Khamis 5Nov2009
Seantero menagih masa menatap buku dan nota kian lama meninggalkannya setelah sekurun setengah katanya untuk hadapi masa kesulitan peperiksaan akhir kalian jua sebegitu bermulanya selasa lalu (3/11/2009) hingga lah ke kapan tiba masanya hari ini khamis penutup alkisahnya sebuah corak cerita dari januari yang lalu sebagai status sorang pelatih cekgu(pelajar).
Itulah yang dapat saya ungkapkan buat pertama dan kali terakhirnya (harap2) menjalani masa yang getir untuk Peperiksaan Akhir dalam KPLI 2009.
Maka berakhirlah sudah titik noktah kehidupan sebagai seorang Guru Pelatih di K.P.Teknik dan kini meneruskan cerita berkursus selama 2minggu bermula 6Nov hingga 25Nov yang menjadi kewajipan bagi penjawat awam. Selamatlah kiranya semua gembira dan berjaya dalam KISSM yang bakal menjelang tiba.
Ceritaku bermula dari JB hingga ke Cheras untuk bersedia bagi peperiksaan akhir, banyak ruang liku dan masa yang terpaksa dikorbankan sehinggakan tidak sempat pula untuk mengenengahkan cerita dalam blog.
Kapan tiba selasa kertas pertama habis sudah sebelah petang, diriku hanyut ke rumah sewa peninggalan kawan seperjuangan dan membawa diriku ke tempat makan nasi lemak yang sedap sebelum mulakan prses pembelajaran. Gambar akan kusisipkan sebagai kenang-kenangan bersam kawan-kawan(tapi gambar nota jerk).
Sempat pula tadi di masa akhir nak ambil kertas peperiksaan akhir untuk bergambar secara candid dengan kawan-kawan lain.
Sekalipun peperiksaan sudah habis, tetapi harus diingat bahawa tugas kita untuk belajar tidak hanya terhenti seketika kerana setiap detik dalam hidup kita, kita melalui proses pengalaman yang memberi pengajaran (belajar) samada yang baik atau yang buruk.
Dan janganlah pula kita menjadi orang yang rugi sepertimana dalam Surah Al-Asr (al-Quran) ayat ke-3 ada menyebut bahawa berpesan-pesanlah kita akan kebaikan yang mana menyarankan kita melaksanakan ilmu didada dan menyampaikan kepada orang lain agar keberkatan ilmu itu berkesan dan memberi manfaat kepada semua.
Nampak agak membebel seketika, di sini saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan kelas ku yang banyak membantu dalam mencari nota untuk persediaan peperiksaan, kawan-kawan KPLI yang banyak membantu ketika kumencari info terkini untuk peperiksaan, juga tidak dilupakan akan kawan yang bersama-sama membelajarkan diri dengan saya di malam peperiksaan iaitu Fadhil(perancang dan pencetus idea), Jas(semangat bersama), Bob(psikologi ketara), Tuah(DJ lagu semangat membara), mazli(teman seketika), Lan(tengok2kan sajer), ahli sufi(idea Xterungkap) serta semua yang wujud di sekeliling saya.
Kepada isteriku, setiap sokongan dan kata-katamu menjadi semarak diriku untuk lebih maju kehadapan demi Agama Allah, Rasul, keluarga dan semua. Jutaan terima kasih kepada ahli keluarga dan sahabat handai diluar sana yang menyokong saya selama ini.
Saya mendoakan agar kita semua akan menjadi bakal guru cemerlang dan memberi manfaat untuk dirisendiri, keluarga, masyarakat dan Negara tercinta MALAYSIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan