SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 18 Januari 2013

Senarai e-perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Berikut merupakan senarai yang dapat digunakan untuk dijadikan sebagai rujukan.

Tidak semua laman web dimasukkan.

Khas untuk melaksanakan tugas.

Laman web bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran boleh rujuk terus ke http://eduwebtv.com/v2/home/

Sekian

Kemaskini kembali pada 27 Januari 2013



Senarai e-Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia
Bil.
Perkara
Laman web
Tindakan
1
Tindakan 2
Catatan
1
Sistem Kursus Induksi SMM
http://www.moe.gov.my/kissm/induksi.php
Guru / KTBM
Kerani
Keputusan KISSM di simpan dalam fail peribadi
2
Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG)
http://apps.moe.gov.my/splg
Guru / SUP
SUP
Kemaskini maklumat selepas kursus
3
Semakan Kuputusan Urusan Naik Pangkat
http://www.moe.gov.my/naikpangkat/
Guru / KTBM
GB
Semak maklumat diri / iklan dan maklum kepada GB jika ada perubahan
4
Sistem Salah Laku Disiplin Murid
http://apps.moe.gov.my/SSDM/
Guru Disiplin
GPK HEM
Kemaskini secara bulanan
5
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
(SAPS)
http://sapsnkra.moe.gov.my/
Guru
SUP
Pengisian markah ikut tarikh siaran
(Mac, Mei, Ogos@ Okt)
6
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS)
http://sppbs.moe.gov.my/sppbs
Guru KSSR
SUP & GB
Pengisian markah selepas penilaian murid
7
Sistem Pertukaran Guru
http://apps.moe.gov.my/epgo
Guru
GB
Semak maklumat diri / permohonan dibuka mengikut iklan KPM
(April@Mei, Ogos@Sept)
8
Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan
http://emisonline.moe.gov.my/index.php
Guru Data Maklumat
GPK1 & GB
Kemaskini maklumat secara harian dan hantar laporan bulanan


9
Sistem Maklumat Prasekolah kebangsaan (SMPK)
http://www.smpk.my/
Guru Pra
sekolah
GPK HEM / GB
Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan
10
Nilam Tarantula
http://nilam.tarantula.my/
Guru Penyelaras Media
(GPM)
GB
Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan
(Bulanan)
11
Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM)
http://sekolahmalaysia.com/
Guru Kelas
GPK HEM
Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan
(Jan, Mac, Mei, Julai, Sept, Nov)
12
Sistem Maklumat Murid (SMM)
Offline
Guru SMM
GPK HEM
Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan
(Bulanan)
13
Data Operasi Keperluan Sekolah Rendah
(e-operasi)
http://www.moe.gov.my/datakeperluansekolah
Guru Data Maklumat / Kerani
GPK 1 & GB
Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan
14
Pengurusan Sumber Pendidikan (IQSS)
http://iqss.tarantula.my/
Guru Penyelaras Media (GPM)
GB
Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan
(Bulanan)
15
Sistem Elektronik Mantau Buku Teks (eMATEKS)
http://www.moe.gov.my/bbt/emateks.php
Guru SPBT
GPK1 / GB
Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan (Jan / Okt)
16
Sistem Kemasukan Markah Kerja Kursus UPSR
http://apps2.moe.gov.my/kkupsr
SU UPSR
GPK1 / GB
Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan
(Ogos/Sept)



17
Sistem
e-kasih
http://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
GPK HEM
GB
Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan

18
Sistem Pengeoperasian
Data
(e-operasi)
http://apps.moe.gov.my/eoperasi
GPK1 / GDM
GB
Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan
(Jan, Mei, Julai, Nov)
19
Support Ticketing System (STS)
http://sts.moe.edu.my/
FT17 / GPB
GPK1 / GB
Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan
(Bulanan)
20
Sistem e-Hadir JPN Sabah
http://www.moe.gov.my/jpnsabah/mysis/ehadir
Kerani
GPK1 / GB
Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan
(bulanan)
21
Penyata Gaji (online)
http://www.anm.gov.my
Guru & KTBM
Kerani Kewangan
Semak slip gaji secara bulanan
22
Sistem Kecemerlangan Pengurusan Kewangan (SKPK)
http://www.moe.gov.my/skpk
Kerani
GB
Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan

23
Sistem Pertukaran KTBM
http://apps.moe.gov.my/etukar
KTBM
GB
Semak/ mengisi permohonan mengikut surat siaran (4 kali setahun)
24
Semakan dan Pembayaran Balik Pinjaman Secara Online (SSB)
http://ssb.moe.gov.my/
Guru / KTBM
GB
Semakan/ Kemaskini maklumat ikut tarikh siaran / keperluan

25
Semakan senarai EFT can cek batal
http://www.moe.gov.my/kwsg
Kerani
GB




Khamis, 17 Januari 2013

Interaksi Antara Hidupan Sains Tahun 6 Pnp menggunakan CD video KPM

Sains

6 Proaktif

Masa : 6.45 - 7.45 pagi

Tarikh : 17 Jan 2013

Keadaan kelas : sejuk sederhana

Penggunaan video dari cd yang dibekalkan oleh KPM (pada masa PPSMI) memberi banyak manfaat kepada murid dalam pembelajaran secara maya. Pada mulanya saya merancang untuk menggunakan internet di Pusat Akses sekolah, namun terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat di elakkan berikutan masa pnp saya bermula seawal 6.45 pagi hingga 7.45 pagi (Khamis dan Jumaat subjek sains tahun 6).

Dalam kelas, saya sudah maklumkan terlebih dahulu bahawa hari ini saya akan tayangkan video yang ada kaitan dengan kerja kursus (PEKA) yang perlu disiapkan.


Murid-murid sangat teruja dengan setiap gambar dan video yang dilihat.

Sekalipun dalam cd ini penggunaan Bahasa Inggeris adalah 100%.

Saya cuba untuk menerangkan dalam Bahasa melayu bagi perkataan dan istilah yang sukar difahami beserta contoh yang mudah.

Alhamdulillah, banyak soalan yang diajukan dari murid dan perbincangan dalam kelas berlaku dengan terancang dan percambahan idea turut menjadikan suasana dalam kelas tidak terlalu senyap sepi.

Berlaku juga corak pnp berpusatkan murid, cuma mungkin hari ini keadaan yang sejuk dan hujan di awal pagi menjadikan pergerakan murid agak perlahan kecuali murid-murid lelaki yang bertindak lebih aktif dan mudah memberi respon bagi setiap soalan yang saya ajukan (sekalipun salah jawapan, namun mencuba itu adalah lebih baik dari terus mendiamkan diri).

Alhamdulillah.

Mesyuarat Kecemerlangan UPSR 2013 Bil. 1

Alhamdulillah, pada 16 Jan 2013 (Rabu) mesyuarat pertama kecemerlangan UPSR 2013 telah diadakan dengan jayanya di Bilik Gerakan SK Paris 3.


Pada tahun ini menyaksikan perubahan dalam tenaga kerja guru tahun 6 yang melibatkan guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Mesyuarat ini telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh 2 jam 30 minit.

Terdapat beberapa agenda yang diperbincangkan dalam mesyuarat ini secara halus dan bertimbang rasa.

Strategi bagi perancangan program kecemerlangan UPSR 2013 turut diperbincangkan dengan semua guru yang terlibat, manakala tenaga tambahan ialah Ustazah Norhasmawati yang telah dilantik sebagai penyelaras program motivasi diri murid secara rasmi dalam mesyuarat oleh tuan guru besar encik Norazam bin Ahmad.



Syukur Alhamdulillah pada tahun lepas 2012, seramai 2 orang murid mendapat 5 A dalam UPSR.

Bagi tahun 2013 pula, sekolah menyasarkan....2 orang yang mesti dapat 5 A dalam UPSR dan tambahan sasaran 3 orang...secara jumlah nya murid cemerlang yang cuba di sasarkan dalam UPSR 2013 ialah 5 orang setakat ini. InsyaALLAH.


Semoga usaha kerja kita semua samada guru tahap 1 dan tahap 2 serta kakitangan bukan guru yang juga menyumbang ke arah kemenjadian murid dalam apa jua program dan aktiviti yang dilaksanakan di dalam dan luar sekolah...mendapat keberkatan dan rahmat daripada ALLAH Taala yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. InsyaALLAH.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails