SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 23 September 2012

Bengkel Guru Data Bagi Kutipan September 2012

Pada hari Jumaat 21 September 2012  bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato Bung Mokhtar (tingkat 1) bangunan PPD Kinabatangan. Bengkel ini dipengerusikan oleh Encik Al Hassim selaku pegawai meja ICT di PPDK.

Alhamdulillah, beberapa maklumat dan info penting diberikan bagi persediaan untuk kutipan data September dan juga kutipan perdana bagi bulan Oktober 2012. Untuk itu, setiap guru data dikehendaki untuk memastikan data dalam emisonline adalah tepat dan terkini. 

Antara data yang perlu diambil perhatian ialah

  1. Nombor Fail Peribadi guru (setelah berada di JPN Sabah).
  2. Nombor Gaji
  3. Nombor KWSP
  4. Tarikh-tarikh penting (lapor diri, lantikan pertama, sah pertama, pencen, dan lain-lain)
  5. Status PJJ (Pendidikan Jarak Jauh dikhaskan hanya bagi guru yang mengambil PJJ Ijazah Sarjana Muda sahaja tidak termasuk Master mahupun PhD)








Banyak lagi perkara yang dibincangkan serta permasalahan yang timbul sepanjang bengkel ini. Namun semuanya dapat dibincangkan dalam suasana yang harmoni dan tenang oleh Encik Al Hassim. 

Saya juga telah diperingatkan oleh Encik Al Hassim bahawa data KTBM baru iaitu N1 telah juga di pindahkan ke dalam emis sekolah (XBA2241). Terima kasih kepada beliau yang banyak membantu dan menjawab setiap kepincangan dan permasalahan yang dihadapi dapat diatasi bersama dengan mudah dan pantas.

Ketika bengkel sudah masuk jam 10.30pagi, semua peserta diminta untuk merehatkan diri dengan menjamu hidangan pagi yang telah disediakan.

Saya menggunakan masa ini untuk belajar menggunakan sistem NILAM Online dalam tarantula bersama Ustaz Bakhtir dari Sekolah Kebangsaan Kota Kinabatangan yang mana beliau juga merupakan seorang guru data maklumat.

Terima kasih kepada beliau. Saya berjaya memasukkan kesemua data murid SK Paris 3 dalam sistem berkenaan. Dalam minggu hadapan, guru perpustakaan boleh mula untuk mengisi maklumat selanjutnya yang mana saya sendiri kurang pasti maklumat NILAM (rekod pembacaan buku) tersebut.


Bengkel telah selamat ditangguhkan pada jam 11.30pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails