SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 11 Mac 2013

RUJUKAN SENARAI TUGAS DALAM KOKURIKULUM

Guru Pemimpin /Penasihat
  1. Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa.
  2. Memastikan ada perlembangaan dan peraturan.
  3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
  4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam perlembagaan.
  5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.
  6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
  7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan pasukan unit berunifom/ kelab/ persatuan dan sukan/permainan.
  8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/ peralatan diurus dengan baik.
  9. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktviti disediakan dan difailkan.
  10. Mendaftarkan pasukan unit berunifom, kelab/ persatuan dan permainan.
  11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
  12. Mengurus penyerahan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/ zon/ daerah/ negeri dan kebangsaan dengan baik.
  13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
  14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
  15. Menandatangani buku kehadiran ahli.
  16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit  yang diwakili.
  17. Memastikan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
  18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
  19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada jawatankuasa kokurikulum sekolah.
  20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program
  21. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.


Setiausaha Kokurikulum
  1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
  2. Membantu Penolong Kanan Kokurikulum  dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, perlaksanaan dan penilaian pelajar.
  3. Mengurus pemilihan peserta untuk kepertandingan aktiviti persatuan/ kelab/ unit beruniform dan sukan/ permainan.
  4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
  5. Memastikan rekod dan data-data diselenggara dengan baik.
  6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskini.
  7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.
  8. Membuat pendaftaran kokurikulum pelajar.
  9. Mengedarkan senarai ahli persatuan/ kelab/ sukan permainan/ unit berunifom kepada guru penasihat/ pemimpin.
  10. Membantu guru penasihat/ pemimpin menggunakan perisian komputer untuk mengemaskini fail kokurikulum.
  11. Menyelaras tahap kemampuan pelajar dalam aktiviti kokurikulum secara berkomputer.
     Jawatankuasa Kokurikulum
  1. Menyelaras aktiviti kokurikulum iaitu kegiatan sukan dan persatuan/ kelab/ unit berunifom melalui kokurikulum yang diintegrasikan.
  2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
  3. Merancang strategi untuk mempelbagaikan aktiviti kokurikulum.
  4. Menyediakan garis panduan dan sukatan bagi setiap unit beruniform.
  5. Menyediakan alat bantu mengajar seperti kain anduh, tali dan lain-lain untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.


Guru Permainan
  1. Membentuk jawatankuasa.
  2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permaianan.
  3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
  4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan perlu dipatuhi.
  5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
  6. Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan/ kelas/ sekolah.
  7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah.
  8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk pertandingan pertandingan luar sekolah.
  9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai
  10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan
  11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.
  12. Menentukan peralatan dan kemudahan pemainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
  13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
  14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
  15. Merekodkan nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/ negeri/ wakil daerah/ negeri/ negara).
  16. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh jabatan belia, kebudayaan dan sukan. Majlis sukan negeri dan persatuan permainan/ sukan.
  17. Tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

Pekeliling Ikhtisas : Kokurikulum Tahun 2011
  1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2011 Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Pekeliling Ikhtisas : Kokurikulum Tahun 2010
  1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2010 Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)
Pekeliling Ikhtisas : Kokurikulum Tahun 2009
  1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2009 Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah
Pekeliling Ikhtisas : Kokurikulum Tahun 2008
  1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2008 Panduan Pengurusan dan Pelaksanaan Program Bumi Hijau Sekolah
  2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2008 STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

Bil.TarikhJabatanKategori
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2006 Panduan Perbelanjaan Peruntukan Kokurikulum Sekolah
Diterbitkan oleh:Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
728/08/2007Bahagian Pengurusan Sekolah HarianKokurikulum
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
Diterbitkan oleh:Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
810/07/2007Bahagian Pengurusan Sekolah HarianKokurikulum
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2007 Peruntukan Waktu Bagi Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah
Diterbitkan oleh:Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
215/01/2007Bahagian Pengurusan Sekolah HarianKokurikulum







Rujukan ini di ambil dari 

PENGURUSAN KOKURIKULUM
SK BUKIT BERUNTUNG 2




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails