SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 13 Julai 2011

Pra CeritaNYER- KAJIAN TINDAKAN 1

Pada 12-Julai (Selasa) saya sekali lagi mengadakan ujian 3 (bahagian B -sains)

Soalan yang diberikan lebih kepada pemboleh ubah dan juga inferens serta kesimpulan.




Sebelum ujian 3 di laksanakan, saya meminta semua murid berkumpul dalam kelas dahulu. Murid yang masih lagi berada di kawasan padang (menjalani latihan rumah sukan) saya minta seorang murid untuk memanggil semua murid (6 Progresif) supaya semua murid dapat mengambil ujian yang diadakan. (sebelum saya masuk ke kelas, pada jam 10.30pagi saya serah kan kertas ujian 1 dan 2 (sains) kepada seorang murid supaya diedarkan kepada murid dalam kelas agar dapat adakan perbincangan awal dalam kelas sebelum saya masuk ke kelas mula jam 11.00pagi, ada sebahagian murid yang adakan perbincangan dan ada juga yang masih lagi bermain dalam kelas serta ada juga yang berada di luar kelas mengikut laporan dari ketua kelas)

SILA KLIK DIBAWAH UNTUK TERUSKAN MEMBACA PRA-LAPORAN SAYA ;)






Syukur Alhamdulillah, majoriti murid hadir tetapi 2 orang sahaja tidak hadir (1 lelaki dan 1 perempuan). Saya mengambil masa 15 minit untuk membincangkan soalan ujian 2 yang telah dilaksanakan pada hari Isnin (11-Julai-2011).

Bilangan murid yang gagal semakin menurun berbanding dengan ujian 1 yang diadakan pada khamis minggu lepas (7-Julai-2011). Dari perbincangan saya bersama guru besar, GB meminta mencadangkan soalan dalam bahasa melayu tidak menjadi masalah (merujuk kepada soalan yang saya sediakan semuanya dalam BM). Faktor utama yang ditekankan ialah kefahaman dan corak berfikir murid dalam menjawab setiap soalan berpandukan data/fakta/maklumat dan gambarajah yang dilihat mahupun petikan dalam soalan.




Perbincangan dalam 5minit pertama saya sahaja yang menerangkan maksud bagi setiap pemboleh ubah (tetap@malar / berubah @ manipulasi / bertindakbalas@responding). Hanya terdapat 3 orang murid tegar yang tidak dapat memahami dengan jelas maksud yang cuba saya sampaikan, manakala 5 orang murid masih keliru bagi setiap pemboleh ubah yang cuba di kelaskan mengikut kategorinya (tetap / berubah / bertindak balas), 10 orang murid pula tidak dapat menulis inferens atau sebab bagi setiap penyiasatan dalam soalan berkenaan. Namun secara keseluruhannya, pencapaian murid masih lagi berada dalam tahap yang tidak memuaskan malah tiada seorang yang mendapat markah penuh (11/11).

Pada 5 minit berikutnya, saya minta murid duduk bersama rakan yang mendapat markah penuh bagi soalan berbentuk menentukan / mengenalpasti / identify bagi setiap pemboleh ubah dalam soalan ujian tersebut.

Hasilnya, murid yang lemah tadi (3 orang tegar) dapat mengenal pasti sekurangnya pemboleh ubah yang ditetapkan (malar).




Seterusnya, pada 5 minit berikutnya saya minta semua murid mengemukakan masalah dan soalan sekiranya tidak faham bagi setiap kehendak soalan.

Seramai 3 orang murid sahaja yang bertanya ( 1 lelaki dan 2 perempuan).

Senario yang ditunjukkan dalam suasana pembelajaran bilik darjah sehingga kini, menunjukkan murid masih lagi tidak dapat mengajukan soalan samada tidak tahu bertanya, takut salah, serba salah, dan juga malu (sekiranya soalan yang diajukan terlalu mudah bagi rakan sekelas.)

Namun 3 soalan tersebut tetap saya beri peluang kepada rakan sekelas untuk bersama berbincang dan fikirkan. Alhamdulillah, sebilangan besar murid (12 orang) dapat kemukakan pandangan dan respon yang positif dengan jawapan yang dikehendaki bagi setiap 3 soalan itu. (soalan yang di ajukan oleh murid ialah mencari KESIMPULAN, membuat INFERENS, dan juga HUBUNGAN ANTARA PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN DENGAN PEMBOLEH UBAH BERTINDAK BALAS).

Setelah selesai mengadakan perbincangan, kertas soalan Ujian 1 dan 2 dikumpulkan kembali ke hadapan. Kemudian saya minta murid mengasingkan meja dan duduk dalam suasana peperiksaan sebenar. Seterusnya kertas soalan diedarkan. Murid hanya dibenarkan untuk menulis NAMA PENUH dahulu dan membaca soalan sambil menunggu kesemua murid menerima kertas soalan.

Dimulakan dengan bacaan BISMILLAH, semua murid mula menjawa soalan Sains Ujian 3 dalam tempoh 20 minit.

Setelah tempoh masa menjawab sudah tamat. Saya mengumpul kembali kertas soalan dan mengadakan perbincangan ringkas bagi soalan yang sukar (1 soalan sahaja) dan minta murid mengulangkaji dirumah dengan melihat soalan-soalan peperiksaan lepas.

Terdapat seorang murid yang memperolehi markah penuh (12/12) iaitu perempuan.

Pada jam 2.00petang, saya mula menanda kertas Ujian 3 Sains dan mendapati keputusan murid semakin baik berbanding ujian 1 dan 2. Namun terdapat juga 3 orang murid yang menurun prestasinya. Perkara ini akan diselidiki pada minggu hadapan.

Sebenarnya, pada jam 12.20tengahari sebelum saya mula menanda kertas, sempat saya berjumpa dengan PK HEM, membincangkan permasalahan kehadiran murid dalam kelas. Selepas itu, saya rujuk kepada Guru Kelas 6PG bagi mendapatkan maklumat selanjutnya. Perkara ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Selepas ini saya perlu mendapatkan kepastian dari PK1 untuk perolehi maklumat selanjutnya. InsyaALLAH.




Sebarang komen dari semua pihak amat saya mengharapkan.

Untuk pengetahuan, saya kurang pengetahuan asas tentang Kajian Tindakan, antara cara untuk menambahkannya ialah dengan LDP yang diadakan dalam sekolah yang berlangsung selama 1jam sahaja. Kemudian saya mencari bahan dari buku rujukan dan buku jualan PTS bagi menambahkan pengetahuan dalam perlaksanaan Kajian Tindakan. Selain itu, orang perseorangan juga menjadi rujukan utama saya dalam mendapatkan maklumat iaitu guru di sekolah saya sendiri.

Hal lagi mengenai kajian tindakan
1)PANDUAN
2)RUJUKAN
3)CONTOH UNTUK SEKOLAH RENDAH
4)BACA KALAU RAJIN (laporan)
--------------------------------BERSAMBUNG PADA MINGGU HADAPAN---------------









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails