3.58p.m Khamis 8Oktober2009
DesiComments.com | Islam | Forward this Picture
Hari ini paling menyeronokkan kerana dapat belajar cara hendak reka ganti semula penggunaan kaca dalam pembelajaran sains terutama eksperimen. Gambar tidak lagi dapat di masukkan kerana di simpan leh rakan kelas iaitu Ina. Setelah gambar di Edit, akan aku kongsikan kepada rakan2 bahawa setiap rakan2 kelas ku mmg kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk.
Tidak terduga bahawa ada antara rakan kelas yg menyimpan hasrat untuk membuka kedai KACA kepunyaannya sendiri di samping menjadi seorang pendidik yang berjaya. Aktiviti ini memberi kesan yang mendalam terhadap diriku sendiri yg mana selaku bakal GURU SAINS haruslah memiliki sifat kreatif dan teliti dan tekun dalam melakukan sesuatu perkara. Tidak semua benda bleh dibeli malah dengan mencipta alat/peralatan reka ganti dari kaca dapat menjimatkan masa dan KOS WANG RINGGIT.
Pembelajaran Pendidikan Islam hari ini melibatkan makna, maksud, penghayatan dan masalah AKIDAH. Oleh kerana hari ini pertama kalinya Ustaz tersebut masuk ke dalam kelas, maka tidak ramai yg berani hendak menyuarakan pendapat masing2 sehinggalah nama disebut melainkan rakanku yg seorang ini.
Rakanku ini dapat memberi hujah tentang bagaimana hendak menyakini kewujudan TUHAN dengan menggunakan bahan bukti umpama alam sekeliling, Al-Quran dan Hadis sebagai pegangan orang ISLAM. Akidah adalah sesuatu yg abstrak dan tidak dapat ditafsirkan dengan perkataan.
Segala gambar akan aku masukkan kemudian selepas cuti hujung minggu ini.
Semoga hujung minggu ini menjadi cuti yang paling bahagia dan bermakna kpd diri setiap individu di samping menerjah dan PEKA terhadap setiap yg berlaku di sekeliling yang dapat meningkatkan KEPROFESIONALISME sebagai bakal guru.
Al-hamdulillah.
4.11p.m.(aku balik JB)
Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Balik JB eh? Hehehe...
BalasPadam