SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 29 Mac 2013

Pergerakan dan Kelajuan Peta minda dan Internet Kg WIFI

Pada 21 Mac 2013, saya masuk kelas tahun 6 Proaktif seperti biasa dalam laksanakan pnp subjek sains.

Kali ini, saya cuba memberi pendedahan awal mengenai penggunaan internet dalam bilik darjah.

Saya cuba untuk menggunakan talian wifi dari Kampung Paris wi-fi, namun tidak berjaya sekalipun saya mendapatkan bantuan dari salah seorang murid saya yang biasa menggunakan perkhidmatan kampung wi fi yang dibekalkan oleh kerajaan. (maklumat lanjut KAMPUNG WIFI dan PUSAT JALUR LEBAR)





Saya tetap teruskan usaha pnp dengan kaedah yang lain.

Penggunaan peta minda yang dibeli secara online dari petaminda.com telah memudahkan saya dalam menyampaikan isi penting mengenai pergerakan dan formula pengiraan bagi jarak, laju, dan masa.

Untuk mengira

1. JARAK = laju * masa

2. LAJU = jarak / masa

3. MASA = jarak / laju

Untuk mengetahui lebih lanjut, kita perlu laksanakan latihan dari pelbagai sumber.

Dalam meningkatkan usaha penggunaan internet dalam pembelajaran, saya cuba bina soalan secara online dari sumber zondle.com





InsyaALLAH, anak murid saya akan cuba menjawab soalan interaktif secara online dalam minggu hadapan selepas cuti dengan menggunakan komputer dari Pusat Akses.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails