Belajar sementara masih ada hayat dikandung badan
Tanggal 28Sept2009 bermulanya aku dan rakan2 KPLI masuk kembali ke IPGM-Teknik yang dirindui untuk memulakan kembali pembelajaran bagi semester kedua.
Hari pertama amat mengejutkan aku. Apa yg aku terkejut ialah subjek Pendidikan Islam. Hehe. Bukan tak pernah belajar, tetapi mmg nyata pembelajaran TAJWID byk mengingatkan aku akan undang2 bacaan dan beberapa jenis bacaan dalam Al-Quran. Aku merasa amat gembira kerana masih lagi berpeluang untuk memperbaiki tajwid dan kelemahan dlam diri sendiri ketika mengikuti Subjek Pendidikan Islam. Bertuah rasanya.
Subjek yang lain seperti sains juga amat mengujakan hati dan perasaan. Masuk kelas, pensyarah mengajukan pelbagai bentuk soalan. Waduh2 udah 3 bulan dong tinggalkan IPG, asyik aku je bercakap dalam kelas (dalam praktikum jd cikgu) tetiba pada hari tersebut kena pulak soal2 (brain STORM) mmg baik punya soalan. Namun dalam hati terasa kerdil dan sifat ingin belajar kian mendalam. Bak kata pepatah melayu, Melentur buluh biar dari rebungnya (bukan kita guna buluh). Dengan rasa rendah diri dan malu2 untuk menjawab setiap pertanyaan pensyarah, aku tampil sbg wakil kumpulan mengemukakan setiap pendapat dan idea yg kami telah bincangkan. Hasilnya, amat memuaskan wpon aku tidak berapa fasih dalam berbahasa inggeris namun tidak menyekat kemaraan aku untuk terus menjawab dan mengajukan jawapan yang kurasa bernas dan sahih mengikut perbincangan kumpulan yg kami jayakan (Fadzli dan Lai penyumbang utama idea dan kritikan membina).
Boleh kata pada minggu ini penuh dengan kejutan dan perasaan terpinga2 menyelubungi hati sanubari aku (baru nk belajar GENERATE IDEA). Semoga semester ini menjadi lebih bermakna untuk diriku dan rakan2 KPLI semua.Pembentukan kuasa pemerintah bagi kelas aku juga turut berubah dari segi penolong, bendahari serta AJK2 yg lain. NAmun aku tetap menjawat jawatan ketua kelas sejak semester yg lepas. Terima kasih diUCAPKAN kepada semua rakan kelas yg masih lagi memberi kepercayaan dan taat setia tidak berbelah bahagi kepada aku. Insya-Allah akan aku laksanakan dengan sebaik mungkin tugas yg telah diberikan.
Sekian dari aku yang tidak pandai menulis dan berkata-kata.
Setiap salah silap dalam perkataan dan perbuatan yg tidak sengaja maupun sengaja diharap dpat teguran dan kemaafan dari rakan2 sekalian
Wsalam...
Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cubaan untuk komen samada boleh atau tidak!
BalasPadamgood...