Selasa 14-Feb-2012
Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Gerakan SK Paris 3 Kinabatangan yang di pengerusikan oleh En.Norazam b. Ahmad selaku Guru Besar. Kehadiran warga sekolah dari kalangan guru dan KTBM juga amat menggalakkan.
Surat panggilan mesyuarat dan CD yang dibekalkan kepada semua staf sebagai bahan untuk rujukan semua pihak. Dalam mesyuarat ini, banyak pendedahan dan penerangan akan tatacara yang betul untuk menguruskan harta modal, aset dan cara pengurusan setor secara berkesan.
Alhamdulillah, dalam mesyuarat ini banyak perkara baru yang dipelajari selain dari kemahiran pedagogi yang wajib diketahui oleh setiap warga pendidik.
Setelah selesai mesyuarat ini yang ditangguhkan pada jam 1.45petang (lebih kurang), satu taklimat mengenai Aplikasi Pangkalan Data Murid telah disampaikan oleh En.Emran b. Sumanggil selaku GPK-HEM.
Taklimat ini bertujuan menyampaikan maklumat dan arahan yang diturunkan ke sekolah dari KPM untuk perlaksanaan mengemaskini maklumat murid secara talian (online) oleh setiap guru kelas.
Lampiran turut diberikan iaitu manual pengguna diberikan kepada setiap guru kelas mengenai tatacara mengemaskini maklumat murid. Selaku Guru Data SMM, saya bantu bagi penerangan proses sistem yang digunakan. Sekiranya guru kelas menghadapi masalah, boleh segera melaporkan kepada saya untuk dikenalpasti punca dan cuba menyelesaikan secepat mungkin.
Setakat ini, makluman awal yang diterima dari pihak APDM, untuk PRA-Sekolah tidak perlu memasukkan data murid dalam APDM kerana unit PRA-Sekolah mempunyai portal khas iaitu di sini >>> http://www.smpk.my/ <<<<
InsyaALLAH, sekiranya segalanya selesai dan berjalan lancar, maklumat dalam APDM akan digunakan dalam SAPS.
Sekian.
Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan