SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 1 November 2009

SPP




Pada 27/10/2009(selasa) saya telah pergi ke Putrajaya atas urusan untuk sesi temuduga bagi pengesahan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran DG41 selaku guru yang terlatih. Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran terletak di kawasan Jabatan Perdana Menteri iaitu di kawasan Parcel B.

Seharusnya saya masih ingat lagi sehari sebelum temuduga saya telah laksanakan segala nasihat dan usaha yang sewajarnya saya lakukan selaku umat Islam. Sepupuku yang bernama Usamah telah mengatakan bahawa mulakan malam temuduga dan pagi itu dengan amal ibadah seperti bacaan yasin, surah al-Waqiah, dan surah-surah lazim juz Amma. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar mengikut cara yang dirancangkan.

Pagi itu saya kelaur dari ruma menuju ke tempat temuduga dengan perasaan yang berdebar-debar disamping merasai sedikit kekuatan untuk teruskan usaha murni ini. Saya melihat ramai yang menunggu di ruang legar kawasan Jabatan Perdana Menteri.

Setelah selesai membuat pendaftaran di pondok jaga, saya teruskan langkah ke pejabat temuduga SPP bersama kawan-kawan yang lain. Sesi pendaftaran mengikut kumpulan/bilik telah pun selesai dan saya mendapat nombor giliran yang ketiga.

Sebelum saya masuk ke bilik temuduga, sempat juga saya membaca wirid al-Mathurat yang disusun baik oleh Maulana Imam Hassan Al-Banna. Dengan bacaan yang agak perlahan untuk diriku sendiri di samping saya mendoakan juga untuk kejayaan diri dan rakan-rakan yang lain. Selesai sudah membaca al-Mathurat, maka nombor giliran saya telah dipanggil. Sebaik melangkah kaki ke dalam bilik temuduga, kumulakan dengan salam untuk memberi penghormatan dan kesejahteraan selaku umat Islam. Sesi perkenalkan diri dari latar belakang diri, pendidikan dan pengalaman bekerja dimulakan dengan baik.

Soalan isu semasa yang dikaitkan adalah isu permainan bola sepak dan kaitannya dengan kegiatan kokurikulum serta aktiviti RIMUP di sekolah, apakah fungsi, matlamat dan peranan dalam pendidikan di sekolah? Alhamdulillah jawapan diatur kemas dengan baik kerana pada waktu praktikum dahulu saya pernah mengikuti aktiviti RIMUP peringkat sekolah dengan mengadakan lawatan ke pusat sosial seperti mana yang pernah saya tulis di BLOG ini dalam praktikum.

Selesai sudah sesi temuduga, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kedua orang penemuduga yang banyak memberikan saya perhatian, maklumat dan peranan sebagai seorang guru, bapa dan ketua dalam melaksanakan tanggungjawab yang berkesan agar tidak dipersoalkan dihri kemudian AKHIRAT nanti.

Ketika di luar/ruang pendaftara temuduga, sempat juga aktiviti sesi bergambar bersama pegawai SPP yang baik dan manis serta ramah mesra orangnya. Dalam pada itu sempat juga saya merakamkan detik-detik suasana di pusat temuduga SPP dan sekitarnya.

Sekian
@JB 1.20p.m.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails