murid yang tidak sempat datang pada hari Rabu, datang pada hari ini untuk terima RM100 bersama guru besar.
3) Tiada aktiviti Kokurikulum di laksanakan (dibatalkan).
4) Dapat pulang ke rumah lebih awal kerana sempat siap tanda buku kerja murid.
5) Kemaskini dan daftar murid di sistem APDM (online kat rumah) setelah perolehi ID pada pagi tadi.

Jumaat 16 Jan

1) Siapkan laporan data untuk klinik pergigian.

Itu jer lai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails