Pada awal Julai yang lalu, saya meminjam beberapa buah buku dari Perpustakaan Lahad Datu. Saya merujuk kepada GB untuk digunakan sebagai bahan bacaan ilmiah. GB memberikan pendapat agar buku-buku tersebut diletakkan di pejabat (sekolah) supaya mudah untuk guru dan kakitangan sekolah untuk meminjam dan melakukan bacaan ilmiah (LDP). Perkara ini masih saya pertimbangkan kerana buku tersebut di bawah pinjaman nama saya dan saya akan fikir kaedah yang terbaik untuk dilaksanakan pada satu masa akan datang ;)
Buku-buku ini telah pun saya pulangkan ke perpustakaan melainkan buku pentadbiran organisasi pendidikan kerana tidak sempat habis membaca atas faktor banyak tugas lain ;) malah membaca buku lain juga hehehe
Membaca menambah pengetahuan...tindakan meningkatkan kemahiran dan pengalaman ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan