Guru mendakwa kalau nak naik pangkat kena buat baik atau membina hubungan rapat dengan pegawai JPN atau PPD. Ianya seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan pangkat dasarnya ditentukan oleh JPN. Mereka lupa bahawa pokok segala kelayakan naik pangkat mereka bermula dari diri mereka sendiri. Sewajarnya mereka melengkap diri mereka sendiri jika ingin menjawatan naik pangkat:-
Guru mesti memohon setiap tahun. Semua jawatan naik pangkat kena pohon;
Mempunyai prestasi tiga tahun yang baik;
Tiada tindakan tatatertib;
Telah mengistiharkan harta;
Lulus Tapisan SPRM;
Bebas dari peminjam tegar IPP;
Lulus PTK;
Diperaku oleh Ketua Jabatan;
Lain keistimewaan dan kebolehan yang boleh dibuktikan.
Tugas panel JPN dalam urusan naik pangkat adalah memanjangkan iklan dari BPSM, menerima dan memproses borang dan dokumen permohonan yang lengkap, memanjangkan permohonan ke Lembaga Naik Pangkat KPM, menerima senarai yang diluluskan oleh Lembaga, menawar kepada calon dan memaklumkan kepada BPSM setuju terima / tolak dari calon.
Urusan naik pangkat diurusetia oleh Unit Naik Pangkat dan Tatatertib, Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan manakala penawaran kepada calon sahaja dilakukan oleh Unit Penyeliaan Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah berdasarkan prosedur yang ditetapkan.
Penempatan calon naik pangkat juga menjadi isu apa lagi calon-calon ditawarkan penempatan di luar daerah. Mereka seolah-olah lupa bahawa jawatan naik pangkat adalah untuk mengisi jawatan kosong yang ada. Lagi pun adalah tidak adil jika berlaku kekosongan dalam daerah calon baru naik pangkat hendak ditempatkan di situ sedangkan ada guru dari daerah tersebut yang semasa naik pangkat sanggup untuk keluar daerah dan bertahun-tahun sudah berada di sana. Inilah masa untuk mereka kembali berhampiran keluarga dan kampung halaman.
Jawatan hakiki ini mempunyai konotasi “kuasa”. Justeru itu walaupun gred guru penolong DG41 tetapi Guru Besar dan GPK diberi “tauliah” yang memberikan mereka “kuasa” mengawalselia guru penolong dari gred apa sekalipun.
Persoalannya adakah guru penolong Time Base DGA32(KUP) ada peluang untuk menjadi pentadbir?
Jawapannya:
ada jika senarai calon pemangkuan DGA29 ke DGA32 tidak mencukupi;
mereka akan diperakukan jika memenuhi syarat sebagaimana di atas;
tersenarai dalam kelulusan perakuan yang dikemukakan kepada BPSM/Lembaga;
menerima tawaran.
Guru Penolong DGA32(KUP) Time Base juga berpeluang memohon jawatan naik pangkat DGA34 dan Guru Cemerlang.
Satu perkara lagi bila menyentuh isu naik pangkat majoriti tertumpu kepada naik pangkat Laluan Hakiki untuk GPK dan Guru Besar sahaja sedangkan laluan lain seperti Guru Cemerlang terbuka luas seperti kurang diberi perhatian. Laluan naik pangkat hakiki terikat kepada kekosongan. Sebagai contoh permohonan untuk mengisi jawatan hakiki DGA34 bagi 2010 negeri Terengganu seramai hampir 1,200 orang sedangkan kekosongan jawatan adalah lebih kurang 30 orang. Sudah tentu mereka yang terbaik sahaja akan ditawarkan. Mereka terbaik ditentukan kreteria pemarkahan sebagaimana berikut:
prestasi tiga tahun dengan purata maksima markah 80%;
ditambah 20% lain-lain kreteria seperti kursus NPQH, pengalaman, sumbangan dan lain-lain merit yang pemohon sedia tahu.
Dalam pemerhatian saya tidak akan ada calon yang akan dapat 100% tetapi prestasi majoriti calon boleh maintance untuk dapat 75 % hinmgga 78%. Mereka banyak gagal dalam mencapai markah 20%. Kalau prestasi dapat 78% campur 10% baru dapat 88%. Sewajarnya calon bukan sahaja menjaga prestasi tetapi juga kreteria 20% juga.
Adalah menjadi harapan kami dengan penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada kaum guru sekolah rendah terutamanya mengenai peluang naik pangkat, proses dan unit-unit yang terlibat. Cuma satu ingat kami jika tidak berminat dan tidak sanggup berganjak tidak payahlah minta naik pangkat kerana ianya seakan menutup peluang rakan-rakan yang lain. Apapun yang harus diingat pokok utama kelayakan dan keupayaan untuk naik pangkat bermula dari diri sendiri…ukurlah betul-betul.
Dipetik daripada Laman Web Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Sumber >>> http://skbulusilou.com/2011/07/11/isu-kenaikan-pangkat-sekolah-rendah/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan