(MALAM PERTAMA BERSAMA BLOG)
Isnin 2/3/2009 hari pertama diriku kembali menjejaki ke alam persekolahan semata-mata utk melakukan SBE sepertimana yg dirancangkan oleh KPM utk KPLI.
Lihat kiri dan kanan, kelihatan pelajar2 berpusu memasuki Sekolah Kebangsaan Putrajaya Precint 9 (1) dan beratur utk memulakan perhimpunan. Kuteruskan langkah kananku utk pergi ke bahagian pejabat pengurusan sekolah utk melaporkan diri. Kelihatan kelibat shahrul rakan ku dr kelas KPLI sudah tercongok dlm pejabat sambil memerhatikan sesuatu.
Aduh! Nampaknya aku agak terlewat utk dtg ke sekolah ke? Tidak nampaknya kerana waktu menunjukkan tepat jam 7.28pagi. Syukur kerana sebelum itu, shahrul telah menyatakan kehadiran kami ke sekolah tersebut utk menjalankan PBS. Perkara itu telah dimaklumkan kepada PK HEM, hanya tunggu kehadiran GB untuk maklumkan secara rasmi akan kehadiran kami. Kami seramai bertiga, 2 lelaki 2 perempuan... aku,shahrul, kak amy, dan sowang lagi budak math yg sesat agaknyer :) bernama hasniza.
Setelah tamat perhimpunan, kami dibawa masuk ke dlm bilik GB utk melaporkan diri. Segalanya berjalan lancar krn GB menyatakan bahawa KPTeknik dan IPIS merupakan Institut yg mmg selalu dtg ke sekolah tersebut utk PBS, Praktikum dan seterusnye posting (ada peluang lah nk masuk sekolah ni ms posting HuHu).
Kemudian kami dibawa kebilik guru oleh PK HEM utk mendapatkan meja bagi kami berempat. Pada mulanya antara kami berempat, aku sowang jer terpaksa duduk agak terperuk di hujung bilik berkenaan. Tapi atas rs ambil berat (konon jerk) shahrul bagi tumpang kat meja dia. Alhamdulillah takde masalah utk kami mendapatkan meja secara bersama krn ada juga di sekolah lain, segelintirnya tidak ade ada meja ataupun tempat utk berehat2 (makan minum la beb).
Aku dan rakan2 buat sedikit perbincangan atas perkara2 yang hendak dilakukan pd hari pertama PBS.Aku agak 'blur' juga pada mulanya kerana masih terkial2 dgn suasana sekolah dan tujuan PBS yg nk dibuat. Setelah berbincang, aku pun pergi jumpe dgn ketua panitia sains utk mendapatkan maklumat ttg RPH,RPB,RPT bg sekolah itu. Ok, ambil dalam PC dan simpan dalam pendrive. Itu yg dikatakan oleh cikgu norasyikin selaku ketua panitia sains yg baru sahaja dilantik. Beliau juga masih baru di sekola tersebut dan sudah masuk tahun ke-2 krn sblum ini beliau mengajar di Gerik, Perak sbg cikgu BI (lari bidang beb).
Setelah dapatkan segala mklumat yg berkaitan, aku cari juga mklumat utk subjek BI,PJK,Math sekadar memenuhkan ruang thumdrive kak amy krn thumdrive aku dah rosak masuk air. Kemudian aku dan kwn2 lain pergi ke meronda2 sekitar sekolah. Krekk Krekk kuekkk...alamak bunyi gendung berpalu2an pula.Rentak irama jazz dan lagu bollwood boleh kedengaran dlm perutku yg agak kelaparan.
Maka kami pergi ke kantin dan menjamah sedikit makanan. Setelah berehat selama hampir 30 minit, aku teruskan perjalanan ke siar kaki sekolah dan lihat panorama2 yg agak mengasyikkan (eheheh) kemudian masuk kembali ke bilik guru. Shahrul memaklumkan bahawa hari ni tak dapat nk masuk kelas utk membuat tinjauan, tp kami berempat dikehendaki utk masuk ke dlm kelas yg kosong krn ramai cikgu2 pergi ke kursus dan taklimat utk program Intel (pembestarian pendidikan dalam ICT).
Dalam perjalanan nk masuk ke kelas, aku sempat pergi ke bilik pusat sumber (perpustakaan). Masih lagi dalam keadaan tidak teratur krn byk lg buku2 dan bahan2 yg hendak disusun. Begitu lah yg dimaklumkan kepada kami.
Aku menjaga kelas tahun 6, kelas tersebut merupakan kelas ke-2 pandai. Maka mmg patut lah murid2 kat kelas tu agak baik sedikit berbanding kelas yg shahrul jaga. Maka aku pun minta murid2 tu wat ape2 yg patut sepertimana yg diarahkan oleh guru BM mereka (tulis karangan).
Aku jaga kelas tersebut dari jam 12.15pm sampai 1.15tengahari. Setelah tamat, aku pun masuk ke bilik guru mcm biasa dan sambil menunggu kwn2 lain aku pun makan la sekeping roti secara sendirian krn perut yg agak lapar. Setelah semuanya berkumpul, kami pun membincangkan atas ape yg kami dapat perolehi spjg hari pertama PBS.
Ada lagi bende nak tulis. Mungkin esok akan kuceritakan atas ape pula pengalaman yg aku dapat dari segi KAJIAN yg dijalankan. Memandangkan ini adalah pertama kali ku menulis blog, maka dengan aman hatiku menulis blog ini penuh rs gembira juga krn kwn ku fadzil yang tlg aku utk wat pendaftaran blog ini.
Blog utk tatapan sendiri pun best jugak beb.
Tq krn membaca blog yg agak x seberapa ini...
Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan