Perhimpunan pada hari ini(11-Julai-2011 @ Isnin) , saya berikan sedikit laporan akan peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas selaku guru yang bertugas bersama cikgu Diyana.
Perkara yang ditekankan oleh saya ialah faktor keselamatan murid ketika melaksanakan latihan rumah sukan di sekolah. Saya mengingatkan supaya murid tidak terlalu asyik dengan latihan sehingga membahayakan kesihatan. Malah perkara yang merisaukan ialah sehingga menjejaskan kesihatan dan akademik terutama yang melibatkan murid tahun 6.
Perkara ini seterusnya di perkatakan lagi oleh Tuan Guru Besar yang menyatakan terdapat murid perempuan yang memanjat pokok (tetapi tidak kenal pasti murid tahun berapa). Keselamatan murid amat penting dalam waktu persekolahan. Guru Besar juga menunjukkan pelan keselamatan kecemasan (kebakaran). Pelan itu akan diletakkan dalam setiap bilik kelas untuk memastikan murid mengetahui akan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. (Cikgu Joenas akan menerangkan dengan lebih terperinci pada perhimpunan minggu hadapan)
Pada hari ini juga, saya melaksanakan Ujian 2 bagi subjek sains (bahagian B) khusus untuk tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR. Soalan kali ini, saya taip dan gambar objek saya gunakan kamera saya sendiri kerana gambar objek dalam soalan susah untuk dilukis
Semalam (iaitu pada 11-Julai-2011 Isnin), sejurus selesai menanda kertas ujian 2 (sains tahun 6 PG) saya bergegas hendak pulang ke rumah (jam menunjukkan hampir jam 2.40petang), dalam perjalanan menuju ke kereta, saya letakkan beg laptop dan beberapa buku di tempat duduk depan sekolah (jalan menuju ke blok pentadbiran).
Saya ditegur oleh Cikgu Syahar akan BERSIH ketika itu saya berada dalam kereta , saya berborak dengan cikgu syahar dan terus berlalu pergi. Terlupa sudah hendak ambil kembali beg laptop dan buku-buku yang diletakkan tadi.
Sampai di Lahad Datu baru saya teringat, dan minta tolong dari Ustaz Rahmat untuk ambilkan. Dari perkhabaran beliau menyatakan bahawa petang itu, hujan lebat dan barang saya kena 40% kebasahan hujan.
Alhamdulillah...(moga Allah membalas jasa baik Ustaz Rahmat. Amin)
((Tolong menolonglah dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa. Dan janganlah kamu tolong-menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran)) [al-Maaidah:2]
Dengan hati yang gemuruh, saya berdoa agar semua selamat insyaALLAH.
Alhamdulillah, ketika saya mengambil kembali barang saya, semuanya tidaklah teruk sangat. InsyaALLAH lepasni, saya tidak akan lagi dan usaha untuk tidak terlupa dalam setiap tindakan yang di lakukan dengan penuh hati-hati dan cermat tidak cuai ;)
Sekian cerita dari gemuruh hati
(peristiwa ini berlaku pada hari Isnin 11-Julai 2011)
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir (Kiamat), hendaklah ia berkata yang baik-baik atau hendaklah ia diam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/116, no. 5994)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan