SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 27 Julai 2011

Foto Temasya Sukan 2011 ~EdiT~

Sedikit gambar yang telah di Edit menggunakan POWER POINT ;)


Jutaan terima kasih kepada Cikgu Zuria kerana membantu ketika latihan perbarisan pasukan rumah Hijau, juga kepada cikgu Saedah kerana banyak membantu ketika persiapan murid untuk perbarisan. Kepada semua guru pasukan rumah hijau, tahniah kerana berjaya membantu Pasukan Burung Kakak Tua mendapat tempat JOHAN dalam keseluruhan, Naib Johan Perbarisan dan Naib Johan Khemah. Terima kasih kepada cikgu Addy kerana bertungkus lumus melatih murid untuk temasya sukan kali ini, tidak dilupakan cikgu Nordin selaku Pengurus Pasukan Tahniah dan SYABAS!!!


Suasana pada hari pertama temasya sukan sekolah.....kelihatan semua guru bertungkus lumus...saya banyak mengambil gambar sepanjang hari temasya dan membantu sedikit cikgu maznie dalam Urusetia pendaftaran peserta ;)


Kelihatan di sana En. Rasyid turut bersama dalam temasya sukan sekolah








TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU DAN WARGA SEKOLAH YANG MENJAYAKAN
TEMASYA SUKAN SEKOLAH 2011


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
1MURID 1SUKAN



BUKU BACAAN (Julai2011)

Pada awal Julai yang lalu, saya meminjam beberapa buah buku dari Perpustakaan Lahad Datu. Saya merujuk kepada GB untuk digunakan sebagai bahan bacaan ilmiah. GB memberikan pendapat agar buku-buku tersebut diletakkan di pejabat (sekolah) supaya mudah untuk guru dan kakitangan sekolah untuk meminjam dan melakukan bacaan ilmiah (LDP). Perkara ini masih saya pertimbangkan kerana buku tersebut di bawah pinjaman nama saya dan saya akan fikir kaedah yang terbaik untuk dilaksanakan pada satu masa akan datang ;)




Buku-buku ini telah pun saya pulangkan ke perpustakaan melainkan buku pentadbiran organisasi pendidikan kerana tidak sempat habis membaca atas faktor banyak tugas lain ;) malah membaca buku lain juga hehehe

Membaca menambah pengetahuan...tindakan meningkatkan kemahiran dan pengalaman ;)

Rabu, 13 Julai 2011

Nisfu Syaaban 1432

Pengertian nisfu Syaaban




Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.




baca lagi klik kat sini

SAMBUNG LINK

http://almizan.wordpress.com/2009/05/23/nisfu-syaaban-dan-fatwa-tentangnya/

1) wow
2)MENARIK DALAM ISLAMITUINDAH

Pra CeritaNYER- KAJIAN TINDAKAN 1

Pada 12-Julai (Selasa) saya sekali lagi mengadakan ujian 3 (bahagian B -sains)

Soalan yang diberikan lebih kepada pemboleh ubah dan juga inferens serta kesimpulan.




Sebelum ujian 3 di laksanakan, saya meminta semua murid berkumpul dalam kelas dahulu. Murid yang masih lagi berada di kawasan padang (menjalani latihan rumah sukan) saya minta seorang murid untuk memanggil semua murid (6 Progresif) supaya semua murid dapat mengambil ujian yang diadakan. (sebelum saya masuk ke kelas, pada jam 10.30pagi saya serah kan kertas ujian 1 dan 2 (sains) kepada seorang murid supaya diedarkan kepada murid dalam kelas agar dapat adakan perbincangan awal dalam kelas sebelum saya masuk ke kelas mula jam 11.00pagi, ada sebahagian murid yang adakan perbincangan dan ada juga yang masih lagi bermain dalam kelas serta ada juga yang berada di luar kelas mengikut laporan dari ketua kelas)

SILA KLIK DIBAWAH UNTUK TERUSKAN MEMBACA PRA-LAPORAN SAYA ;)






Syukur Alhamdulillah, majoriti murid hadir tetapi 2 orang sahaja tidak hadir (1 lelaki dan 1 perempuan). Saya mengambil masa 15 minit untuk membincangkan soalan ujian 2 yang telah dilaksanakan pada hari Isnin (11-Julai-2011).

Bilangan murid yang gagal semakin menurun berbanding dengan ujian 1 yang diadakan pada khamis minggu lepas (7-Julai-2011). Dari perbincangan saya bersama guru besar, GB meminta mencadangkan soalan dalam bahasa melayu tidak menjadi masalah (merujuk kepada soalan yang saya sediakan semuanya dalam BM). Faktor utama yang ditekankan ialah kefahaman dan corak berfikir murid dalam menjawab setiap soalan berpandukan data/fakta/maklumat dan gambarajah yang dilihat mahupun petikan dalam soalan.




Perbincangan dalam 5minit pertama saya sahaja yang menerangkan maksud bagi setiap pemboleh ubah (tetap@malar / berubah @ manipulasi / bertindakbalas@responding). Hanya terdapat 3 orang murid tegar yang tidak dapat memahami dengan jelas maksud yang cuba saya sampaikan, manakala 5 orang murid masih keliru bagi setiap pemboleh ubah yang cuba di kelaskan mengikut kategorinya (tetap / berubah / bertindak balas), 10 orang murid pula tidak dapat menulis inferens atau sebab bagi setiap penyiasatan dalam soalan berkenaan. Namun secara keseluruhannya, pencapaian murid masih lagi berada dalam tahap yang tidak memuaskan malah tiada seorang yang mendapat markah penuh (11/11).

Pada 5 minit berikutnya, saya minta murid duduk bersama rakan yang mendapat markah penuh bagi soalan berbentuk menentukan / mengenalpasti / identify bagi setiap pemboleh ubah dalam soalan ujian tersebut.

Hasilnya, murid yang lemah tadi (3 orang tegar) dapat mengenal pasti sekurangnya pemboleh ubah yang ditetapkan (malar).




Seterusnya, pada 5 minit berikutnya saya minta semua murid mengemukakan masalah dan soalan sekiranya tidak faham bagi setiap kehendak soalan.

Seramai 3 orang murid sahaja yang bertanya ( 1 lelaki dan 2 perempuan).

Senario yang ditunjukkan dalam suasana pembelajaran bilik darjah sehingga kini, menunjukkan murid masih lagi tidak dapat mengajukan soalan samada tidak tahu bertanya, takut salah, serba salah, dan juga malu (sekiranya soalan yang diajukan terlalu mudah bagi rakan sekelas.)

Namun 3 soalan tersebut tetap saya beri peluang kepada rakan sekelas untuk bersama berbincang dan fikirkan. Alhamdulillah, sebilangan besar murid (12 orang) dapat kemukakan pandangan dan respon yang positif dengan jawapan yang dikehendaki bagi setiap 3 soalan itu. (soalan yang di ajukan oleh murid ialah mencari KESIMPULAN, membuat INFERENS, dan juga HUBUNGAN ANTARA PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN DENGAN PEMBOLEH UBAH BERTINDAK BALAS).

Setelah selesai mengadakan perbincangan, kertas soalan Ujian 1 dan 2 dikumpulkan kembali ke hadapan. Kemudian saya minta murid mengasingkan meja dan duduk dalam suasana peperiksaan sebenar. Seterusnya kertas soalan diedarkan. Murid hanya dibenarkan untuk menulis NAMA PENUH dahulu dan membaca soalan sambil menunggu kesemua murid menerima kertas soalan.

Dimulakan dengan bacaan BISMILLAH, semua murid mula menjawa soalan Sains Ujian 3 dalam tempoh 20 minit.

Setelah tempoh masa menjawab sudah tamat. Saya mengumpul kembali kertas soalan dan mengadakan perbincangan ringkas bagi soalan yang sukar (1 soalan sahaja) dan minta murid mengulangkaji dirumah dengan melihat soalan-soalan peperiksaan lepas.

Terdapat seorang murid yang memperolehi markah penuh (12/12) iaitu perempuan.

Pada jam 2.00petang, saya mula menanda kertas Ujian 3 Sains dan mendapati keputusan murid semakin baik berbanding ujian 1 dan 2. Namun terdapat juga 3 orang murid yang menurun prestasinya. Perkara ini akan diselidiki pada minggu hadapan.

Sebenarnya, pada jam 12.20tengahari sebelum saya mula menanda kertas, sempat saya berjumpa dengan PK HEM, membincangkan permasalahan kehadiran murid dalam kelas. Selepas itu, saya rujuk kepada Guru Kelas 6PG bagi mendapatkan maklumat selanjutnya. Perkara ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Selepas ini saya perlu mendapatkan kepastian dari PK1 untuk perolehi maklumat selanjutnya. InsyaALLAH.




Sebarang komen dari semua pihak amat saya mengharapkan.

Untuk pengetahuan, saya kurang pengetahuan asas tentang Kajian Tindakan, antara cara untuk menambahkannya ialah dengan LDP yang diadakan dalam sekolah yang berlangsung selama 1jam sahaja. Kemudian saya mencari bahan dari buku rujukan dan buku jualan PTS bagi menambahkan pengetahuan dalam perlaksanaan Kajian Tindakan. Selain itu, orang perseorangan juga menjadi rujukan utama saya dalam mendapatkan maklumat iaitu guru di sekolah saya sendiri.

Hal lagi mengenai kajian tindakan
1)PANDUAN
2)RUJUKAN
3)CONTOH UNTUK SEKOLAH RENDAH
4)BACA KALAU RAJIN (laporan)
--------------------------------BERSAMBUNG PADA MINGGU HADAPAN---------------









Selasa, 12 Julai 2011

Gemuruh Hati

Perhimpunan pada hari ini(11-Julai-2011 @ Isnin) , saya berikan sedikit laporan akan peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas selaku guru yang bertugas bersama cikgu Diyana.

Perkara yang ditekankan oleh saya ialah faktor keselamatan murid ketika melaksanakan latihan rumah sukan di sekolah. Saya mengingatkan supaya murid tidak terlalu asyik dengan latihan sehingga membahayakan kesihatan. Malah perkara yang merisaukan ialah sehingga menjejaskan kesihatan dan akademik terutama yang melibatkan murid tahun 6.




Perkara ini seterusnya di perkatakan lagi oleh Tuan Guru Besar yang menyatakan terdapat murid perempuan yang memanjat pokok (tetapi tidak kenal pasti murid tahun berapa). Keselamatan murid amat penting dalam waktu persekolahan. Guru Besar juga menunjukkan pelan keselamatan kecemasan (kebakaran). Pelan itu akan diletakkan dalam setiap bilik kelas untuk memastikan murid mengetahui akan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. (Cikgu Joenas akan menerangkan dengan lebih terperinci pada perhimpunan minggu hadapan)

Pada hari ini juga, saya melaksanakan Ujian 2 bagi subjek sains (bahagian B) khusus untuk tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR. Soalan kali ini, saya taip dan gambar objek saya gunakan kamera saya sendiri kerana gambar objek dalam soalan susah untuk dilukis







Semalam (iaitu pada 11-Julai-2011 Isnin), sejurus selesai menanda kertas ujian 2 (sains tahun 6 PG) saya bergegas hendak pulang ke rumah (jam menunjukkan hampir jam 2.40petang), dalam perjalanan menuju ke kereta, saya letakkan beg laptop dan beberapa buku di tempat duduk depan sekolah (jalan menuju ke blok pentadbiran).

Saya ditegur oleh Cikgu Syahar akan BERSIH ketika itu saya berada dalam kereta , saya berborak dengan cikgu syahar dan terus berlalu pergi. Terlupa sudah hendak ambil kembali beg laptop dan buku-buku yang diletakkan tadi.

Sampai di Lahad Datu baru saya teringat, dan minta tolong dari Ustaz Rahmat untuk ambilkan. Dari perkhabaran beliau menyatakan bahawa petang itu, hujan lebat dan barang saya kena 40% kebasahan hujan.

Alhamdulillah...(moga Allah membalas jasa baik Ustaz Rahmat. Amin)

((Tolong menolonglah dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa. Dan janganlah kamu tolong-menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran)) [al-Maaidah:2]




Dengan hati yang gemuruh, saya berdoa agar semua selamat insyaALLAH.

Alhamdulillah, ketika saya mengambil kembali barang saya, semuanya tidaklah teruk sangat. InsyaALLAH lepasni, saya tidak akan lagi dan usaha untuk tidak terlupa dalam setiap tindakan yang di lakukan dengan penuh hati-hati dan cermat tidak cuai ;)

Sekian cerita dari gemuruh hati

(peristiwa ini berlaku pada hari Isnin 11-Julai 2011)


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir (Kiamat), hendaklah ia berkata yang baik-baik atau hendaklah ia diam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/116, no. 5994)


Isnin, 11 Julai 2011

GAMBAR PROGRAM 09-JULAI-2011

https://picasaweb.google.com/111141337732031560403/BengkelPerkongsianTeknikGuruZonParis09Julai2011?authuser=0&authkey=Gv1sRgCLeDhJ-4-pPMggE&feat=directlink



Jumaat, 8 Julai 2011

Temasya Suka Sekolah 2011 Siri-1








KHB 6PA Berinternet Kelajuan Tinggi

Pada hari Rabu (06-Julai-2011) yang lepas, kelas 6proAktif menggunakan Pusat Akses sebagai tempat PNP bagi melaksanakan tugas yang diber.

Murid dibentuk kepada beberapa kumpulan (10kumpulan , 1kump = 2@3 orang)





Kemudian, saya beri tugasan yang perlu di siapkan
1)mencari maklumat KHB (topik tanaman)
2)cari gambar dari GOOGLE (simpan dalam PC)
3)Bina pembentangan dalam Microsoft Office Powerpoint.

Alhamdulillah, sebahagian besar murid dapat melaksanakan tugas dengan mudah kerana mempunyai asas penggunaan komputer (facebok di rumah), namun terdapat 8 orang murid masih terkial-kial tidak dapat menggunakan komputer dan internet dengan baik. Mereka diberi bimbingan oleh rakan sekelas dan bantuan dari guru.




InsyaALLAH pada minggu hadapan, setiap kumpulan dikehendaki untuk membentangkan tugasan masing-masing.
Amin

Sekian.

Mesyuarat PANITIA BI



Pada hari rabu lepas juga bersamaan dengan 6-Julai-2011

Panitia BI telah mengadakan meeting pertama yang dikendalikan oleh Cikgu Nordin.




Surat siaran panggilan meeting telah dilekatkan di Papan Kenyataan di luar bilik guru. Meeting tersebut bermula jam 11.30pagi di Bilik Gerakan (telah selesai tepat jam 12.05tengahari).

Saya hadir ke dalam meeting tersebut tetapi lewat kerana ada waktu kelas mengajar di kelas 6 ProAktif subjek Kemahiran Hidup dalam bilik Akses (perkara ini akan dibincangkan dan diulas beserta gambar di masa akan datang)




Saya dihubungi oleh cikgu Nordin tepat jam 11.35pagi ketika itu saya berada dalam kelas 6PA untuk mengingatkan kepada saya akan meeting panitia yang sedang pun bermula. Saya bergegas ke bilik gerakan dan terkejut semuanya sudah menunggu saya. Sesungguhnya kelupaan dalam diri saya sedang melanda kerana asyik bersama murid 6PA yang khusyuk mengerjakan internet dalam Pusat Akses.




Meeting panitia BI turut dihadiri oleh PK1 iaitu Cikgu Zainuddin dan banyak kata-kata perangsang dan respon dari semua guru atas perbincangan dalam agenda yang diutarakan.

Saya mengambil sikap mendengar dan teliti bagi setiap pandangan serta kata-kata amanat dari KP yang mahukan program minggu bahasa yang bakal dilaksanakan dengan dijayakan bersama oleh Panitia BM.




Pembahagian tugas perlaksana turut diberikan kepada setiap guru panitia. Semua guru panitia BI hadir kecuali cikgu Faizal.




Tahniah kepada cikgu Nordin kerana menjayakan meeting dengan ringkas dan padat. Banyak perkara yang boleh saya pelajari pada meeting kali ini atas sikap cepat dan mudah serta berkesan dalam setiap keputusan dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan. InsyaALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails