SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Sabtu, 4 Mei 2013

Projek Pilihan Raya Umum ke 13 Tahun 2013 (Gula-gula Kek Coklat)

Pilihan Raya Umum ke 13 bagi Negara Malaysia akan diadakan pada 5 Mei 2013.



Semua masyarakat dan seluruh dunia ambil perhatian akan peristiwa bersejarah bagi Negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen bermula era zaman kemerdekaan.

Ahad ialah hari membuang undi.

Manakala Sabtu 4 Mei 2013 merupakan hari terakhir bagi persiapan dan perlakasanaan kempen dan projek dalam mencapai maksud kemenangan individu, parti dan juga kehendak Rakyat.

Maka, saya juga tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan satu program dalam projek pilihan raya umum ke 13 kali ini bersama isteri di dapur rumah Lahad Datu iaitu membuat Kek Coklat bersama gula-gula dan juga pelbagai bahan yang diperolehi dari Pasaraya Hikmah Trading di Bandar Sri Perdana Lahad Datu.

Alhamdulillah, persiapan projek pilihan raya umum ini telah kami rancang bermula minggu lepas lagi. Walaupun bajet 2013 telah di keluarkan untuk membeli bahan dan peralatan bagi membuat kek coklat ini, namun baru kini ( 4 Mei 2013 Sabtu) baru berkesempatan untuk merealisasikannya.

Langkah akan dimasukkan kemudian....


SUMBER: FACEBOOK




oklah,,sebab dah ramai sngat yang minta resepi kek nie
ni dia,tadaaa... :-
BAHAN-BAHAN :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4  cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
1 tsp perasa vanilla (tak nak tak apa)
CARA-CARA :
campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. tepung,soda dan baking powder diayak satu. telur dipukul kembang bersama dengan perasa vanilla dan dicampur dengan campuran koko tadi.gaul rata dan campur tepung sedikit demi sedikit. gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.kukus selama 1 jam baru angkat dan sejukkan.
CARA-CARA MEMBUAT KRIM COKLAT :
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 serbuk koko
- 1 sudu minyak masak
gaul semua bahan ini sehingga rata kemudian masak sebentar dia atas api yg sederhana kecil sehingga sebati..SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!  INSYA-ALLAH JADI....

p/s : kalau ada apa2 masalah,boleh tanya!!! and jangan lupa comment  kalau kek tu dah jadi...^^





Tunggu...















Kemaskini kembali pada 9.52pm (4 Mei 2013) Sabtu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails