Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Jumaat, 29 Julai 2011
Kem Kepimpinan 2011
KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN
SK PARIS 3 KINABATANGAN Telah mengadakan satu Kem Kepimpinan pada 20-Julai-2011 (RABU) di bawah anjuran dan seliaan Cikgu Nik Helmi Azuar selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Golongan sasaran ialah kepada PENGAWAS, PUSTAKAWAN, KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS Tahap 1 dan 2. Program ini berjalan lancar mengikut perancangan dan aktiviti yang di sediakan selama 1 hari bermula 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
Saya di amanahkan oleh cikgu Azuar untuk mengambil gambar aktiviti dan memberi sedikit ceramah kepada golongan Ketua dan Penolong Ketua Kelas pada hari tersebut yang bermula selepas rehat jam 10.00pagi hingga 11.45pagi.
Setelah mendapat amanat tersebut, pagi itu jam 9.00pagi saya segera mencari bahan yang sesuai untuk diberikan kepada murid (worksheet) dalam kumpulan serta sediakan sedikit slide show (powerpoint) supaya penyampaian lebih jelas dan murid dapat memahami setiap isi (perkara) yang hendak di sampaikan.
Boleh dikatakan, semua aktiviti berjalan lancar. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat. Program ini memberi sedikit pengetahuan kepada saya akan tugas ketua kelas dan penolong serta tugas pustakaan dengan lebih jelas, selain itu berinteraksi bersama barisan kepimpinan (murid) juga satu pengalaman yang dapat digunakan dalam program yang akan datang.
Daya usaha guru hanyalah untuk menyampaikan dan berkongsi kepada murid, kefahaman yang diperolehi diberikan oleh ALLAH yang MAHA KUASA. Oleh itu, berusahalah kita sebaik mungkin dalam menyampaikan setiap perkara kepada murid dan berdoalah sesungguh-sungguhnya kepada Allah dengan penuh harap agar setiap ilmu yang disampaikan dan dikongsikan diberkati dan difahami oleh murid seterusnya menjadikan murid INSAN yang berjaya di DUNIA dan AKHIRAT khususnya...AMIN
Gambar di bawah ketika saya melaksanakan Ceramah Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas, turut terlibat PUSTAKAWAN sekolah (saya beri kerta untuk mereka senaraikan beberapa perkara yang saya perlukan)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan